RENCANA : ISNIN 11 MEI 2009
Cabaran Hotel Seri Malaysia
SELEPAS 14 tahun berkecimpung dalam bidang perhotelan, rangkaian HotelSeri Malaysia bukanlah satu jenama yang asing lagi terutamanya dikalangan pelancong tempatan.
Menjana modal insan mahasiswa
NEGARA kini memiliki lebih 20 buah institut pengajian tinggi awam(IPTA). Selain itu, puluhan kolej universiti dan kolej sedangberoperasi di seluruh pelosok negara kita. Puluhan ribu pelajarmenuntut di semua institusi ini dan sudah ratusan ribu yang menjadialumni menara gading sama ada di dalam atau luar negara.
Rotanlah jika mampu membentuk disiplin pelajar
HUKUMANrotan akan "kembali" ke sekolah tidak lama lagi. Hukuman itu akandiperkenalkan semula untuk "menundukkan" pelajar yang tahap disiplinmereka semakin meruncing.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
PERTUBUHAN Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) menyambut ulang- tahunkelahirannya yang ke-63 hari ini. Dalam usia sebegini, cabaran yangdihadapi UMNO semakin hebat lebih-lebih lagi selepas Mac 2008.
DUN Perak, siapa yang wajar dipersalahkan?
KEKECOHAN sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis lalumasih lagi menjadi topik tulisan para penulis blog dan ada di antaranyamengaitkannya dengan demokrasi.
Memaknakan Hari Ibu
SEMASAsaya menjadi wartawan sambilan Utusan Malaysia di Alur Setar pada 1983,antara tugasan yang masih melekat di ingatan ialah menemu bual suamikepada seorang wanita yang meninggal dunia semasa pemindahan buahpinggang di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Daripada perbualan denganlelaki itu, terkeluarlah kisah pengorbanan seorang ibu memberikan satudaripada buah pinggang kepada anak perempuannya.
Penyalahgunaan dadah penyumbang utama gejala mat rempit
BUKANsahaja pihak polis tetapi setiap rakyat negara ini patut bimbang ekoransemakin ramai remaja bawah 15 tahun terlibat dalam gejala mat rempityang mahu tidak mahu akan menyumbang kepada masalah sosial.
Penjelasan khasiat herba tempatan
DARIPADA hampir 7,000 spesies tumbuhan yang hidup melata di negarakita, sekurang-kurangnya 1,230 spesies telah dikenal pasti sebagaitumbuhan ubatan termasuk digunakan sejak turun-temurun dalam rawatantradisional.
Wajah 'hodoh' di Dewan Undangan Negeri
MACAM-MACAMsambutan pada bulan Mei. Kalaulah semuanya diisytiharkan cuti umum,jenuhlah kita bercuti atau mendapat durian runtuh akibat kerja padahari cuti.
Apabila yang tewas enggan terima kekalahan
KALAUsebelum ini kita hanya melihat kekecohan atau pergaduhan antara wakilrakyat di Parlimen Taiwan, yang sering kita jadikan bahan jenaka,kejadian sama sudah berlaku di negara ini. Kekecohan selama lebih limajam pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Khamis lalumempamerkan kejelekan politik pada tahap maksimum.
Minda Pengarang: Rakyat perlu positif cari titik persamaan perkukuh perpaduan
KELMARIN,Datuk Seri Najib Razak sekali lagi meminta rakyat menumpukan kepadapersamaan antara kaum, agama serta budaya dan mengelak terlalu melihatperbezaan yang boleh membawa banyak keburukan dan masalah kepadanegara. Seperti kata Perdana Menteri, semua agama yang dianuti tidakkira Islam, Buddha, Hindu atau Kristian menyarankan penganutnya supayacintakan keamanan serta hidup harmoni, walaupun berbeza latar belakangdan sosioekonomi. Mungkin bagi sesetengah pihak perkara ini bukan baru,tetapi kita percaya apa yang diungkapkan Najib itu selari dengan konsep1Malaysia yang diperkenalkannya sejak mengambil alih jawatan PerdanaMenteri. Kita akui bukan mudah untuk melaksanakan hasrat itu selagikita sebagai rakyat yang berbeza keturunan dan agama, tidak menyokongdan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Transformasi Umno jangan sampai hapuskan keistimewaan Bumiputera
Sempena Ulang Tahun Umno Ke-63 hari ini
0 comments:
Post a Comment