BISIK-BISIK

BISIK-BISIK

AWANG tertarik dengan cadangan wartawan kanan, Datuk A. Kadir Jasin semalam supaya pemantauan dibuat ke atas akhbar-akhbar Cina di negara ini yang menurutnya semakin bebas mengeluarkan berita dan artikel bersifat cauvinis.

Beliau juga mencadangkan supaya Jabatan Penerangan menterjemah kandungan akhbar Cina supaya seluruh rakyat dapat mengetahuinya. Ia sudah tentu cadangan yang baik kerana majoriti rakyat negara ini tidak menguasai bahasa Cina.

Dengan cara itu, Awang pun akan dapat menyelami kandungan yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar Cina dan mungkin lebih maklum setakat mana perjuangan dan pembelaan mereka terhadap kaum pribumi.

Ketika akhbar Awang diasak oleh pihak-pihak tertentu kononnya kerana ia akhbar perkauman ekoran memperjuangkan agenda Melayu, akhbar Awang tidak pula melupai agenda nasional.

Bagi Awang, setiap akhbar bebas memperjuangkan apa yang dirasakan perlu baginya selagi perjuangannya itu tidak menafikan dan mengikis hak pihak lain.

Sudah tentu kita mengharapkan pengawasan kerajaan berdasarkan standard yang sama ke atas semua akhbar di negara ini tanpa mengira bahasa yang digunakan supaya setiap laporan turut mengambil kira kepentingan negara yang berbilang kaum dan agama ini.

Awang - Telus.

0 comments: