BISIK-BISIK

BISIK-BISIK

WAJARKAH media sama ada cetak mahupun elektronik menghentikan ruangan gosip terutama yang melibatkan golongan artis?

Awang lontarkan pertanyaan tersebut berikutan gesaan Seniman Negara, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin yang ternyata tidak senang dengan penyiaran dan penerbitan ruangan gosip.

Menurut beliau, ruangan gosip bertentangan dengan agama dan hanya membawa kemudaratan kepada individu terbabit.

Memandangkan Awang juga pengamal media adalah tidak adil untuk memberi komen yang memihak. Maka Awang tidak berhajat untuk membantah atau menyokong kenyataan Jins.

Sebenarnya isu ruangan gosip bukan baru. Ia pernah disentuh dalam satu forum media tidak lama dulu tetapi cadangan untuk meniadakan gosip tidak disahut banyak pihak kerana ruangan itu diminati ramai terutama golongan muda.

Awang masih ingat salah seorang peserta forum menyatakan bahawa pembaca boleh membuat pilihan sama ada mahu membaca atau tidak ruangan itu.

Maknanya jadilah pembaca yang selektif.

Awang tidak pasti sama ada jawapan itu yang terbaik. Terserahlah kepada pembaca untuk menilainya termasuk apa yang disuarakan oleh Jins.

Awang - Nak buat bancian

Sokong Awang. Kalau tahu pasal hiburan cukuplah, kenapa sampai nak cerita perihal artis bercerai, kisah hidup peribadi mereka yg melampau. Artis pon manusia biasa juga. Tak perlu gossip ni, hanya menambahkan keaiban orang lain

0 comments: