Macam-macam: Penduduk dakwa lihat 'Superman' terbang

BUCHAREST: Sekumpulan polis Romania pening kepala apabila diberi kes pelik – menyiasat dakwaan penduduk sebuah perkampungan yang mengakui melihat kelibat hero animasi popular, Superman.

Media tempatan melaporkan semalam sekurang-kurangnya 20 penduduk di Gemeni, wilayah Mehedinti, mendakwa mereka melihat objek terbang berpakaian biru serba kilat yang tidak ubah seperti pakaian rasmi Superman berkenaan.

Berikutan itu, pegawai polis terpaksa mengambil keterangan saksi yang kesemuanya memberikan gambaran sama yang menepati ciri Superman itu.

0 comments: