BISIK-BISIK

BISIK-BISIK

AMAT memalukan! Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah terpaksa 'menunggu' sehingga petang untuk merasmikan mesyuarat pertama persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan pagi.

Ia berpunca daripada kecoh di dalam Dewan. Awang melihatnya kerana sikap enggan menerima realiti. Akibatnya ada anggota Dewan bertindak tidak realistik. Jadilah ia sesuatu yang tidak pernah terjadi di mana-mana DUN di negara kita.

Bagi Awang, masalah timbul apabila sekurang-kurangnya dua perkara asas tidak diambil perhatian sewajarnya.

Pertama, soal penghormatan kepada institusi Raja. Dan dalam kes ini ia melibatkan Raja Dr. Nazrin Shah.

Kedua, ada pihak tidak menghiraukan perintah mahkamah apabila penghakiman tidak memihak kepada mereka.

Kedua-dua perkara itu sebenarnya menyentuh penghayatan Rukun Negara yang sepatutnya menjadi pegangan semua warganegara lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang bergelar YB. Mereka sepatutnya menjadi teladan kepada rakyat.

Maka, perjalanan awal DUN itu umpama adegan dalam filem.

Awang - Malu.

0 comments: