DAP dan saman

DAP dan saman

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng menyatakan kelmarin bahawa parti itu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat media termasuk Utusan berhubung isu beberapa pemimpin parti itu yang dikatakan menghina Islam.

Awang sedikitpun tidak terkejut dengan reaksi Guan Eng. Itu sememangnya strategi DAP yang suka menggunakan saman sebagai senjata bagi menyekat kebebasan media.

Apakah kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremisme dan tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu campur tangan isu merampas arak di kedai serbaneka di kawasan majoriti Islam, sebagai tidak menghina Islam?

Dalam isu Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Loke Siew Fook didakwa menghina Islam dan institusi raja dalam sebuah blog, bukankah hal itu turut didedahkan oleh Zulkifli Nordin dari PKR selain bantahan orang Islam dan para pemimpin UMNO.

Mengapa media terutama Utusan yang bertindak melaporkan reaksi orang ramai mahu dijadikan kambing hitam? Sepatutnya Guan Eng bertanya mengapa sampai hari ini Jeff Ooi yang juga pembantu beliau dalam pentadbiran negeri masih enggan mohon maaf?

Awang Selamat

0 comments: