BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG benar-benar tersentuh melihat gambar satu keluarga di Ipoh menangis teresak-esak memeluk sesama sendiri setelah ahli keluarga tersayang dibunuh dengan kejam semalam.

Yang terbunuh ialah seorang ibu, Wah Yah Matzi, 42, anak lelakinya yang baru berusia lima tahun, Ermin Danish Jafri dan seorang pembantu rumah dalam lingkungan 20-an.

Tiada siapa sangka tragedi malang itu berlaku di dalam rumah mereka - di siang hari dan di kawasan perumahan teres yang ramai orang.

Tiada siapa sangka ada seorang lelaki mahu merompak rumah itu dan kemudian membunuh semua penghuninya.

Itu adalah fenomena yang boleh berlaku di sekeliling kita sekarang. Jangan kita anggap di depan rumah kita adalah syurga yang selamat.

Jenayah yang berlaku di Malaysia sekarang amat tidak disangka. Pemuda yang masih muda itu sanggup bertindak nekad akibat kehendaknya dihalang. Lelaki yang mempunyai tiga rekod jenayah mencuri itu, mungkin sedang ketagihan dadah.

Dengan kes-kes jenayah ragut, rempit, rogol, bunuh kanak-kanak, samseng jalanan, geng pecah rumah semakin banyak, Awang menasihatkan kita semua supaya sentiasalah berwaspada.

Bagi jiran-jiran pula, ambillah tahu hal orang sekeliling anda. Tiada salah menjadi penyibuk, jika itu boleh membantu kita semua.

Awang – Takziah keluarga mangsa.

0 comments: