Sudah lapan kanak-kanak dibunuh dan dirogol manusia gila...

Azamin Amin
Fri | Sep 21, 07 | 2:15:02 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) - Sudah sampai masanya, masyarakat, pihak berkuasa dan pemimpin negara mengambil serius dan melaksanakan tindakan agresif bagi membendung gejala 'sakit' lagi kronik dan tidak berperikemausiaan orang yang zalim terhadap kanak-kanak.

Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.

Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.

Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9 pula ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia.Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.

Kisah setrusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani,Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.

Selain itu bulan yang sama,Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.

Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.

Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.

Dan akhir pada 23 Oktober 2000,Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

Masyarakat Malaysia diseru supaya melindungi kanak-kanak daripada manusia gila yang sedang berada dimana-mana yang sentiasa mengundang kecelakaan maruah dan nyawa anak-anak kita. Harakahdaily.net berpesan supaya 'Jangan sesal kemudian tiada gunanya'. - mr

0 comments: