Al-Arqam mahu cabar kerajaan

KUALA LUMPUR: Bekas Penasihat Undang-undang al-Arqam, Zabidi Mohamed mendedahkan tindakan kumpulan itu menyebarkan propaganda mahu menjatuhkan kerajaan sekarang menerusi SMS adalah untuk mencabar kerajaan sejauh mana boleh bertindak terhadap mereka.

Katanya, ini kerana mereka berpendapat kerajaan tidak mampu bertindak terhadap kumpulan itu yang kini berselindung di sebalik kegiatan perniagaan Rufaqa.

Beliau berkata, propaganda itu juga sebenarnya cuba menarik perhatian bekas ahlinya untuk menyatakan al-Arqam walaupun diharamkan tetapi masih wujud supaya kembali semula.

Katanya, bukti al-Arqam berselindung di sebalik perniagaan Rufaqa tidak sukar kerana ada dinyatakan dalam buku tulisan isteri bekas pemimpinnya, Ashaari Muhammad, Khatijah Am yang bertajuk Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya.

"Dalam buku itu ada menyatakan bahawa Rufaqa adalah al-Arqam dan dalam buku terbaru bertajuk Abuya Haji Ashaari Muhammad Adalah putera Bani Tamim yang ditulis anaknya pula, Nizamuddin, juga menyatakan perkara sama.

"Buku terbaru itu juga dihantar kepada beberapa Ketua Setiausaha (KSU) beberapa kementerian, ke Bukit Aman dan beberapa balai polis di Kuala Lumpur sejak dua minggu. Ia menunjukkan mereka mencabar kerajaan secara terbuka," katanya kepada Berita Harian ketika dihubungi.

0 comments: