BISIK-BISIK

BISIK-BISIK

MINGGU Perpaduan 2009 dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis penuh muhibbah semalam.

Walaupun publisitinya kurang dan hampir tidak kedengaran, namun matlamat minggu itu amat signifikan sekali.

Ia diadakan bagi: Meningkatkan kesedaran rakyat berbilang kaum tentang pentingnya perpaduan negara dan integrasi nasional dipelihara dan dikekalkan bagi membentuk sebuah negara yang harmoni, sejahtera dan stabil.

Menyemarakkan semangat patriotik, ketaatan dan perasaan cintakan negara; Membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat pelbagai kaum supaya menjadikan elemen perpaduan sebagai teras dalam setiap tindakan dan interaksi; Dan, menyediakan ruang, peluang serta suasana yang merangsang masyarakat berinteraksi.

Awang berharap Minggu Perpaduan berasaskan 1Malaysia ini dapat dijalankan secara bersungguh-sungguh bukan sekadar hanya sepanjang minggu, tapi juga menjangkaui bulan dan tahun.

Program seumpama ini memerlukan perancangan yang rapi, meliputi sentuhan profesional supaya ia kelihatan kreatif dan menarik bagi menguja warga muda untuk terlibat secara langsung, berkesan dan aktif.

Awang - Teringat nyonya dan aci.

0 comments: