BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

PERTUBUHAN Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) menyambut ulang- tahun kelahirannya yang ke-63 hari ini. Dalam usia sebegini, cabaran yang dihadapi UMNO semakin hebat lebih-lebih lagi selepas Mac 2008.

Tidak dinafikan UMNO sudah banyak berjasa kepada bangsa dan negara. Tetapi sama seperti manusia, orang muda mudah melupai jasa orang lama. Perasaan ‘hormat’ di kalangan generasi baru terhadap UMNO semakin berkurangan.

Maka sesuatu harus dilakukan supaya UMNO terus relevan dan dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat untuk selama-lamanya. Bagaimanapun ini bukanlah satu tugas mudah. Semuanya bergantung kepada pemimpin dan ahli parti itu yang kini berjumlah 3.5 juta orang.

Seperti kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa UMNO tidak boleh selamanya bersandar kepada nostalgia perjuangan, sentimen dan jasa-jasanya jika mahu terus relevan kepada rakyat.

Justeru, UMNO perlu melakukan transformasi selaras dengan ingatan Najib sebelum ini sama ada mahu berubah atau rebah. Dan dalam usia 63 tahun ini, perubahan dan pembaharuan perlu dilakukan supaya ia tidak tinggal omong kosong atau hanya sekadar retorik.

Awang – Kenang jasa orang lama.

0 comments: