Ada penyelesaian selain pilihan raya negeri Perak

KEMELUT Menteri Besar Perak umpama kapal dua nakhoda mahu hala ke kiri tidak, ke kanan pun tidak. Kesudahannya boleh karam di te ngah-tengah gelombang besar di lautan. Ketika itu, nakhoda hilang entah ke mana, anak-anak kapal terkapai-kapai mencari daratan.

Kini kemelut siapa yang sah menjadi Men teri Besar Perak jadi isu besar. Seorang demi seorang memfailkan permohonan untuk me ngetepikan perintah mahkamah.

Semalam Mohammad Nizar Jamaluddin ke pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan mem failkan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan yang diperoleh Dr. Zambry Abd. Kadir berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan be liau Menteri Besar Perak yang sah.

Kita perlu ingat bahawa punca masalah ini adalah daripada pakatan DAP, PKR dan Pas sendiri. Oleh sebab terlalu buta perlemba gaan, mereka sendiri melakukan kesilapan dengan cuba memecat tiga ahli Dewan Un dangan Negeri (DUN) daripada pihak mereka sendiri hingga menyebabkan rentetan ke melut ini wujud hingga hari ini.

Setelah sedar mereka tidak menjadi ma joriti, mereka menghadap Sultan Perak untuk membubarkan DUN tetapi gagal. Lalu Ba risan Nasional (BN) mendapat kesempatan dan perkenan Sultan untuk tubuhkan ke rajaan baru negeri itu.

Isunya jelas. Tetapi jika keadaan begini berterusan, sampai bila kes ini akan ber kesudahan. Sejak Februari lalu rakyat Perak memerhatikan tingkah laku orang politik. Mereka memahami niat BN mahu meme rintah kembali supaya dapat meneruskan khidmat dan bakti kepada rakyat. Tetapi niat murni itu kini menghadapi banyak halangan kerana cara pengambilalihan kuasa itu di pertikaikan oleh pakatan pembangkang – DAP, PKR dan Pas.

Sejak lebih tiga bulan, nampaknya pakatan pembangkang yang bagaikan gila kuasa, tidak dapat menerima bahawa mereka sudah hi lang sokongan majoriti.

Kini mereka pun tahu jika kembali ber kuasa, tidak punya makna kerana tiada so kongan majoriti dan usul undi tidak percaya boleh dikenakan kepada Mohammad Nizar. Jadi jalan mudah, mereka mahu Dewan Un dangan Negeri Perak dibubarkan dan di adakan pilihan raya negeri.

Tetapi, dalam keadaan ekonomi yang sedang kita hadapi, wajarkah sejumlah wang untuk pembangunan dan pemulihan ekonomi di gunakan semata-mata untuk pilihan raya itu?

Kita percaya untuk mengadakan pilihan raya negeri Perak mungkin menjangkau ra tusan juta ringgit. Barangkali pemimpin pem bangkang Perak langsung tidak ambil peduli soal pembaziran wang rakyat.

Mungkin ada niat di pihak pakatan pem bangkang untuk terus mencetuskan suasana haru-biru dalam politik negeri itu.

Bagi mengelak pembaziran dan perebutan kuasa, kita perlu cari jalan penyelesaian segera. Sudah ada suara mahukan kerjasama diadakan antara BN dan pembangkang di Perak.

Jika kedua-dua pihak mahu bekerjasama bagi menangani kemelut politik di Perak, maka pakatan pembangkang dan BN perlu mem punyai sikap saling hormat-menghormati.

Meminjam kata-kata Pengerusi BN, Najib Tun Razak, kita perlu menghormati hak pembangkang dan pihak pembangkang juga perlu menghormati hak kerajaan.

Dalam konteks ini, fikir-fikirkanlah cada ngan pembentukan kerajaan perpaduan – de ngan Perak menjadi perintis dan modelnya.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SEMALAM, Utusan Malaysia antara lain menyiarkan gambar seorang ibu meratapi anaknya yang diheret ke mahkamah di Ipoh kerana diper cayai terbabit dalam lumba haram.

Itulah sebenarnya kebimbangan ibu bapa terhadap kegiatan mat rempit. Mereka bimbang jika anak mereka terbabit dalam gejala ter sebut yang nyata memberi impak negatif dalam segenap perkara.

Umum tahu bahawa mereka yang merempit sentiasa memperjudikan nyawa mereka. Telah ramai tumpas di jalan raya, meninggalkan kaum keluarga dalam kepiluan.

Bagi yang ketagih menyertai ke giatan terbabit, elemen-elemen lain mula bercampur baur. Kegiatan jena yah ragut dan pelanggaran moral se perti pergaulan bebas antara kes lan jutan daripada kegiatan mat rempit.

Justeru sebelum menjadi wabak yang sukar dikawal dalam masya rakat kita, pihak berkuasa mula ber tindak tegas membasmi kegiatan itu. Operasi bersepadu sesama jabatan- jabatan yang berkaitan diadakan dari semasa ke semasa.

Selain peranan pihak berkuasa, Awang percaya tugas ibu bapa sen diri tidak kurang pentingnya. Me reka golongan pertama yang mam pu membentuk generasi muda Ma laysia daripada terjerumus dalam kegiatan negatif seperti merempit.


Awang – Berdoa.
Kayveas, Murugiah raih publisiti murahan?

Oleh ZULKIFLI JALIL


MIC ketika era Tan Sri V. Manikavasagam menjadi Presiden lewat 1970-an, timbalan presiden parti itu, nama Datuk Seri S. Samy Vellu begitu popular. Namun populariti Samy tidaklah sehingga beliau menzahir kan ‘belangnya’ di khalayak ramai.

Keadaan itu seharusnya diambil iktibar oleh Senator Datuk T. Murugiah. Namun ia tidak dilakukannya. Tindak-tanduk Se nator itu dikatakan sedikit sebanyak me ngetepikan kepimpinan sehingga menge cewakan Parti Progresif Penduduk (PPP) yang membawa kepada pemecatan jawa tan ahli Majlis Tertingginya.

Selain isu ‘serbuan’ ke atas mayat seo rang individu di sebuah hospital bersekali disertai sekumpulan orang ramai, gelagat Murugiah dalam konteks “memperjuang kan hak rakyat” ada kalanya tersasar sekali gus dimomokkan cuba mencari publisiti pantas. Di sebuah sekolah di Ipoh ba ru-baru ini, Murugiah dikatakan tanpa usul periksa membawa media kepada satu isu sensitif bahawa kononnya seorang pelajar di situ dipukul guru.

Tetapi setelah diperiksa, rupa-rupanya pelajar itu terkena percikan minyak ma sak di rumah, sekali gus memaksa Tim balan Menteri di Jabatan Perdana Men teri itu memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pe lajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Realitinya, kita tidak menolak hak seo rang menteri atau timbalannya mem perjuangkan hak rakyat, malah sebenar nya amat dialu-alukan. Tetapi sebagai ang gota pentadbiran awam, janganlah ia di lakukan semata-mata berniat untuk me raih perhatian politik sehinggakan sang gup menempelak pihak tertentu berhu bung kekangan birokrasi.

Setiap kali Kabinet dirombak, anggota kerajaan telah diingatkan supaya tidak menggunakan kedudukan jawatan untuk mengkritik sistem kerajaan. Ini meman dangkan saluran itu tersedia ada dalam mesyuarat Kabinet atau boleh dimaklum kan terus kepada Perdana Menteri.

Bagi Presiden PPP, Datuk M. Kayveas, selain dakwaan politik wang dan cuba menggugat kepimpinan parti yang di dakwa direncanakan Murugiah, beliau tidak menolak kelantangan melulunya sehingga dilihat mengetepikan kerajaan - menjadi penyebab Senator itu disingkir kan daripada PPP.

“Saya dimaklumkan kalau sanggup me nunggu sehingga ada kamera TV sebelum mahu paparkan isu tertentu. Anda tengok sendiri satu isu di sebuah sekolah yang dibawanya, ia agak berat sebelah,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Begitupun di sebalik politik dalaman PPP berhubung isu Murugiah, ugutan PPP di terajui Kayveas semalam untuk keluar da ripada Barisan Nasional sekiranya partinya tidak diberikan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang se patutnya tidak wajar timbul saat ini.

“Lupakah Kayveas bahawa dia telah meraih banyak pengalaman dan faedah semasa berada dalam pentadbiran kerajaan dulu. Ini sekali lagi diulangi suara sum bangnya ugut untuk keluar BN. Dalam hal ini, UMNO selaku tonggak BN harus cekal dan jangan takut menghadapi pihak tidak setia ini,” kata Menteri Penerangan, Ko munikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kepada akhbar ini.

Di sebalik isu ugutan Kayveas dan ke lantangan Murugiah, maka sewajarnya di renung akan cabaran bertali arus dari aspek ekonomi dan politik yang sedang ditangani kerajaan BN saat ini.

Usahlah beri beban tambahan kepada Perdana Menteri. Dan seharusnya, semua pihak terutama anggota-anggota kompo nen BN mengukuhkan barisan demi mem bantu Datuk Seri Najib Tun Razak me realisasikan impian menggunung rakyat.

PENULIS ialah Ketua Biro Utusan Malaysia Putrajaya.
Komitmen guru tingkatkan sistem pen didikan

Oleh MARZITA ABDULLAH


KUALITI sistem pendidikan tidak boleh me ngatasi kualiti guru-guru. Dengan perkataan lain guru yang sebenarnya menjamin kualiti sistem pendidikan di sesebuah negara.

Laporan Mckinsey ini diakui oleh semua sistem pendidikan di seluruh dunia. Oleh itu, falsafah ini selaras dengan tema Hari Guru Kebangsaan 2009 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Guru berkualiti adalah suatu ke mestian dan bukan lagi keistimewaan dalam konteks pendidikan di negara ini.

Ini juga ditekankan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datin Asariah Mi or Shaharuddin bahawa berkualiti itu mesti ada dalam diri seseorang guru.

“Guru berkualiti itu ialah seorang guru yang sentiasa berkualiti pada masa ini dan masa depan dan untuk menjamin sistem pendidikan kita kekal berkualiti, guru kita perlu sentiasa relevan dengan cabaran semasa dan akan datang, ini suatu kemestian jika kita hendak berjaya dan mencapai hasrat Wa wasan 2020,” tegasnya.

Kementerian Pelajaran katanya bertang gungjawab menghasilkan guru berkualiti dan kerana guru berkualiti menjamin ‘kemen jadian’ pelajar dari segi prestasi dan sahsiah.

“Ini juga ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu kemenjadian adalah outcome yakni kita menekankan tentang pencapaian, hasilnya bukan output. Misalnya kita latih seratus orang kita keluarkan seratus orang tetapi outcome ataupun kesannya adalah kepada pelajar. Kalau guru itu berkualiti maka pelajar akan menjadi insan yang kamil dan cemerlang,” katanya.

Berdasarkan tema Guru Pembina Negara Bangsa ini juga beliau melihat peranan guru amat penting dalam membina negara bangsa justeru pelancaran buku Standard Guru Malaysia (SGM) pada 16 Mei ini amat penting dalam memenuhi tuntutan kualiti berkenaan.

SGM menekankan tiga stan dard yang harus menjadi pe gangan bagi guru iaitu amalan nilai profesionalisme keguru an, pengetahuan dan kefaha man dan kemahiran pengaja ran dan pembelajaran (P&P).

Guru akan membuat pena rafan kendiri dengan melihat instrumen, melihat dirinya ber banding dengan standard yang telah dimaktubkan dalam SGM. Keperluan penarafan kendiri adalah untuk guru me nambah baik kualiti diri dan tugas masing-masing.

“Mereka menggunakan ins trumen ini boleh mengetahui di mana diri dia, dia boleh berusaha mencapai standardnya yang kita tetapkan. Guru sendiri ataupun pihak-pihak tertentu boleh juga membuat penilaian terhadap guru,” katanya.

Namun tegas Asariah, SGM bukan suatu penilaian untuk menghukum guru dan bukan untuk dikuatkuasakan tetapi hanya untuk diuar-uarkan bahawa guru di negara ini mem punyai standard kualitinya sendiri seperti gu ru di negara lain terutama negara maju.

Guru yang baik adalah guru yang sentiasa mahu mempertingkatkan diri dan akan me lihat di mana diri mereka dalam sistem. Bagi guru yang sering tertanya tentang ‘berkualiti’, apa standard yang mereka perlu ada maka SGM adalah petunjuknya.

Walaupun pembikinan SGM berasaskan ne gara luar namun penanda arasnya dibangun kan dalam konteks dan budaya serta amalan nilai-nilai masyarakat negara ini.

Melahirkan guru berkualiti dan guru ce merlang pokok pangkalnya adalah bermula daripada pengambilan calon dan latihan yang diikuti oleh guru-guru berkenaan. Justeru kata Asariah, pengambilan guru yang ber kualiti bukan sahaja dengan kelayakan aka demik tetapi mengenal potensi seseorang itu yang boleh digilap untuk menjadi guru yang berkesan.

“Untuk itu calon perlu me lalui ujian Malaysian Teacher Selection Test (MTest). Perkara yang kita tekankan ialah dari segi kematangan fikiran dan dalam MTeST itu ada satu kom ponen iaitu Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK), yang me nekankan aspek yang kita kenal pasti daripada guru-guru selain adanya Malaysia Educations Se lection Inventory (MEdSI) oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA)’’ katanya.

Kementerian Pelajaran sen tiasa berusaha mencari jalan untuk menambah baik cara pengambilan guru-guru baru dan mengenal pasti calon yang ada potensi untuk dibangunkan sebagai insan guru yang berkesan.

Selain daripada ujian ini, calon-calon juga dikehendaki menghadiri temu duga untuk mengenal pasti kebolehan berkomunikasi, kematangan berfikir, cara menyampaikan idea dan berhujah dan ini telah diperke nalkan sejak 10 tahun yang lalu.

Kini Kementerian Pelajaran sendiri amat berbangga bahawa trend permohonan guru tidak lagi menjadikan profesion keguruan sebagai pilihan akhir. Apatah lagi baru-baru ini bagi permohonan bagi Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) banyak calon yang memohon adalah mereka yang mempunyai keputusan SPM cemerlang malah memperoleh keputusan 13 1A.

“Mereka meletakkan pilihan keguruan se bagai pilihan pertama berbanding lapan pi lihan yang lain. Bagi saya, itu telah mem perlihatkan kejujuran dan keikhlasan mereka untuk menjadi guru,” katanya.

Jika di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), guru menjalani latihan dan apabila mereka keluar menjadi guru baru, mereka terus dinilai melalui Program Jaminan Kua liti yakni apabila ditempatkan di sekolah. Di sana mereka wajib meminta dinilai oleh guru besar dalam tempoh enam bulan pertama mereka ditempatkan di sekolah.

Mereka dinilai daripada personaliti, P&P, kokurikulum dan aspek pengurusan dan dari semasa ke semasa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan memantau prestasi guru.

“Selepas enam bulan guru besar akan me mulangkan semula borang penilaian kepua san pelanggan kepada IPGM dan kita me nganalisis, apakah pandangan Guru besar terhadap prestasi guru-guru ini selama enam bulan,” katanya.

Dan untuk itu IPGM telah menetapkan kualiti standard bahawa guru baru mesti melepasi sekurang-kurangnya 80 peratus da ripada standard kualiti guru permulaan yang ditetapkan.

Pada 2008, guru keluaran IPGM telah me lepasi standard kualiti guru permulaan yang ditetapkan dan ini memenuhi keperluan MS ISO 9001:2000 Kementerian Pelajaran.

Menyedari latihan praperkhidmatan itu ti dak boleh menjamin seorang guru untuk kekal berkualiti berkhidmat dalam tempoh 30 tahun akan datang maka program latihan dalam perkhidmatan guru amat penting agar mereka sentiasa mempertingkatkan kema hiran dan pengetahuan.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Kemen terian Pelajaran menyediakan peluang untuk guru menambah ilmu, mendapatkan kema hiran dan kursus motivasi agar mereka peka tentang tugas dan tanggungjawab dan ke cintaan mereka terhadap profesion ini.

Mulai tahun lalu, Ketua Pengarah Pela jaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom sendiri telah mengarahkan peruntukan terus kepada sekolah untuk melaksanakan latihan dalam perkhidmatan berasaskan sekolah.

Tahun ini sahaja, kira-kira RM47 juta telah diperuntukkan kepada semua sekolah untuk sekolah menjalankan latihan di samping kur sus yang diadakan oleh IPGM dan pihak lain.

Dengan peruntukan itu guru besar melalui jawatankuasa latihan perkhidmatan peringkat sekolah akan membuat analisis keperluan la tihan dalam kalangan guru mengenai bidang yang diperlukan oleh guru dan pada pandangan Guru besar memang guru itu memerlukannya.

Mereka boleh mendapat khidmat dari IPGM atau pensyarah untuk datang ke se kolah melaksana kursus atau menghantar guru mengikuti kursus yang diperlukan.

Kata Asariah, cabaran untuk melahirkan guru yang berkualiti adalah tanggungjawab bersama dan masyarakat tidak boleh me letakkannya kepada satu-satu pihak sahaja sebaliknya semua pihak bertanggungjawab, misalannya pihak IPGM bertanggungjawab melahirkan guru permulaan yang berkualiti.

Apabila guru ini ditempatkan di sekolah, sekolah pula perlu menyambut dan menyo kong agar guru ini dapat melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya. Justeru IPGM me ngalu-alukan maklum balas daripada guru besar dan pengetua mengenai perkara yang perlu ditambah baik.

“Ini kesedaran kita. Setelah keluarkan pro duk kita, kita hantar kepada pelanggan. Pe langgan beri maklum balas apa yang perlu ditambah baik dan kita mengharapkan pihak sekolah terus membimbing guru.

“Maklumlah guru yang baru ini, walaupun sudah menjalani latihan selama empat tahun mereka perlu masa menyesuaikan diri. Untuk itu mereka memerlukan bimbingan yang berterusan daripada pihak sekolah,” katanya.

Menurut beliau, latihan permulaan tidak mencukupi sebaliknya guru perlu latihan berterusan untuk pengetahuan, kemahiran dan sikap tentang cara mereka perlu ber depan dan menangani cabaran semasa.

Justeru, kata Asariah, sokongan, komit men, kerjasama dan keterbukaan semua war ga pendidik menyahut cabaran itu merupa kan kunci kejayaan warga pendidik dan sis tem pendidikan itu sendiri.
Selesaikan kemelut ‘28 lawan 28+3’

MEMANG memalukan. Mungkin juga me lucukan bila melihat senario politik hari ini. Sekejap jadi, sekejap tidak jadi. Pagi masuk, tengah hari keluar. Kadang-kadang sawo ma tang, kadang-kadang hitam manis.

Tetapi itulah hakikat sebenar yang terpaksa ditelan oleh rakyat Perak. Segala-galanya ang kara politik rakus kuasa.

Namun kini sudah tiba masanya untuk para pemimpin melakukan sesuatu terhadap kemelut ini. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Pokok pertikaian kemelut di Perak ialah mengenai penghuraian undang-undang dan juga sistem demokrasi yang diterjemah me ngikut selera pihak berkepentingan.

Oleh itu, atas semangat “Rakyat Diuta makan”, kerajaan perlu mengambil langkah untuk menyelesaikan kemelut ‘28 lawan 28+3’ di Perak itu.

Kedudukan kerusi pakatan pembangkang sebanyak 28 dan Barisan Nasional (BN) yang juga 28 tetapi dicampur tiga (Bebas) adalah punca segala-galanya.

Disarankan agar tiga ADUN Bebas itu me nyertai mana-mana parti dalam BN. Ia akan menjadikan kedudukan 31 lawan 28 dan memberi mandat yang cukup kuat kepada BN untuk berkuasa.

Kemudian barulah panggil Sidang Dewan tergempar untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar yang tidak cukup sokongan. Cara ini akan membuat pakatan pembangkang checkmate.

Hakikatnya, tidak perlu dibubarkan DUN Perak kerana dasar prinsip demokrasinya ter bukti wujud majoriti yang sah. Tidak mus tahil kalau diadakan semula pilihan raya, kedudukan seperti sekarang akan berulang.

Keputusan mahkamah yang mengisytihar kan Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah mengeruhkan lagi kemelut politik Perak.

Atas alasan DUN tidak membuat undi tidak percaya terhadap Nizar sebagai salah satu sebab – mungkin agak pelik untuk di terima. Masakan Speaker daripada pakatan pembangkang akan memanggil sidang ter gempar untuk usul tidak percaya terhadap Nizar ketika itu?

Kerenah sesetengah ahli politik kini seperti badut sarkas. Mereka cuba menegakkan benang yang basah.

Janganlah sampai rakyat memandang ahli politik sebagai puak yang bodoh sombong.

Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin ter hadap rakyat, saya harap pucuk pimpinan lupakan sahaja hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil di Penanti. Biarlah pem bangkang bertindak sesuka hati atas nama ‘demokrasi’. Insya-Allah lambat-laun, mereka akan ‘tenggelam dengan labu-labunya’.

Yang penting kerajaan beri tumpuan ke pada usaha membangunkan negara. Inilah masa untuk bertindak dan menterjemahkan hasrat kepada realiti. Rakyat dahagakan ‘hij rah politik’.

Tumpuan perlu diberikan kepada usaha menangani masalah ekonomi.

DR. MOHD. AZAM RAUZAN

Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Modal insan pelengkap ekonomi baru berteras inovatif, kreativiti
Oleh Jami’ah Shukri
rencanabh@bharian.com.my

PENSYARAH, penulis dan pakar perunding terkemuka dunia, Peter F Drucker pernah berkata: ‘Inovasi adalah elemen utama kepada usahawan. Dengan mengeksploitasi sesuatu yang berlainan dalam dunia perniagaan dan perkhidmatan mampu mengubah elemen itu.

“Usahawan juga perlu melakukan kajian untuk mendapatkan sumber yang lebih inovasi dan mengaplikasikan ke arah mencipta serta meneroka kejayaan lebih cemerlang.”

Ternyata berfikiran kreatif dan inovasi adalah ramuan terbaik untuk melakukan sebarang penciptaan dalam apa juga sistem kehidupan. Minda kreatif dan inovasi mampu memacu kedudukan tertinggi sosioekonomi sesuatu bangsa. Dalam misi Malaysia mencapai negara maju menjelang 2020, semua sektor perlu menggarapkan nilai kreatif dan inovasi dalam budaya kehidupan mereka.

Dengan itu, langkah kerajaan memperkenalkan model baru berteraskan peningkatan inovasi dan produktiviti pekerja yang disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini, tepat pada masanya ke arah meletakkan kedudukan ekonomi daripada sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi.

Model ekonomi baru yang memberi penekanan terhadap aspek inovasi dan produktiviti wajar dilaksanakan segera.

Presiden Persatuan Kreativiti dan Inovasi Malaysia (Macri), Datuk Ghazi Sheikh Ramli menganggap langkah kerajaan itu adalah sejajar dengan misi Macri sendiri yang kini begitu agresif mempromosi kreativiti dan inovasi sebagai jentera bagi menentukan kejayaan negara pada masa depan kepada semua lapisan masyarakat sejak penubuhannya pada April 2007 lalu.

Oleh itu, misi Najib untuk membentuk model baru ekonomi memberi ruang kepada transformasi berkesan dengan menambah nilai yang lebih tinggi menerusi kreativiti dan inovasi. Ekonomi baru ini mampu direalisasikan dengan menyatukan pengetahuan dengan modal insan.

Apa yang perlu dilakukan, Ghazi berkata, keseluruhan sektor ekonomi termasuk di kalangan kerajaan, swasta, akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli perniagaan bertindak untuk mewujudkan transformasi dengan meningkatkan nilai dalam sistem kehidupan mereka.

“Sebagai contoh, syarikat multinasional yang besar dan berjaya, sebenarnya mempunyai budaya inovasi secara menyeluruh di dalam syarikatnya seperti dilakukan IBM, Google, Digi dan Philips.

“Apa yang diperlukan dalam pasaran di Malaysia, syarikat tempatan, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut memberi penekanan terhadap inovasi dalam ekonomi baru dengan menjadikannya budaya dalam syarikat masing-masing. Apabila ini dapat diterapkan segala pelaksanaan program akan mencatat kecemerlangan,” katanya.

Kajian terhadap 25 syarikat inovatif dunia, mendapati Google sentiasa berada paling atas kerana menggarapkan kreativiti dan inovasi dalam setiap amalan syarikatnya.

Syarikat Tata, dari India, umpamanya, sebelum ini tidak pernah termasuk dalam senarai 25 syarikat inovatif terkemuka dunia, tetapi tahun lalu nama negara itu melonjakkan ke tangga ke-6 selepas melakukan inovasi dalam penciptaan kereta cip terkecil di dunia, iaitu Nano yang hanya bernilai AS$2,500.

“Sekiranya kita meluaskan minda dan berfikiran kreatif serta inovatif, apa juga yang dilakukan boleh ditambah nilai dan dikomersialkan.

“Saya fikir strategi terbaik yang perlu dilakukan kerajaan untuk membangunkan ekonomi baru yang berasaskan kepada kreativiti dan inovasi bagi menambah nilai ialah dengan menekankan kepada modal insan,” katanya.

Apa yang penting ialah memastikan seramai mungkin rakyat di negara ini memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan kreativiti dan inovasi.

Penubuhan Macri, katanya, sejajar dengan matlamat negara dan dengan keahlian 1,800 dari pelbagai kaum, iaitu 55 peratus kalangan dewasa dan 45 peratus di bawah usia 21 tahun serta penekanan kepada ‘memperkasakan idea yang mudah’ sebagai pemangkin generasi yang hebat pada masa depan.

Rakyat, kata beliau, tidak seharusnya dangkal fikiran dengan hanya menganggap inovasi berasaskan kepada produk, sebaliknya perlu memperluaskan minda kepada aspek lain.

“Apabila bercakap mengenai kreatif dan inovasi, masih ramai yang salah anggap dan itu perlu dibetulkan. Ada yang menganggap kreativiti hanya dalam bidang muzik, teater, drama, filem dan penulisan, manakala inovasi hanya untuk pakar penyelidik serta saintis. Ini seolah-olah mereka saja yang kreatif.

“Ada juga yang menyatakan inovasi hanya kepada produk. Semua tanggapan itu salah. Oleh itu, kita perlu nyatakan bahawa kreativiti dan inovasi boleh dilakukan oleh semua golongan dalam apa juga bidang.

“Jika tidak didedahkan dengan perkara baru, selagi itu, kita tidak boleh menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Kita mahu kedua-dua aspek ini tidak hanya sebagai retorik sebaliknya dilaksanakan kerana setiap manusia dilahirkan dengan akal fikiran dan ia perlu dipergunakan sebaik-baiknya,” katanya.

Dalam keadaan ekonomi merudum juga dianggap masa yang sesuai negara bergerak pantas ke arah pembinaan kreatif dan inovasi dalam budaya kehidupan.

Malaysia sudah bersedia ke arah itu kerana sudah didedahkan dengan aspek kreativiti dan inovasi jika dibandingkan dengan negara lain. Apa yang paling utama ialah bagaimana kita perlu melonjak lebih jauh ke arah itu dengan menggunakan model kreatif dan inovasi.

Sudah pasti Wawasan 2020 bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan moto Cemerlang, Gemilang dan Terbilang oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini 1Malaysia oleh Najib adalah cantuman kesinambungan yang amat relevan pada masa ini dalam usaha mencapai sebuah negara maju.
Pengenalan petrol RON95 bukti kerajaan serius bantu rakyat


LANGKAH kerajaan memperkenalkan petrol baru RON95 untuk dijual pada harga RM1.75 seliter dan petrol RON92 dimansuhkan mulai 1 September ini, manakala RON97 pula dijadikan produk premium dengan harga dinaikkan 20 sen kepada RM2 seliter, perlu dilihat secara positif berdasarkan keperluan sebenar. Hakikatnya, niat kerajaan adalah baik bagi memastikan orang ramai mendapat bekalan bahan api yang lebih berkualiti dan murah. Misalnya, melalui pengenalan petrol RON95 yang lebih mesra alam, malah sudah diguna pakai secara meluas oleh pengguna kenderaan di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun adalah langkah baik bagi pengguna dan kerajaan berikutan pemerolehan kualiti bahan api bersesuaian pada harga lebih murah yang mampu mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan. Majoriti pengguna kini boleh berjimat 5 sen seliter dengan beralih daripada penggunaan RON97 yang berharga RM1.80 seliter. Ini berita gembira kerana 95 peratus pemandu di negara ini yang kini menggunakan RON97 dan cuma lima peratus saja menggunakan RON92 yang akan ditamatkan jualannya. Oleh itu, ia akan memberi manfaat kepada sebahagian besar pengguna, walaupun lima peratus lagi terpaksa meningkatkan perbelanjaan 5 sen seliter untuk bertukar daripada RON92 yang berharga RM1.70 seliter kepada RON95. Malah, pengguna juga tidak perlu bimbang dieksploitasi mana-mana pihak berikutan langkah kerajaan menjadikan RON95 sebagai produk harga tetap yang dikawal seperti diumum Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin.

Pelaksanaan penggunaan RON95 adalah usaha berterusan bagi memastikan rakyat mendapat kualiti petrol lebih baik pada harga yang mendapat subsidi kerajaan. Semua jenis kereta boleh menggunakan RON95, termasuk yang berkuasa tinggi. Malah, penggunaan RON95 yang sesuai dengan enjin kenderaan membolehkan pembakaran sempurna dan lebih berkesan, sekali gus menyebabkan kurang pelepasan bahan pencemar ke udara. Namun, kenaikan harga 20 sen bagi RON97 dijangka hanya akan memberi kesan kepada pemilik kereta mewah yang berkapasiti 2000cc ke atas yang mewakili kurang daripada lima peratus jumlah kenderaan di negara ini. Orang ramai juga tidak perlu bimbang dengan kenaikan itu kerana mereka mempunyai pilihan menggunakan RON95 yang lebih baik kualitinya dan murah harganya. Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan cadangan kenaikan harga bagi RON97 itu dijadikan isu oleh pihak tertentu, malah sebuah akhbar online milik parti pembangkang semalam, memaparkan berita susulan mengenai pengumuman berkenaan dengan mendakwa kerajaan sengaja mahu naikkan harga minyak yang akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban. Laporan yang tidak memperincikan langkah kerajaan memperkenalkan RON95 itu seolah-olah memberi gambaran harga minyak akan naik secara keseluruhannya. Kita berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan maklumat yang diputar belit seperti itu. Apa yang penting sekarang ialah kerajaan perlu memberi penjelasan secukupnya mengenai kelebihan RON95 dan kenapa petrol RON92 perlu dimansuhkan serta harga RON97 pula dinaikkan. Kita percaya jika rakyat diberikan maklumat dan penerangan yang jelas mengenai langkah kerajaan itu, mereka sudah tentu dapat menerimanya dengan positif.
Liberalisasi langkah wajar perkukuh ekonomi
Oleh Datuk Rahman Sulaiman

KEPUTUSAN kerajaan meliberalisasikan sebanyak 27 sektor kecil perkhidmatan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mendapat sambutan yang cukup positif, terutama di kalangan tokoh perniagaan, ahli ekonomi serta pengulas asing.

Mereka berpendapat langkah itu adalah tepat pada masanya ketika ekonomi Malaysia sedang menghadapi pelbagai cabaran dan saingan berikutan globalisasi dan krisis ekonomi serta kewangan yang dihadapi dunia sekarang.

Usaha itu juga dianggap selaras dengan matlamat kerajaan untuk melakukan pembaharuan dan perubahan struktur ekonomi negara yang antara lain bertujuan membangunkan sektor perkhidmatan sebagai satu peneraju utama pertumbuhan.

Begitupun, ada juga segelintir pihak yang melihat pengumuman berkenaan dengan penuh syak wasangka kononnya ia akan menjejaskan kepentingan Bumiputera dari segi pemegangan ekuiti dalam sektor kecil terbabit.

Ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja memutarbelitkan fakta untuk memberi gambaran, terutama kepada orang Melayu di luar bandar kononnya langkah diumumkan itu sebagai titik permulaan kepada satu usaha terancang untuk merampas hak orang Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi.

Akibat daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini, ramai juga orang Melayu berasa gelisah dan kurang senang, terutama apabila keputusan untuk meliberalisasi sektor kecil terbabit dikaitkan dengan pengenalan konsep 1Malaysia, liberalisasi sektor kewangan dan mungkin sektor lain yang akan turut dibuka nanti dari semasa ke semasa mengikut jadual ditetapkan untuk memenuhi komitmen Malaysia dalam pelbagai perjanjian antarabangsa.

Memang betul liberalisasi membawa implikasi pengecualian terhadap syarat pemilikan ekuiti 30 peratus untuk Bumiputera dalam sektor atau sektor kecil terbabit. Tetapi seperti yang sering dijelaskan Perdana Menteri, syarat pemilikan 30 peratus itu tidak akan membawa sebarang makna jika ia tidak dipenuhi atau kalau penyertaan Bumiputera hanya sekadar ‘sleeping partner’ tanpa sebarang penyertaan aktif dalam pengurusan atau hanya untuk setakat digunakan bagi ‘membuka pintu’ kepada kerajaan.

Dalam hubungan ini, penyertaan 10 peratus yang tulen adalah lebih baik untuk masa depan orang Melayu daripada penyertaan 30 peratus sebagai ‘sleeping partner’ yang tidak akan memberi sebarang kelebihan kepada orang Melayu dari segi memperoleh ilmu dan kemahiran.

Liberalisasi juga akan membolehkan peniaga Melayu yang berkemampuan, berdaya saing dan gigih memiliki lebih daripada 30 peratus penyertaan dalam sebarang usaha sama dengan pelabur asing.

Adalah jelas bahawa liberalisasi akan membuka peluang yang seluas-luasnya kepada peniaga Melayu yang tulen dan berdaya saing.

Golongan ini sebenarnya sudah ramai wujud di negara ini dan mereka mengalu-alukan langkah kerajaan itu. Apa pun, seperti yang Najib jelaskan, keputusan kerajaan memperkenalkan liberalisasi itu tidak bermakna kerajaan akan mengabaikan tanggungjawabnya membantu peniaga yang perlu bantuan.

Peniaga Melayu benar-benar serius dan perlukan bantuan akan tetap dibantu. Sebagai contoh, serentak dengan langkah meliberalisasikan 27 sektor kecil yang terbabit, kerajaan turut menubuhkan Dana Pembangunan Kapasiti untuk Sektor Perkhidmatan (SSCDF).

Dana berjumlah RM100 juta berkenaan yang bertujuan untuk mengurangkan impak liberalisasi kepada penyelia perkhidmatan tempatan akan digunakan untuk tujuan penerangan dan latihan, penambahbaikan dan modenisasi, akreditasi dan pembiayaan bagi tujuan penggabungan serta pengambilalihan.

Apa pun liberalisasi bukanlah sesuatu yang baru untuk Malaysia. Sebagai contoh, proses liberalisasi bagi sektor perkhidmatan saja, sudah bermula sejak 1995 lagi apabila Malaysia memberi komitmen untuk meliberalisasikan sektor berkenaan di Pusingan Uruguay di bawah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan menerusi Perjanjian Rangka Kerja Asean bagi Perkhidmatan (Afas).

Di bawah perjanjian Asean itu, negara-negara anggota sudah membuat komitmen untuk meliberalisasikan sepenuhnya sektor perkhidmatan pada tahun 2015.

Berbalik kepada langkah meliberalisasikan 27 sektor kecil yang dipertikaikan sekarang, sebenarnya jika diteliti sektor terbabit satu persatu, sebahagian besar daripadanya tiada pun penyertaan Bumiputera atau bukan Bumiputera tempatan.

Sebahagian daripada senarai itu pula sudah pun diliberalisasikan sebelum ini. Ia termasuk sektor ICT, pusat pengagihan wilayah dan pusat pemerolehan antarabangsa. Untuk sektor kecil yang langsung tiada penyertaan tempatan, adalah lebih baik membukanya kepada penyertaan asing untuk dimajukan daripada hanya membiarkan potensinya diabaikan begitu saja.

Sebenarnya, liberalisasi membawa banyak keuntungan kepada negara. Antaranya ialah, ia membantu meningkatkan pelaburan asing, di samping menambah pengkhususan kemahiran dan teknologi. Ia juga menambah kapasiti baru dalam perkhidmatan, mengisi kekosongan dalam sektor kecil yang tidak wujud dalam negara serta membuka peluang untuk perniagaan usaha sama dalam dan luar negara.

Semua ini pada jangka panjangnya akan membantu usaha meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Pada tahun lalu saja, sektor terbabit menyumbang 55 peratus kepada KDNK negara, 47.6 peratus daripadanya disumbangkan oleh perkhidmatan bukan kerajaan.

Sebagai perbandingan, bagi negara-negara maju, sumbangan sektor ini kepada KDNK adalah lebih 70 peratus. Di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3), Malaysia menyasarkan untuk sektor ini menyumbang sebanyak 60 peratus kepada KDNKnya menjelang 2020.

Adalah jelas bahawa negara tiada pilihan lain, melainkan memilih liberalisasi jika ia mahu beralih status daripada sebuah negara yang berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi.



Datuk Rahman Sulaiman ialah bekas Ketua Pengarang Bernama
Image

Kesan krisis politik Perak
APA kesudahan krisis politik di Perak? Bila agaknya ia akan tamat? Dan sejauh manakah kesannya kepada rakyat di negeri itu?

Jangan biar 13 Mei berulang
TRAGEDI 13 Mei genap 40 tahun hari ini. Walaupun ada sesetengah pihakmenanggap peristiwa hitam itu hanya sebuah kes terpencil – berlaku diKuala Lumpur – dan bukannya bersifat ‘nasional’, tapi kesannya sangatpahit untuk ditelan. Peristiwa itu masih berbekas sehingga kini.

Bank patut bantu usahawan keluar daripada kemelut ekonomi
INSTITUSI perbankan negara ini ditegur lagi. Beberapa bulan lalu, bank ditegur kerana liat untuk memberikan pinjaman.

BISIK-BISIK
SEJURUS selepas Mahkamah Tinggi memutuskan Mohammad Nizar JamaluddinMenteri Besar Perak yang sah kelmarin, Najib Tun Razak telah memintasemua pihak bertenang dan jangan terlalu ghairah atau gusar.

Image

Rawat pesakit dengan sentuhan profesional
HARIJururawat Antarabangsa yang diraikan pada setiap 12 Mei telah disambutsemalam. Profesion jururawat adalah mulia dan perlu disanjung tinggioleh setiap lapisan masyarakat. Jadi setiap masyarakat harus memberipenghormatan kepada jururawat supaya mereka terus berkhidmat denganberetika dan prihatin terhadap pesakit-pesakit.

Ubah persepsi ubat perlu diisi dalam plastik
MENJADI suatu lumrah apabila kita berkunjung ke farmasi sesebuahhospital mahupun klinik untuk mendapatkan beg plastik bagi tujuanmengisi ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor.

Banyak sektor halal perlu diterokai
PELUANG perniagaan di dalam industri halal sememangnya berpotensi untukberkembang di mana ia merupakan satu sektor pertumbuhan baru untuk masadepan.

ISU-ISU AKHBAR CINA
Kes 2 Menteri Besar Perak HAMPIR semua akhbar Cina pada 12 Mei 2009menyiarkan tajuk utama mengenai kemelut politik negeri Perak yangberterusan, dan akhbar Oriental Daily News mengemukakan tajuknya: “Kes2 Menteri Besar Negeri Perak’ melaporkan perkembangan kes Datuk SeriIr. Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kedudukan Datuk Seri Zambry Abd.Kadir mengenai kedudukan Menteri Besar Perak.

Berikan peluang rakyat Perak buat penilaian sendiri
PEPATAH yang menyebut bahawa "gajah sama gajah berjuang, kancil mati ditengah-tengah" adalah analogi yang paling tepat kepada rakyat negeriPerak sekarang.

Media tradisional lawan media baru: Siapa kalah?
APA itu media, ramai yang tahu pengertiannya secara umum. Kecuali orangmedia sendiri, rata-rata umum tidak tahu media secara sebenar dan kuasayang ada padanya. Tidak ramai yang tahu magnitud kekuasaan yang adapada media. Tidak ramai juga yang tahu akhbar dan media juga dikenalisebagai fourth estate (estet keempat) iaitu hirarki keempat dalamsistem kuasa sesebuah negara.





Umno perlu berani buat perubahan, menerajui pembaharuan
UcapanPresiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sempena Ulang Tahun Umno ke-63 diDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.

Analisis: Krisis politik Perak jejas kesejahteraan rakyat
SUASANApolitik di Perak penuh dengan kejutan. Sejak peralihan kuasa padaPilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun lalu, tidak ada sesuatu pun yangpasti dan sentiasa diselubungi ketidaktentuan.

Minda Pengarang: Kemelut di Perak tidak wajar berpanjangan, berulang
SEHARIselepas Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas)mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai MenteriBesar Perak yang sah, semalam Mahkamah Rayuan pula membenarkanpermohonan penangguhan pelaksanaan keputusan itu. Ini bermakna keadaanstatus quo kembali seperti sebelum ini iaitu Datuk Seri Dr Zambry AbdulKadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuan itudidengar. Mahkamah akan
Kesan krisis politik Perak

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my

Anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di hadapan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh, kelmarin.


APA kesudahan krisis politik di Perak? Bila agaknya ia akan tamat? Dan sejauh manakah kesannya kepada rakyat di negeri itu?

Adakah ‘jangkitan’ kemelut itu ke negeri-

negeri lain menyamai bahaya wabak influenza A atau meningitis yang begitu menakutkan?

Persoalan itu mesti dijawab. Lantaran kebimbangan orang ramai terhadap kemelut yang amat kabur kesudahannya itu semakin berat.

Kemelut itu wajib diselesaikan segera. ‘Penyakit’ itu jika tidak dibendung pasti memberi kesan jangka panjang kepada pembentukan negara bangsa.

Kebimbangan itu direkodkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail ketika beliau mencelah pendengaran rayuan kes tersebut di Mahkamah Rayuan pagi semalam.

Katanya: “Perkembangan politik di Perak memberi kesan kepada seluruh negara dan jika dilengah-lengahkan akan menimbulkan krisis yang berpanjangan.”

Itulah hakikat yang mesti ditelan oleh semua pihak. Bahawa mengizin kemelut itu berlarutan untuk satu tempoh yang agak panjang sehingga menimbulkan kebosanan, mual dan muak di kalangan rakyat juga satu kesilapan.

Krisis dan kemelut ini mesti dihentikan supaya penduduk di Perak kembali aman dan dapat menjalankan rutin harian tanpa gangguan. Lebih penting lagi urusan rakyat di seluruh negara dapat dilangsungkan tanpa perlu menoleh kepada perkembangan tidak perlu yang sengaja diada-adakan.

Sebab itu Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri mesti dipelihara, dihormati dan diguna pakai intipatinya sebaik-baik mungkin.

Ini kerana jawapan kepada kemelut politik yang boleh sahaja mencetuskan suasana tidak selesa di kalangan rakyat itu terbentang di dalam undang-undang tersebut.

Jangan biar 13 Mei berulang

Oleh WAN NORAZAH WAN CHIK
rencana@utusan.com.my


TRAGEDI 13 Mei genap 40 tahun hari ini. Walaupun ada sesetengah pihak menanggap peristiwa hitam itu hanya sebuah kes terpencil – berlaku di Kuala Lumpur – dan bukannya bersifat ‘nasional’, tapi kesannya sangat pahit untuk ditelan. Peristiwa itu masih berbekas sehingga kini.

Ramai yang gerun bila mengungkapkan Tragedi 13 Mei itu. Lebih-lebih lagi di kalangan penduduk yang sudah di peringkat remaja dan dewasa ketika tragedi itu tersebut.

Ada ketikanya ia seolah-olah menjadi tabu. Ramai yang enggan membicarakan isu tersebut. Ia dianggap sebagai tragedi yang memberi titik hitam kepada sejarah pembinaan negara bangsa Malaysia.

Walau apa sahaja hujah untuk menidakkan kepentingan 13 Mei 1969 daripada lipatan sejarah negara, tidak dapat tidak, perlu diakui bahawa pengajaran daripadanya masih relevan sehingga kini.

Punca dan kesan Tragedi 13 Mei kepada negara perlu difahami. Ia tidak boleh dilihat sebagai satu bentuk kegagalan pentadbiran ketika itu mempertahankan perpaduan rakyat semata-mata.

Terlalu banyak iktibar yang boleh dikutip daripada peristiwa itu. Pengajaran paling penting ialah “jangan biar ia berulang”.

Tragedi itu tidak boleh disembunyikan. Rakyat perlu tahu mengenainya dan difahamkan bahawa kesan yang amat buruk akan berlaku apabila perpaduan menjadi goyah dan runtuh.

Tanpa mengetahui dan memahami, tiada apa yang boleh dikutip untuk dijadikan teladan atau sempadan.

Pakar sejarah, Datuk Dr. Ramlah Adam ketika diminta mengulas mengenainya berkata, Tragedi 13 Mei itu sangat relevan dijadikan panduan serta iktibar berdasarkan situasi semasa.

Kata beliau, Tragedi 13 Mei tidak seharusnya disekat untuk dibicarakan. Rakyat, khususnya generasi muda perlu diberi pemahaman mengenai punca dan natijah peristiwa tersebut.
Bank patut bantu usahawan keluar daripada kemelut ekonomi

INSTITUSI perbankan negara ini ditegur lagi. Beberapa bulan lalu, bank ditegur kerana liat untuk memberikan pinjaman.

Tetapi kali ini, isunya bank menarik balik kemudahan pinjaman kepada komuniti peniaga yang berdaya maju tanpa memberikan sebarang alasan kukuh.

Jika begini sikap dan pendekatan yang diamalkan oleh institusi perbankan, maka memang wajar Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan membuat teguran.

Sungguhpun negara kita sedang menghadapi cabaran ekonomi berikutan krisis kewangan global, tidak semestinya aktiviti pertumbuhan ekonomi juga perlu diperlahankan.

Untuk menangani masalah ekonomi yang perlahan, sektor swasta mempunyai peranan untuk merancakkan kembali pertumbuhan.

Namun, pergerakan jentera ekonomi itu perlu juga mendapat sokongan institusi perbankan melalui penyaluran bantuan modal.

Adalah cukup menghairankan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan institusi perbankan tempatan tidak berdepan dengan sebarang risiko. Tetapi kenapa sukar sangat hendak memberikan kemudahan kredit kepada para usahawan.

Malah sektor perbankan negara dinyatakan masih mencatatkan imbangan kira-kira yang teguh dengan nisbah modal berwajaran risiko 13.4 peratus pada akhir Mac lalu dengan mempunyai jumlah penampan kerugian sebanyak RM44.6 bilion serta nisbah hutang tidak berbayar 2.2 peratus.

Persoalannya, apakah strategi bank-bank yang seolah-olah tidak mahu membantu menyediakan kredit kepada sektor swasta.

Kita percaya pengurusan bank tiada niat untuk menggagalkan dasar-dasar kerajaan dan projek-projek swasta untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat tempatan.

Barangkali bank tempatan mengambil pendekatan terlalu berhati-hati. Tetapi langkah itu akan menyusahkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mendapatkan pembiayaan untuk meneruskan survival perniagaan masing-masing.

Dalam waktu-waktu yang mencabar sekarang, peniaga menghadapi tekanan akibat aktiviti ekonomi yang lembap.

Perjalanan ekonomi yang tidak lancar semestinya menyebabkan sumber pendapatan para peniaga terjejas. Apabila itu terjadi, akan timbul kesulitan di pihak para peniaga untuk melunaskan pinjaman bank.

Kita sedar institusi perbankan amat berpegang kepada prosedur serta syarat-syarat yang mereka cipta sendiri, kemudahan pinjaman kepada peniaga yang gagal membuat pembayaran akan ditarik balik.

Dalam tempoh ini jugalah ada peniaga yang diisytiharkan muflis, menambahkan lagi tekanan dalam gelombang ekonomi negara.

Sebab itu dalam hal ini semua bank mesti bersikap rasional.

Oleh itu, kita menyeru pihak bank supaya berhemah dengan tidak mengambil tindakan keterlaluan terutama berkaitan dengan kepentingan peniaga kita.

Dalam situasi sekarang, institusi perbankan diharap tidak terus menyusahkan kerajaan dan peniaga. Bank patut membantu membawa keluar usahawan daripada kemelut ekonomi dengan mempermudahkan syarat pinjaman.
BISIK-BISIK

SEJURUS selepas Mahkamah Tinggi memutuskan Mohammad Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak yang sah kelmarin, Najib Tun Razak telah meminta semua pihak bertenang dan jangan terlalu ghairah atau gusar.

Wajarlah peringatan Perdana Menteri itu kerana tidak sampai 24 jam kuasa Menteri Besar diperoleh semula oleh Mohammad Nizar, beliau telah mengambil beberapa tindakan drastik. Ia termasuklah menggantung jawatan Penasihat Undang-Undang Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Bagi Awang, rakyat Perak khususnya tidak wajar dibiar terus berada dalam kekeliruan dan serba salah. Justeru keputusan mahkamah itu perlu dilihat dalam perspektif yang betul.

Tanda tanya terus menyelubungi pemikiran rakyat Perak kerana selepas semua tindakan itu, Mohammad Nizar pula perlu keluar pejabatnya ekoran Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Dr. Zambry Abd. Kadir bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada Mohammad Nizar.

Memahami proses mahkamah dan menerima apa juga keputusan dengan tenang dan positif adalah antara ramuan untuk mengelakkan rakyat terus keliru. Jalan terbaik perlu dicari.


Awang – Faham.
Rawat pesakit dengan sentuhan profesional

Oleh RUSINAH SIRON

Jururawat lelaki dan wanita berikrar pada Majlis Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2009 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.


HARI Jururawat Antarabangsa yang diraikan pada setiap 12 Mei telah disambut semalam. Profesion jururawat adalah mulia dan perlu disanjung tinggi oleh setiap lapisan masyarakat. Jadi setiap masyarakat harus memberi penghormatan kepada jururawat supaya mereka terus berkhidmat dengan beretika dan prihatin terhadap pesakit-pesakit.

Peranan jururawat terkandung dalam perkataan JURURAWAT itu sendiri yang mempunyai makna dan maksud yang tersirat dan tersurat bagi menjelaskan peranan dan tugas seorang jururawat.

J - Jari Jemari

Jari jemari jururawat yang lembut melayan pesakit merupakan satu rangsangan ke arah penyembuhan pesakit dengan lebih cepat. Sentuhan jari jemari jururawat yang lemah lembut sangat penting bagi memberikan perkhidmatan yang baik kepada pesakit.

Jari jemari jururawatlah yang menyuapkan ubat ke mulut pesakit yang kritikal, membetulkan alatan pesakit, menyelimutkan pesakit dan pelbagai lagi rawatan dan perhatian jururawat kepada pesakitnya.

U - Usaha

Jururawat perlulah sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya. Jururawat adalah pembantu setia kepada doktor. Jururawat perlu berusaha membantu doktor dan pesakit dengan semangat dan usaha yang jitu tanpa rungutan dan bantahan terhadap pekerjaan yang diamanahkan kepadanya.

Usaha murni jururawat membantu pesakit sangat dipandang tinggi oleh pesakit khususnya dan masyarakat amnya.

R - Rawat

Tugas utama jururawat adalah merawat pesakit yang telah didiagnosa sakitnya oleh para doktor. Tugas merawat meliputi pelbagai kaedah rawatan. Ada jururawat yang kreatif dengan bercerita dan memotivasi pesakit dengan kata-kata yang manis dan merdu didengar oleh telinga pesakit agar pesakit cepat sembuh.

Ada yang merawat dengan pelbagai kaedah perubatan yang dicadangkan oleh doktor. Pesakit lumpuh akan sentiasa didorong untuk berjalan dan dilatih dengan baik agar dia mampu bergerak sedikit dan diberi harapan.

U - Umpama Lilin

Masih ingatkah kita kepada nama besar dalam dunia kejururawatan iaitu Florence Nightingale yang sepanjang hayatnya merawat dan membantu pesakit. Pada waktu malam Nightingale melawat setiap katil pesakit dengan menggunakan lilin di wad pesakit yang serba kekurangan.

Layanan Nightingale yang penuh keikhlasan dan kemurnian hati itu menjadi simbol bahawa dunia kejururawatan adalah profesion yang penuh dengan nilai murni bagi membantu pesakit untuk pulih dan membina kehidupan baru.

R - Respons

Seorang jururawat itu perlulah sentiasa memberi respons kepada masalah dan pertanyaan pesakit yang dikemukakan kepadanya. Respons yang diberikan oleh jururawat kepada pesakitnya perlu mempunyai hemah dan etikanya agar pesakit tidak terkejut atau terkedu dengan jawapan yang diberikan oleh jururawat.

Contohnya jika pesakit yang mempunyai penyakit kritikal bertanya kepada jururawat, "Puan, macam mana dengan sakit saya, ada peluangkah atau tidak untuk sembuh", jururawat yang kasar akan menjawab dengan kasar "sakit macam awak ni memang tak ada peluang nak hidup lama".

Tetapi jururawat yang kaya dengan hemah dan budi bahasa akan menjawab dengan lembut, "Insya-Allah, setiap sakit ada ubatnya, bersabarlah, kami akan menjaga encik dengan baik". Begitulah yang dikatakan respons yang baik yang perlu jururawat berikan kepada pesakit.

A - Amalan

Seorang jururawat perlu memberi perhatian kepada amalan sebagai jururawat yang baik seperti berbudi bahasa dan berlembut dalam tingkah laku dengan pesakit, mempunyai keperibadian yang baik dari segi penampilan dan imej. Bermanis muka dan kaya dengan senyuman kepada pesakit. Datang tepat pada masa, mempunyai integriti yang tinggi terhadap kerahsiaan dan rekod pesakit.

Seorang jururawat perlu sentiasa memberi perhatian kepada pesakitnya dan tidak sesekali menyakiti dan bersikap sombong kepada pesakit. Seorang jururawat perlu mempunyai etika, profesionalisme, cekap dan amanah.

W - Wibawa

Seorang jururawat yang berwibawa sangat diperlukan dan diyakini oleh doktor dan pesakit. Jururawat yang berwibawa tahu dengan benar dan tepat tugasan yang perlu dijalankan tanpa perlu banyak merujuk dan diajar oleh doktor. Adalah amat memalukan jika jururawat itu pula diajar tentang tugas dan peranannya oleh pesakit.

Jururawat yang berwibawa perlu mempunyai sikap ingin belajar dan memperbaiki tugas yang dijalankannya. Jururawat yang berwibawa juga akan sentiasa memberi komitmen, kreativiti dan keikhlasan dalam melaksanakan tugas-tugasnya sebagai jururawat.

A - Aspirasi

Bukan semua orang boleh menjadi jururawat kerana tugas itu bukan mudah. Dia bukan sahaja merawat pesakit tetapi juga membawa bersama nilai dan aspirasi organisasi tempat ia bekerja. Aspirasi hospital dan klinik-klinik di mana jururawat bertugas perlu dipraktikkan bagi merealisasikan aspirasi tersebut dengan jayanya.

T - Teras

Teras kepada tugas jururawat adalah integriti dalam menjalankan tugas. Pesakit sebagai pelanggannya adalah fokus utama dalam menjalankan tugas dengan penuh integriti. Teras kejayaan kepada tugas kejururawatan adalah tekun dalam menjalankan tugas, tepat masa dalam kedatangan dan merawat pesakit, tahan cabaran dalam menjalankan tugas serta menjaga kerahsiaan dokumen dan rekod pesakit mengikut kehendak dan keperluan organisasi.

Para jururawat perlu memahami dengan jelas tugas dan peranan sebagai jururawat agar tidak terdapat rungutan dan komplen daripada masyarakat bahawa jururawat tidak menjalankan peranannya dengan baik dan berkesan.

Kepada semua jururawat, Selamat Hari Jururawat dan rawatlah pesakit dengan sentuhan emosi dan fizikal yang profesional.

Prof. Madya Dr. Rusinah Siron

Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan, UNITEN

Ubah persepsi ubat perlu diisi dalam plastik

Oleh DR. IRFAN MOHAMAD


MENJADI suatu lumrah apabila kita berkunjung ke farmasi sesebuah hospital mahupun klinik untuk mendapatkan beg plastik bagi tujuan mengisi ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor.

Senario ini amat mudah dibayangkan bagi pesakit yang menggunakan kombinasi pelbagai jenis ubat-ubatan, terutama bagi penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan buah pinggang.

Mungkin akan menjadi suatu kekecohan apabila seseorang pesakit itu tidak diberikan beg plastik apabila mereka mengambil ubat di kaunter farmasi.

Malah ada pesakit yang merungut dan marah kepada petugas di kaunter sekiranya tiada beg plastik yang diberikan untuk mengisi ubat-ubatan yang diperoleh.

Menunggu untuk diberikan plastik secara automatik ini sememangnya diakui menjadi persepsi masyarakat selama ini dan paradigma ini sewajarnya dan sememangnya boleh diubah.

Dalam usaha pelbagai pihak untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar, penggunaan beg plastik secara berlebihan adalah suatu yang dianggap serius. Ini kerana beg plastik itu sendiri adalah ancaman yang besar dalam perang manusia menyelamatkan alam sekitar daripada bahan pencemar.

Justeru, menjadi tanggungjawab kita untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam kapasiti semampu yang boleh. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dalam kes-kes tertentu beg plastik ini diperlukan namun ada masanya ia boleh dielakkan.

Bukannya sukar untuk membawa beg kecil yang lebih cantik dan kekal lama untuk mengisikan ubat-ubatan yang diperoleh dari hospital.

Pengurangan penggunaan beg plastik ini bukan sahaja boleh membuktikan kesungguhan kita dalam usaha-usaha membaik pulih alam sekitar bahkan ia juga merupakan suatu langkah penjimatan.

Manakan tidak, beribu-ribu pesakit yang mengambil ubat setiap hari, jika kos penggunaan beg plastik dapat dinyahkan, maka betapa banyaknya jumlah wang yang dapat diselamatkan dan digunakan dalam hal yang lebih berfaedah terutamanya dalam memantapkan perkhidmatan sektor kesihatan.

Semua orang tahu akan kesan dan akibat penggunaan beg plastik secara berleluasa. Walaupun memperolehnya secara percuma, menggunakannya secara sementara dan membuangnya amatlah mudah dengan pelbagai cara, namun tangisan bumi yang sengsara dan alam yang menderita amat jauh untuk didengari dan dihayati oleh pancaindera kita.

Mengurangakn penggunaan beg plastik bukan sahaja dapat membantu melestarikan alam sekitar untuk kehidupan generasi hari esok, bahkan ia merupakan suatu bentuk penjimatan.

Selepas melancarkan "Kempen Keranda Putih" yang merujuk kepada penghapusan penggunaan bekas makanan polisterin di dalam kampus, Universiti Sains Malaysia juga telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan penggunaan beg-beg plastik di kafeteria pelajar, berkuat kuasa 1 Ogos 2008.

Kempen seumpama ini wajar menjadi contoh kepada agensi-agensi kerajaan mahu pun agensi swasta bagi sama-sama membuktikan bahawa tema Hari Alam Sekitar tahun lepas iaitu "Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama" bukan hanya suatu retorik, bahkan suatu misi sejagat yang memerlukan penglibatan semua.

Mengambil pendekatan yang sama, Hospital Universiti Sains Malaysia turut mengimplimen kempen mengurangkan penggunaan plastik dalam perkhidmatan yang disediakan.

Kempen pengurangan penggunaan plastik di kaunter-kaunter farmasi hospital kerajaan yang lain juga seharusnya digerakkan secara yang lebih agresif dan intensif terutama dalam aspek menyedarkan orang ramai terutamanya pengguna perkhidmatan bahawa kita sebenarnya tidak memerlukan plastik untuk mengisi ubat dari hospital.

Kerjasama secara kolektif amatlah penting dalam menjayakan misi menyelamatkan alam daripada terus musnah akibat perbuatan tangan-tangan manusia ini.

Sewajarnya, jika kita benar-benar ikhlas dan proaktif untuk menjayakan konsep kelestarian alam sekitar, kita bukan sahaja mengelakkan diri dari meminta beg plastik bahkan mudah bertindak untuk menolaknya jika diberikan sekalipun.

PENULIS ialah Exco Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia
Banyak sektor halal perlu diterokai

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
bisnes@utusan.com.my


PELUANG perniagaan di dalam industri halal sememangnya berpotensi untuk berkembang di mana ia merupakan satu sektor pertumbuhan baru untuk masa depan.

Dengan anggaran pengguna Islam di dunia kira-kira 1.6 bilion, nilai pasaran global tahunan untuk makanan halal dan produk bukan berasaskan makanan dianggarkan sekitar AS$.1 trilion (RM7.35 trilion).

Bagaimanapun pasaran halal global dijangka naik berikutan peningkatan populasi Muslim di dunia yang meningkat 2.5 peratus setahun dan mampu mencecah 3 bilion populasi Muslim menjelang tahun 2010.

Malah pasaran halal bukan sahaja tertumpu di negara-negara Islam sahaja kerana pasaran negara bukan Islam juga dilihat berpotensi seperti Amerika Syarikat, Eropah, Australia, Rusia dan China.

Namun sebagai pengguna, perlu diingat bahawa pasaran halal bukan hak eksklusif untuk negara-negara Muslim atau syarikat milik orang Islam.

Ini kerana apa yang disijilkan halal ialah produk atau proses serta perkhidmatan yang dipasarkan dan bukannya pemilikan.

Bagi menerangkan secara jelas tentang perkara itu, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2009 keenam yang telah berlangsung dari 6 hingga 10 Mei lalu telah membuktikan bahawa perkembangan industri halal amat berkembang maju.

Bukan setakat negara-negara Islam yang menyertai pameran itu, turut serta negara bukan Islam seperti Australia, Singapura, China, Kanada dan Thailand.

Para usahawan dari negara-negara tersebut amat agresif untuk memecah dominasi negara-negara Islam di dalam industri makanan halal dunia kerana percaya potensi yang dimiliki dalam industri tersebut amat besar dan lumayan.

Pameran selama lima hari itu berjaya menarik lebih 500 pembeli antarabangsa dari 48 negara menyertai program pertemuan perniagaan anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan pameran itu turut mengakui bahawa industri halal mempunyai potensi yang besar dan sangat menarik untuk diteroka.

Katanya, peningkatan pengaruh Islam di seluruh dunia dan kesedaran mengenai halal telah mewujudkan satu permintaan tinggi bagi produk dan perkhidmatan halal.

Mengenai industri halal, Najib berkata peluang perniagaan tidak terhad kepada sektor makanan dan bukan makanan malah turut meliputi sektor perkhidmatan seperti kewangan dan perbankan, insurans, pendidikan dan latihan, penyelidikan pensijilan, perundingan logistik, penjagaan kesihatan serta pengembaraan dan lawatan.

Selain itu Perdana Menteri turut menggesa agar satu ikatan strategik diwujudkan dengan pengeluar jenama halal antarabangsa sebagai strategi untuk meluaskan pasaran di dalam industri tersebut.

Salah satu strategi yang dicadangkan beliau untuk menjadi sebuah jenama halal terkemuka ialah melalui penyertaan ekuiti atau pengambilalihan jenama besar dan terkenal yang pastinya akan mempercepatkan lagi kemasukan ke dalam pasaran global.

Namun cadangan itu mungkin mengambil sedikit masa untuk direalisasikan tetapi dengan menjadikan Malaysia sebagai hab halal untuk menembusi pasaran dunia, komitmen dan kesungguhan amat ditagih oleh syarikat-syarikat sedia ada untuk mendominasi pasaran halal dunia.
ISU-ISU AKHBAR CINA

Kes 2 Menteri Besar Perak
HAMPIR semua akhbar Cina pada 12 Mei 2009 menyiarkan tajuk utama mengenai kemelut politik negeri Perak yang berterusan, dan akhbar Oriental Daily News mengemukakan tajuknya: “Kes 2 Menteri Besar Negeri Perak’ melaporkan perkembangan kes Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kedudukan Datuk Seri Zambry Abd. Kadir mengenai kedudukan Menteri Besar Perak.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei 2009 memutuskan Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Berita akhbar Sin Chew Daily pula bertajuk ‘Nizar Menteri Besar yang Sah’ melaporkan tiga tindakan susulan ekoran keputusan mahkamah itu. Pertamanya, Nizar akan sembah menghadap Sultan Perak; keduanya, dia bersama DUN Perak dari Pakatan Rakyat akan bertugas di pejabat semula, dan yang ketiga, Datuk Seri Mohamad Najib menjelaskan Barisan Nasional akan membuat rayuan ke mahkamah.

Akhbar ini juga melaporkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dilarang oleh mahkamah daripada menjalankan tugas dan kaki tangan pejabat Menteri Besar Perak sekarang terpaksa mengemaskan dokumennya.

Berita mengenai keputusan mahkamah ini turut tersiar dalam akhbar China Press secara terperinci, malahan melaporkan penjelasan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz dengan tajuk: “Barisan Nasional kena beri undi tidak percaya,” iaitu kalau mahu jatuhkan Menteri Besar Perak, BN perlu mengadakan sidang DUN khas dan mengemukakan cadangan untuk memberi undi tidak percaya terhadap Nizar.

Jika dilihat dari segi kronologi kes ini yang mula pada 13 Februari 2009, kes ini pernah ditolak pada 6 Mac 2009, namun dibicarakan juga oleh Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun keputusan kes ini masih boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Harapan transformasi asyik terhalang

Oriental Daily News 12 Mei 2009 mengupas mengenai selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa menyampai mesejnya, memberitahu kepada semua orang, beliau seorang pemimpin yang sedia melakukan perubahan demi negara.

Maka dengan slogan ‘Satu Malaysia’, pelbagai polisi kerajaan yang terbuka dilaksanakan, termasuk membebaskan tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), membatalkan larangan terhadap akhbar dan melonggarkan hak saham Bumiputera. Rakyat kita memang boleh melihat dengan mata sendiri semua usaha ini.

Bagaimanapun, kekecohan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei 2009 menunjukkan kalau krisis politik-perlembagaan ini tidak dapat ditangani dengan baik, imej diri yang cuba dibina dengan susah payah, mungkin musnah begitu sahaja.

BN dapat menarik beberapa orang ADUN Perak hingga berjaya memegang kuasa pemerintah negeri, adakah tindakan ini suatu kesilapan? Apa-apa sekali pun, perkara yang tak dapat dinafikan ialah kemelut politik negeri Perak tidak mungkin selesai dengan mampu memuaskan hati semua pihak.

Sebaliknya semakin lama semakin parah sehingga BN terpaksa menghabiskan lebih banyak modal politik.

Untuk mempertahankan kuasa kerajaan negeri ini, BN melakukan satu kesalahan besar. Walaupun kewangan BN sangat kukuh, apakah ia terus-menerus membiarkannya terbuang begitu sahaja? Sehingga semakin parah, sukar mahu diselamatkan lagi?

Kuasa pemerintahan negeri Perak memang sayang nak dilepaskan, tapi pengorbanan yang tinggi terpaksa dicurahkan.

Apatah lagi, pihak lawan juga terlalu banyak menghabiskan duit kita.

BN menanggung begitu berat beban tapi masih tak mahu melepaskannya, akhirnya mungkinkah ia menjadi gejala buruk yang akan mengancam Kerajaan Pusat? Sesal dahulu yang bertuah, jangan sesal kemudian.

Kelolaan HAFIZAH MOHD. YUSOF
Berikan peluang rakyat Perak buat penilaian sendiri

PEPATAH yang menyebut bahawa "gajah sama gajah berjuang, kancil mati di tengah-tengah" adalah analogi yang paling tepat kepada rakyat negeri Perak sekarang.

Kemelut politik negeri yang diterajui oleh seorang Raja yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara ini memang benar-benar diuji dengan pertarungan politik dan juga perundangan.

Teori Si Kitul sebenarnya sedang berlaku. Pada mereka yang tidak memahaminya, belajarlah membuka buku sejarah Melayu.

Belajarlah mengenali bangsa sendiri, cuba hantar anak-anak belajar di dalam negeri bagi memahami jati diri dan bangsa. Bukan setakat bercakap seperti burung Tiong, yang ia sendiri tidak memahami erti ucapan yang dikeluarkan.

Apabila Si Kitul sudah berjaya mempengaruhi Si Mandaliar, maka melompatlah para pengikutnya mengikut paluan rebana benua asing berkenaan. Lingkuplah empayar Melayu Melaka. Pemerintah yang zalim, pembesar yang leka, khayal, dengki khianat dan sebagainya sudah terbukti merobohkan ketamadunan yang sudah dibina ratusan tahun lamanya.

Begitulah yang berlaku dewasa ini. Ibarat sarang tebuan yang sudah besar, ia tidak mudah dibendung malah amat sukar untuk dimusnahkan. Sekiranya silap dijolok maka padah menimpa kepala sendiri. Tidak akan cukup tanah untuk kita berlari, malah terjun ke sungai belum tentu tidak lemas dan mati.

Pepatah Melayu ada menyebut "menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak." Fahami baik-baik pepatah berkenaan sekiranya anda berjiwa Melayu.

Mudah sungguh untuk merungkai, tidak susah untuk menyelesai. Rupanya di sebalik kemelut, banyak yang boleh diambil iktibar.

Pada waktu ini, masih belum nampak jalan penyelesaian di negeri Yop Kejor. Orang sedang 'amuk' jika dilayan anginnya maka sudah tentu kita juga akan terpalit dengan amarahnya.

Yang paling naya dan sukar tentulah rakyat biasa golongan marhaen. Usahkan nak senang, cari makan pun semakin susah. Paling buruk, semua kemarahan itu diterjemah malah dilampiaskan kepada parti pemerintah yang pada pandangan mereka suka kacau daun. Dengan perkataan lain, pemerintah perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak diingini lagi di negeri-negeri berkenaan.

Kewujudan mereka dan segala usaha untuk merampas kembali dalam masa terdekat bukan sekadar menerima tentangan sengit tapi bakal menggali kubur Barisan Nasional (BN) sendiri.

Jalan paling mudah, selamat dan tersembunyi 1,001 macam kebaikan di dalamnya adalah dengan memberikan peluang dan masa untuk rakyat membuat penilaian sendiri.

Tidak perlu paksaan, sogokan, dakyah berterusan, kempen memburuk-buruk malahan teruskan sahaja agenda memperbaiki diri sendiri dan usaha memulihkan keyakinan massa terhadap kemampuan BN sebagai parti ulung bagi memberikan kesejahteraan kepada rakyat negara ini.

Jadikanlah negeri Perak sebagai kayu pengukur prestasi khidmat pemerintah. Apa yang disebut sebagai KPI 'jargon' pentadbiran yang sering bermain di lidah para pentadbir negara bukan setakat kata-kata kosong tanpa justifikasi.

Buktikan ketelusan, keprihatinan dan usaha yang berterusan serta bersungguh-sungguh dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada 'pelanggan setia.'

Diamnya majoriti utama tunggak Malaysia tidak semestinya mereka tidak memahami kepentingan diri, bangsa dan agama. Jangan fikir hanya kita yang tahu erti ketuanan Melayu, keistimewaan-keistimewaan yang kita sendiri pernah tarik dan injak-injak satu waktu dahulu.

Pernahkah ada sesiapa di antara kita menyoal betapa pedihnya apabila itu semua turut diragut begitu sahaja.

Jangan tanya apa yang rakyat mahu, tanya diri sendiri apakah kita benar-benar sudah memahami kehendak mereka. Jangan lagi beralasan menunggu isyarat dari rakyat kerana mereka sudah pun meletakkan rumah api di lima buah negeri.

Awas kepala anda, jalan kena tunduk melihat rumput di bumi, takut kepala benjol atau pecah terantuk alang di rumah sendiri.

DR. AHMAD ZAKI ISMAIL

Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Media tradisional lawan media baru: Siapa kalah?

Oleh ZAINI HASSAN
zaini.hassan@utusan.com.my


APA itu media, ramai yang tahu pengertiannya secara umum. Kecuali orang media sendiri, rata-rata umum tidak tahu media secara sebenar dan kuasa yang ada padanya. Tidak ramai yang tahu magnitud kekuasaan yang ada pada media. Tidak ramai juga yang tahu akhbar dan media juga dikenali sebagai fourth estate (estet keempat) iaitu hirarki keempat dalam sistem kuasa sesebuah negara.

Penulis satira Scotland era Victoria, Thomas Carlyle (1795-1881) ialah orang pertama yang mula merujuk istilah fourth estate sebagai pewarta, pemberita, wartawan dan orang media. Carlyle dalam bukunya On Heroes and Hero Warship mencatat: ‘‘Ahli politik British Edmond Burke berkata, terdapat Tiga Estet dalam Parlimen ini, tapi nun di sana di tempat duduk pemberita itu ialah Fourth Estate - kumpulan lebih penting, jauh lebih penting daripada kalian semua.”

Fourth Estate atau media diletakkan dalam satu estet yang tersendiri. Hari ini estet keempat itu berada dalam doktrin kekuasaan bersama-sama, estet pertama, eksekutif (perdana menteri dan menteri-menteri); estet kedua, legislatif (Dewan Rakyat, Dewan Negara dan DUN); dan estet ketiga, judisial (badan kehakiman).

Jika yang ketiga di atas mempunyai kuasanya yang tersendiri, maka media juga mempunyai kuasa, yang jika apa-apa kuasa sekali pun disalah guna maka sesuatu yang buruk boleh berlaku. Media di Malaysia pada masa ini nampaknya sudah terbahagi kepada dua yang besar. Satu ialah media yang anda saksikan di depan mata serta lazim atau konvensional dan satu lagi ialah media yang tidak lazim depan mata, tapi berlegar aktif di alam maya.

Alam maya yang dicipta atas ramalan teoris Komunikasi Massa, Herbert Marshall McLuhan 45 tahun lalu yang meramalkan akan wujudnya apa yang difahaminya sebagai ‘otak elektronik’ atau yang disebut komputer - telah memberi satu dimensi baru kepada media di Malaysia. McLuhan juga menyebut media sebagai kampung global. Jika dia masih hidup, dia akan berkata, ia adalah satu evolusi yang berjaya dan mengkagumkan. Berbeza dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, dia acap kali menyebutnya sebagai satu kebimbangan yang mencabar apabila merujuk kepada globalisasi. Beliau betul, McLuhan pun betul.

Kuasa estet keempat di Malaysia sebenarnya sedang diuji. Media konvensional Malaysia sedang bertarung dengan media baru yang penggeraknya lebih licik, agresif, cerdik, pintar dan berkesan.

Parti politik Malaysia yang tidak mempunyai stesen televisyen kini beroperasi di alam maya menggunakan enjin yang tersedia ada. Ia beroperasi melalui tapak video percuma, YouTube atau Metacafe atau tapak-tapak yang lain. Klip video mengenai apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak semalam dan kelmarin boleh disaksikan selari dengan Buletin Utama di TV3 atau Warta Perdana di RTM pada jam 8 malam. Siaran itu juga bukannya bisu, tapi dengan ulasan yang panas dan pedas.

Penonton - yang rata-rata (siapa ye?) melihatnya dengan penuh asyik. Mereka ini terdiri daripada eksekutif-eksekutif muda yang masih hang-up di pejabat-pejabat masing-masing sebelum pulang ke rumah, atau pun berada dalam zon Wi-Fi masing-masing. Mereka tertarik melihat sesuatu yang luar biasa. Bukan sesuatu yang menghairankan jika kumpulan ini akan menyambar notebook mereka dengan teruja apabila tercetus sesuatu ‘drama’ seperti di Perak semalam dan kelmarin bagi mendapatkan analisis dan klip video terkini. Oleh itu, tidak hairanlah, perangkaan orang yang melihat tapak-tapak sesawang ini (view) menjangkaui puluhan hingga ratusan ribu penonton.

Kumpulan yang memuat naik (upload) video-video ini ke tapak-tapak maya itu begitu agresif, dedikasi dan sistematik. Yang pasti mereka ini bekerja untuk organisasi-organisasi NGO atau parti-parti politik yang tidak sehaluan dengan kerajaan - yang tidak mempunyai saluran tapak yang sah untuk beroperasi. Yang pasti juga ulasan-ulasan mereka tidak mengambil kira soal etika atau keluhuran perlembagaan seperti yang ‘terpaksa’ diikuti media konvensional.

Kuasa estet keempat mereka ini semakin kuat. Magnitud media baru ini bukan omongan, ia adalah benar (real). Media konvensional – seperti akhbar semakin merudum dan muram. Media baru ini akan mengambil alih media kertas ini sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang.

Jika McLuhan masih ada, dia akan meramalkan 10 tahun akan datang satu medium lain yang lebih canggih akan wujud. Ia lebih berkuasa dan tidak siapa tahu mungkin kedudukan strata kuasa media pada masa itu bukan lagi estet keempat lagi tapi akan naik tarafnya (?).

Yang pasti media konvensional sekarang kalah kepada kekuasaan media baru ini. Jika bukan kalah sekarang, masanya sudah terlalu dekat untuk kalah - kecualilah sesuatu yang drastik dilakukan untuk berubah.
Umno perlu berani buat perubahan, menerajui pembaharuan




"Kalau kita berada di keluk pembaharuan, kalau selama ini kita adalah
parti yang menerajui perubahan, mengapa tidak kita sekali lagi muncul
sebagai parti yang berani membuat perubahan kepada parti dan negara
Malaysia yang tercinta ini? - Najib Razak, Presiden Umno.



Parti wajar sentiasa berada di saf hadapan untuk menunjukkan hala tuju baru negara

ALHAMDULILLAH, dengan izin Allah SWT, maka dapatlah kita berhimpun di Dewan Merdeka ini untuk meraikan tarikh kelahiran parti keramat kita, Umno, pada hari ini, 11 Mei. Dengan sambutan ini, maka genaplah usia Umno lebih enam dasawarsa atau lebih tepat, usia Umno mencecah 63 tahun.

Enam puluh tiga tahun, hari ini menandakan sudah lebih enam dekad Umno lahir sebagai wadah politik rumpun Melayu, bagi memartabatkan bangsa, agama dan negara. Dalam tempoh 63 tahun, satu perjalanan yang menjangkau masa yang begitu lama, jasa Umno, budi Umno kepada bangsa, agama dan negara tidak ternilai selamanya.

Umno memulakan detik yang amat bersejarah, membuka tirai kepada wujudnya suatu bangsa yang boleh digelar sebagai bangsa yang merdeka, sebagai sebuah bangsa yang berdaulat apabila kita adalah saf barisan hadapan bersama-sama kepada rakyat kita, bersama-sama MCA dan MIC ketika itu – berjuang menentang Malayan Union.

Kemudian sama-sama kita melihat peristiwa bendera Union Jack diturunkan dan bendera kita yang berdaulat dinaikkan dengan rasa penuh megah dan bangga. Kita juga berhimpun pada hari ini untuk mengimbau kembali perjalanan kita, perjalanan selama 63 tahun yang membawa kepada begitu banyak perubahan besar kepada negara kita.

Daripada bangsa yang terhina menjadi bangsa yang bermaruah; daripada negara yang tidak dikenali kepada sebuah negara yang menjadi contoh kepada negara sedang membangun; daripada rakyat yang miskin dan serba kekurangan kepada rakyat yang hari ini, kebanyakannya sudah pun melepasi garis kemiskinan, malah lahir golongan intelek, profesional, cendekiawan.

Ini hasil perjuangan dan dasar yang dilakukan Umno selama ini. Tidak ada suatu pun perubahan, sama ada perubahan besar atau kecil, jika tidak kerana hasil perjuangan Umno.

Namun kita bukan sebuah parti yang hanya akan bersandar kepada nostalgia. Dengan hanya melihat ke belakang mengenai betapa besarnya nilai kita, betapa besarnya kejayaan kita. Tetapi hakikatnya, kita tidak akan terus kekal berkuasa selagi kita tidak dapat merasai denyutan nadi rakyat dan aspirasi rakyat.

Kita mesti menjadi parti yang sanggup berubah. Kalau kita berada di keluk pembaharuan, kalau selama ini kita adalah parti yang menerajui perubahan, mengapa tidak kita sekali lagi muncul sebagai parti yang berani membuat perubahan kepada parti dan negara Malaysia yang tercinta ini?

Saya yakin, dengan pengalaman kita walaupun berada di lingkaran yang kecil, tapi kita sanggup belajar daripada pengalaman, waima getir dan pahit sekalipun akan kita jadikan itu sebagai ingatan dan kita sanggup melakukan perubahan yang besar. Maka insya-Allah, kita boleh bangkit dan bangun untuk menjadi parti yang lebih kuat, lebih subur dan lebih berjaya lagi.

Saya mengajukan perubahan kerana mana-mana parti yang tidak berani membuat perubahan, walaupun parti itu begitu banyak jasanya, namun akhirnya jasa itu akan tinggal dalam lipatan sejarah.

Mengapa perkara ini berlaku? Bukan kerana rakyat tidak menilai jasa dan budi, tetapi rakyat ingin melihat ke hadapan, rakyat ingin tahu apa yang hendak kita lakukan untuk mereka dan negara, dan lebih-lebih lagi generasi pasca merdeka, generasi pasca hitam 13 Mei, generasi pasca krisis kewangan Asia, yang akan menjadi pengundi, malah ada yang menjadi pengundi dan ramai lagi akan menjadi pengundi menjelang pilihan raya akan datang.

Mereka baca jasa Umno, tapi mereka tidak boleh menghayati jasa kita itu. Mereka buka buku sejarah, tapi mereka tidak berdiri bersama waktu bendera Union Jack diturunkan. Mereka baca buku mengenai proses pengisian kemerdekaan tapi mereka tidak bersama-sama berjalan meniti bendang untuk mengisi kemerdekaan.

Mereka hasil kejayaan kita dan mereka membuka serta membawa minda yang terbuka. Mereka berfikir lebih kritis kerana minda mereka telah pun terbuka melalui dasar pelajaran kita selama ini.

Oleh itu, Umno tidak ada pilihan. Kalau Umno ingin jadi parti yang relevan, parti yang menjadi teras pada pemerintahan, Umno mesti menjadi parti yang berani membuat perubahan, menerajui pembaharuan yang berada di saf hadapan untuk menunjukkan hala tuju yang baru untuk negara kita pada keseluruhannya.

Insya-Allah, perubahan kini akan kita lakukan. Saya sudah memulakan kepemimpinan. Saya mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri dengan membawa cogan kata '1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Prestasi Diutamakan.'

1Malaysia bukan satu perkara yang baru sebenarnya. Kalau kita menyorot kembali perjuangan Umno, Allahyarham Datuk Onn Jaafar cuba membuka pintu Umno pada kaum lain tapi tidak berjaya ketika itu.

Selepas itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman menubuhkan Perikatan berdasarkan pada semangat kebersamaannya.

Perdana Menteri kedua, Allahyarham ayahanda saya, Tun Razak (Hussein) menukar Perikatan menjadi Barisan Nasional dan waktu Tun Dr Mahathir (Mohamad) menjadi Perdana Menteri, beliau melontarkan konsep bangsa Malaysia, manakala zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan misi nasionalnya.

Apabila saya menyusul dengan 1Malaysia, ia berpaksi kepada Perlembagaan negara kita, berpaksi kepada Rukun Negara dan berpaksi kepada hakikat serta realiti bahawa kita adalah negara majmuk dan kejayaan Umno mestilah bersandar kepada sokongan orang Melayu dan juga sokongan rakyat daripada pelbagai kaum.

Insya-Allah, dengan semangat yang lebih inklusif ini, dengan semangat kebersamaan ini, kita akan dapat kekuatan baru untuk menghadapi pelbagai cabaran. Kita tidak boleh alpa dengan hakikat bahawa sistem demokrasi berparlimen adalah suara rakyat, suara keramat. Kita tidak boleh asyik dengan kuasa dan jawatan.

Apa guna jawatan dalam parti kalau kita kehilangan kuasa. Maka kita mesti jadi anggota parti yang sanggup berkhidmat. Apabila kita membuat pembaharuan, ia mestilah disertai bukan saja dengan pembaharuan dan perubahan parti, tapi budaya baru yang mesti kita serapkan ke dalam parti Umno kita.

Budaya baru Umno ini mestilah berpaksi kepada semangat sanggup berkhidmat dan meletak kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan lain. Budaya yang tawaduk Umno. Inilah budaya yang mesti kita pupuk di kalangan ahli parti. Rakyat tidak mahu lagi pada sebutan retorik. Rakyat ingin melihat kejayaan dalam usaha kita melakukan perubahan untuk negara.

Teringat saya pada sebahagian drama Shakespeare yakni yang disebut Mark Anthony ketika pengebumian Julius Ceasar: "Kejahatan yang manusia lakukan akan sentiasa diingat, manakala kebaikan pula akan tertanam dengan tulang belulang mereka".

Saya tidak setuju dengan pendapat Shakespeare ini, kerana manusia akan menilai kebaikan yang dilakukan kita. Janganlah kita berasakan bahawa khidmat kita yang ikhlas tidak akan diperhati dan dihargai oleh rakyat, kerana pada akhirnya sebagai orang Islam, kita percaya Allah adalah penilai yang sebaik-baiknya.

Sebagai sebuah parti, kita akan hadapi banyak cabaran dan banyak dugaan dalam perjalanan kita. Apatah lagi pada hari ini, yang sepatutnya kita sambut dengan suasana yang sungguh meriah, tapi sedikit sebanyak dicemari dengan keputusan mahkamah yang kita ketahui pada hari ini (kelmarin).

Dalam sejarah Umno, kita sudah menerima keputusan mahkamah yang mengharamkan Umno dan kita bangkit daripada keputusan itu dengan membina Umno Baru yang menjadi lebih bagus.

Saya percaya, semangat yang sama mesti ada pada kita. Kita menang dua keputusan mahkamah, kita kalah satu. Dari segi moral ialah kemenangan 2-1. Ini bukan penghujung jalan. Masih ada lagi jalan untuk difikir langkah-langkah yang sewajarnya.

Insya-Allah, saya dan rakan saya dalam Majlis Tertinggi akan fikir semasak-masaknya, dengan penuh kesabaran dan ketabahan mengenai apakah jalan terbaik untuk parti Umno dan BN yang kita kasihi.

Mudah-mudahan, Allah akan memberi petunjuk kepada kita untuk membuat keputusan yang terbaik demi masa depan perjuangan.

Tetapi hati saya menjadi begitu riang apabila melihat dewan ini penuh dengan penyokong dan ahli Umno. Rakan kita dalam BN yang sanggup bersama dengan kita, termasuk bekas Presiden parti, Tun Dr Mahathir, yang sanggup bersama-sama kita pada hari ini.

Inilah keluarga kita dan atas kekuatan keluarga ini kita akan menyusun langkah menghadapi apa juga cabaran dan tanpa patah semangat, kita tahu di bahu kita tergalas amanah menjunjung amanat untuk bangsa, agama dan negara.

Kita tidak akan mengabaikan apapun yang dicurah pemimpin kita sebelum ini. Mereka mengharapkan kita meneruskan perjuangan Umno dan insya-Allah, bukan saja kita akan meneruskan perjuangan Umno tapi kita akan letakkan Umno di atas tempat yang sebaik-baiknya bagi parti keramat yang kita kasihi ini.

Selamat berjuang dan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Semoga Allah memberkati perjuangan kita semua.

Selamat menyambut hari kelahiran parti Umno kita yang ke-63!
Analisis: Krisis politik Perak jejas kesejahteraan rakyat
Oleh Redzuan Yop

SUASANA politik di Perak penuh dengan kejutan. Sejak peralihan kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun lalu, tidak ada sesuatu pun yang pasti dan sentiasa diselubungi ketidaktentuan.

Kerajaan Perak sekali lagi bertukar tangan, selepas Barisan Nasional (BN) memerintah kira-kira tiga bulan sejak awal Februari lalu, kini teraju kerajaan negeri kembali diambilalih Pakatan Rakyat.

Peralihan kuasa sekali lagi antara kedua-dua parti dilaksanakan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin membuat keputusan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar Perak yang sah.

Sebelum ini, kerajaan Pakatan Rakyat hanya memerintah kira-kira 11 bulan selepas kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada kalangan mereka mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas tetapi menyokong BN.

Keputusan mahkamah itu meneruskan lagi episod penuh kontroversi yang tercetus selepas sidang DUN Perak yang berlangsung dalam suasana penuh tegang dan emosi pada 7 Mei lalu.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat ketika ini hanya sebuah kerajaan negeri yang tidak mempunyai majoriti apabila mereka hanya mempunyai 28 kerusi, manakala BN mempunyai 31 kerusi termasuk tiga Adun Bebas yang menyokong BN.

Mahu atau tidak jalan penyelesaian yang dirasakan terbaik oleh Mohammad Nizar daripada Pas dan sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah dengan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan.

Ketika ini BN mempunyai 28 kerusi iaitu 27 Umno dan MCA satu kerusi, manakala Pakatan Rakyat juga mempunyai 28 kerusi masing-masing DAP (17), Pas (enam) dan PKR (lima).

Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata: "Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka. Saya serta rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.

"Saya menyeru semua penyokong BN serta rakyat Perak supaya bertenang," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar melalui Setiausaha Akhbarnya, Nizamuddin Mat Isa.

Ketika keputusan mahkamah itu diumumkan, Dr Zambry dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Ipoh bagi menghadiri majlis ulang tahun Umno ke-63.

Penganalisis politik dan sejarah, Datuk Prof Dr Ramlah Adam, ketika diminta mengulas perkembangan itu berkata, keputusan mahkamah sudah pun dibuat tetapi keadaan politik di Perak terus berada dalam keadaan tidak menentu dan rumit.

Beliau berkata, banyak perkara tidak dapat dilaksanakan untuk pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat apabila terlalu banyak masa dihabiskan untuk menguruskan suasana politik yang lintang pukang.

"Pembangunan terjejas, pelaburan terjejas dan rakyat terus berada dalam keadaan keliru disebabkan perkara yang berlaku ini (kemelut politik).

"Saya percaya rakyat pun sudah mula berfikir kenapa dan mengapa keadaan ini berlaku dan mereka mengharapkan kematangan berpolitik daripada wakil rakyat dan kerajaan negeri yang mereka pilih," katanya.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak imej BN dan pakatan pembangkang juga sudah tercalar berikutan kemelut politik yang berlaku, apatah lagi ketika sidang DUN Perak yang berlangsung pada 7 Mei lalu.

Apapun, beliau melihat kuasa Sultan kini sudah berani dicabar oleh pihak tertentu kerana berpendapat kuasa Sultan sebenarnya berada dalam kedudukan yang berbeza daripada rakyat biasa.

Dr Ramlah berpendapat kini berlaku satu pertembungan antara bidang kuasa Pusat, manakala satu lagi keputusan dibuat berdasarkan kepada undang-undang negeri iaitu Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak.

"Kita tidak mahu seperti kemelut yang berlaku di Perak pada 1874 apabila dua pihak bertelingkah, pihak ketiga (British) akan campur tangan dan mendapat manfaat yang besar daripada pertikaian yang berlaku," katanya.

Beliau berkata, jika perkara itu berlaku (kuasa Sultan dicabar) dan pihak tertentu meragui kuasa Sultan Melayu, institusi Raja akan terdedah kepada kritikan rakyat dan mula menghina Sultan dan perkara ini tidak wajar dibiarkan.

Apapun, kebimbangan yang mula timbul ialah adakah Pakatan Rakyat akan memulakan episod membalas dendam. Jika itu berlaku sudah pasti ia akan merumitkan lagi keadaan.

Sesiapa saja mentadbir Perak mereka perlu memahami bahawa asasnya adalah untuk mendahulukan rakyat. Kebajikan dan kesejahteraan mereka perlu diutamakan. Jika rakyat terus terabai disebabkan suasana politik yang tidak stabil siapakah yang akan dipersalahkan.

Jika ini berlaku sekali lagi pada pilihan raya umum akan datang rakyat akan menjadi hakim dan mereka akan memilih kerajaan negeri yang benar-benar dapat melaksanakan tugas menjaga kebajikan mereka.

Persoalannya, adakah Sultan Perak akan memperkenankan DUN Perak dibubar dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan seperti dipohon Pakatan Rakyat, kerana ketika yang sama Dr Zambry turut memfailkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memfailkan notis rayuan terhadap perisytiharan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan itu, semalam Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah. Sehubungan itu, Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuan itu didengar.

Hakim Datuk Ramly Ali berkata, mahkamah akan menetapkan satu tarikh kelak untuk mendengar rayuan Dr Zambry.

Sekali lagi adakah rakyat Perak akan terus menanti sebuah kerajaan negeri stabil kerana kebanyakan daripada mereka mahu kemelut ini ditamatkan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti hari-hari biasa.
Minda Pengarang: Kemelut di Perak tidak wajar berpanjangan, berulang


SEHARI selepas Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, semalam Mahkamah Rayuan pula membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan itu. Ini bermakna keadaan status quo kembali seperti sebelum ini iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuan itu didengar. Mahkamah akan

menetapkan satu tarikh untuk mendengar rayuan Dr Zambry itu. Pada masa sama juga, Mohammad Nizar tidak boleh menghadap Sultan Perak bagi mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan sehinggalah rayuan itu didengar dan diputuskan. Dalam keadaan sekarang, tiada apa yang boleh dilakukan. Mohammad Nizar dan Exconya tidak boleh mentadbir kerajaan negeri, manakala bagi Dr Zambry dan barisan Exconya pula tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Sebarang keputusan pentadbiran yang dibuat hari ini kemungkinan diubah pula keesokan harinya apabila jawatan Menteri Besar bertukar berikutan keputusan mahkamah. Perkara ini sebenarnya sudah berlaku dalam tempoh 24 jam lalu.

Meskipun, kes membabitkan politik Perak itu amat unik, ia sebenarnya bukan perkara baru. Pada 1966, kes yang hampir sama berlaku di Sarawak membabitkan Ketua Menterinya yang pertama, Datuk Stephen Kalong Ningkan. Ketika itu, Ningkan enggan meletak jawatan apabila diminta oleh Yang Dipertua Negeri untuk berbuat demikian dengan alasan anggota DUN hilang kepercayaan. Yang Dipertua Negeri ketika itu melantik Penghulu Tawi Sli sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru. Namun, Ningkan memfailkan kes di mahkamah dan menang, menyebabkan beliau kembali menyandang jawatan Ketua Menteri. Perlembagaan negeri menyatakan bahawa Ketua Menteri hanya boleh dilucutkan jawatan, jika ada usul undi tidak percaya dalam DUN tetapi tiada usul itu dilakukan. Dua minggu kemudian, Yang di-Pertuan Agong menggunakan Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, untuk mengisytiharkan darurat di Sarawak. Perlembagaan Negeri Sarawak hanya boleh dipinda oleh DUN dengan majoriti dua pertiga atau oleh Parlimen Persekutuan ketika darurat. Dengan idea mengadakan darurat, Perlembagaan Sarawak boleh dipinda dan ini berjaya dilakukan melalui pembentangan Rang Undang-Undang untuk Sarawak di Parlimen. Pindaan baru itu memberi kuasa sementara kepada Yang Dipertua Negeri untuk memecat Ketua Menteri dan mengadakan sidang DUN. Sebelum itu, Yang Dipertua Negeri tiada kuasa mengarahkan sidang DUN diadakan tanpa permintaan Ketua Menteri. Akhirnya, Ningkan terpaksa mengalah apabila dipecat buat kali kedua dan Tawi Sli dilantik sekali lagi sebagai Ketua Menteri Sarawak kedua. Kita berharap, sejarah tidak berulang selepas ini sama ada di Perak, Sarawak atau negeri lain kerana yang menerima kesannya ialah rakyat.