BISIK-BISIK

BISIK-BISIK

DATUK Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang nampaknya menyalahkan media berhubung kemelut yang melanda pakatan pembangkang di Kedah. Katanya, media sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu terbabit.

Pada masa yang sama, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su menyatakan tindakan DAP Kedah keluar pakatan pembangkang negeri itu adalah serius dan ia muktamad. Satu-satunya ADUN DAP di Kedah, Lee Guan Aik pula sudah bersedia untuk menjadi ADUN Bebas.

Awang faham kenapa Anwar berusaha mengalih perhatian umum dengan membuat kenyataan sedemikian rupa. Pada masa yang sama Awang cukup sedar bahawa pembaca bukanlah tolol, mudah diperdaya oleh sesiapa.

Langkah DAP Kedah itu setidak-tidaknya memberi tamparan kuat kepada sekutunya lebih-lebih lagi kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh mahu bersama DAP.

Apa yang berlaku di Kedah itu sudah tentu menjadi perakuan kepada masyarakat betapa rapuhnya pakatan pembangkang yang berpaksikan asas perjuangan yang berlainan.

Awang yakin rakyat mampu menilainya.

Awang – Tidak hairan.

0 comments: