Optimis tidak jadi mangsa

Optimis tidak jadi mangsa

KAMAL AFFANDI HASHIM



KUALA LUMPUR 6 Mei - Sikap warga kota yang tidak peka dengan usaha mencegah jenayah ragut menjadi salah satu punca kenapa trend jenayah itu sukar dibanteras di negara ini.

Penganalisis jenayah negara, Kamal Affandi Hashim berkata, ramai warga kota yang optimis dan percaya mereka tidak akan menjadi mangsa ragut namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Buktinya, kata beliau, tidak ramai yang memiliki pengetahuan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut.

Katanya, tidak keterlaluan jika dikatakan ramai masyarakat masih menganggap kempen cegah jenayah yang dianjurkan oleh kerajaan sebagai membuang masa.

"Masyarakat yang tinggal di Kuala Lumpur dan ibu kota lain anggap mereka golongan 'elit'. Mereka anggap diri masing-masing sudah pandai," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Beliau menolak tanggapan bahawa peningkatan jenayah itu disebabkan kelemahan penguatkuasaan pihak berkuasa khususnya polis.

0 comments: