BISIK-BISIK
TIGA hari lepas, DAP Kedah mengumumkan untuk keluar pakatan pembangkang negeri itu dan semalam wakil rakyat tunggal DAP di negeri Jelapang Padi, Lee Guan Aik mengisytiharkan dirinya ADUN Bebas.
Itu semua sedikit pun tidak mengejutkan Awang kerana selama ini pun Awang melihatkan pakatan Pas-DAP-PKR hanyalah di permukaan kerana ideologi politik yang bertentangan.
Namun, ia sudah tentu menjadi tamparan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyifatkan pakatan pembangkang itu sebagai model pakatan perpaduan yang sebenar.
Ia juga tamparan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kelmarin menyatakan media arus perdana sengaja memperbesar-besarkan isu terbabit.
Awang tidak nampak selama-lamanya Anwar mampu menyembunyikan banyak isu yang melingkari pakatan yang rapuh itu.
Berpakat hanya kerana mahu menentang BN tidak akan membawa manfaat besar kepada rakyat. Ini kerana mereka akan mula bercakaran ketika tumpuan perlu diberikan kepada usaha pembangunan. Kes di Kedah adalah contoh yang amat jelas.
Awang – Tunggu babak seterusnya.
0 comments:
Post a Comment