Inisiatif Chiang Mai alternatif bebas cengkaman IMF

Inisiatif Chiang Mai alternatif bebas cengkaman IMF

Oleh Barry Eichengreen


PELBAGAI pihak mengecam tindakan IMF secara terang-terangan menindas terutama negara miskin yang memerlukan bantuan dengan mengenakan skim membebankan rakyat. - Foto Reuters

Negara Asia perlu pemikiran lebih berani, terbuka untuk bergabung jana dana serantau supaya tidak tertindas

TIDAK pernah wujud pertikaian mengenai matlamat utama Inisiatif Chiang Mai (CMI), iaitu sistem bantuan kewangan Asia yang dicipta pada 2000 di bandar utara Thailand itu.

Matlamat utama sudah tentu untuk melahirkan Tabung Kewangan Asia, alternatif serantau kepada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) � badan yang cuba memanipulasi krisis kewangan 1997/98 dengan tindakan yang tidak boleh dilupa, apa lagi dimaafkan.

Bagaimanapun setakat ini, CMI lebih mirip dengan perumpamaan kelahiran seekor kuda tanpa disediakan pelananya. Kredit dan cadangan pertukaran kewangan yang dirancang tidak pernah dilaksanakan.

Antara yang paling serius menerima akibatnya ialah Bank Korea, bank pusat Korea Selatan, yang membuat tukaran mata wang asing bernilai AS$30 bilion dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat � bukan dengan negara rakan dalam kumpulan Asean+3.

Hari ini, kami diberitahu Asean+3 sudah mencapai satu lagi kejayaan � apa yang dipanggil Inisiatif Pelbagai Hala Chiang Mai (CMIM) bertujuan mengubah tukaran mata wang dan kredit dua halanya kepada kumpulan rizab serantau.

Mereka secara khusus menyatakan sumbangan kepada pengumpulan dana AS$120 bilion, menggariskan kelayakan membuat pinjaman dan peruntukan saham untuk memiliki kuasa mengundi.

Perjanjian ke atas sumbangan ini dikatakan penting kerana China dan Jepun, masing-masing akan menyumbang 32 peratus daripada jumlah itu. Dalam perjanjian serantau sebelum ini, seperti sumbangan modal kepada Bank Pembangunan Asia, China sering menerima layanan seperti kuasa kelas kedua dan diminta membuat sumbangan lebih rendah.

Disebabkan itu, China mengetepikan cadangan Jepun pada 1997 untuk menubuhkan Tabung Kewangan Asia kerana ia bimbang akan terus berada pada tahap kelas kedua. Bagaimanapun, dengan China kini sudah diiktiraf berada di kedudukan sama, bermakna ia tidak lagi menjadi penghalang kepada kerjasama selepas ini.

Kami dimaklumkan, perjanjian ini juga penting untuk membuat keputusan hanya berasaskan majoriti mudah, dengan undi negara anggota bergantung kepada jumlah sumbangan mereka.

Ini bermakna tidak ada satu negara boleh mengambil tindakan secara blok, berbeza dengan lembaga eksekutif IMF, yang membuat keputusan secara konsensus yang akhirnya memberi negara besar seperti Amerika Syarikat kuasa veto sebagai de facto.

Tetapi adakah semua peraturan baru ini perlu? Agihan lebih 20 peratus daripada kredit kepada mana-mana negara masih memerlukan perjanjian yang dipersetujui IMF dan kelayakan menerima kredit 20 peratus kepada mana-mana negara � sebenarnya adalah kurang daripada yang disumbangkan kepada kumpulan dana terbabit.

Perkara ini tidak membantu langsung tujuan utama usaha ini, iaitu untuk membebaskan Asia daripada IMF. Walaupun ada rancangan untuk meningkat dan kemudian menghapuskan kekangan 20 peratus, ia akan ditentukan kemudian, tetapi tidak ada tarikh khusus ditetapkan.

Sebab utama kepada semua percanggahan ini adalah jelas. Negara yang meletakkan wang mereka di dalam dana terbabit inginkan jaminan bahawa sumber mereka tidak diguna sewenang-wenangnya dan ingin tahu sama ada sumbangan berkenaan akan diperoleh semula.

Tetapi hakikatnya di sini, kebanyakan negara di rantau ini sukar untuk mengkritik dasar satu sama lain, apa lagi mendesak supaya laluan yang ada hari ini diperbetulkan. Sensitiviti politik amat serius di Asia.

Perkara sama turut berlaku di Eropah, walaupun wujud sejarah kerjasama yang begitu lama pengawasan dan pelbagai peraturan sudah dikenakan kepada IMF. Oleh itu, IMF bukan Kesatuan Eropah yang mengetuai rundingan pakej bantuan kecemasan untuk Hungary dan Latvia.

Untuk memisahkan CMIM daripada IMF, memerlukan negara anggota Asia membuat kajian serius mengenai polisi semua negara dan mampu untuk mendesak mana-mana dasar yang sukar diubahsuai.

Di sini rundingan Asean+3 memainkan peranan penting. Perjanjian yang dicapai Mei lalu memasukkan komitmen untuk mewujudkan unit pengawasan serantau.

Bagaimanapun, belum ada perjanjian mengenai di mana ia akan beroperasi dan cara mendapatkan kakitangannya. Ia boleh diletakkan di dalam ruang lingkup Sektretariat Asean di Jakarta. Ia boleh diletakkan di Bank Pembangunan Asia di Manila. Ia juga boleh diberi kepada negara Asia Timur yang berkecuali seperti Korea Selatan.

Tetapi apa yang lebih penting ialah hasilnya � ini adalah alasan mengapa banyak negara berdebat mengenai penubuhannya.

Cuba ingat kembali mengenai keputusan untuk meletakkan IMF di Washington � Amerika Syarikat sudah meluaskan pengaruh perbendaharaannya yang berada tidak jauh dari ibu pejabat IMF.

Semua dilema ini boleh ditangani dengan memberi kedua-dua tanggungjawab, iaitu pengawasan dan kuasa sebenar untuk mengagihkan dana � kepada satu badan bebas daripada pengaruh politik nasional.

Anggotanya juga mesti bebas dengan peraturan sendiri dan mempunyai kontrak jangka panjang serta boleh berfungsi sebagai jawatankuasa dasar kewangan � sama seperti sebuah bank pusat. Mereka boleh meminta sebarang dasar diubahsuai sebagai satu daripada syarat untuk mendapatkan dana. Hanya selepas semua ini dicapai, baru IMF boleh ditunjuk 'pintu keluar'.

Skim ini tidak akan meleraikan semua masalah Asia. Tetapi ia sekurang-kurangnya dapat menangani satu daripada bahaya, iaitu keinginan untuk mengumpul lebih banyak rizab. Krisis kewangan baru-baru ini sudah menyemarakkan semula keinginan ini.

Sekiranya negara-negara Asia tunduk kepada tekanan, ketidakseimbangan global dan masalah yang berkait dengan mereka akan berulang.

Bergabung untuk mengumpul dana serantau sebagai cara untuk membolehkan mereka pergi lebih jauh � adalah alternatif terbaik. Tetapi usaha untuk membuat wawasan ini satu realiti memerlukan pemikiran yang lebih berani dan terbuka.

Penulis ialah Profesor Ekonomi di Universiti California, Berkeley

0 comments: