Peluang graduan dapat kerja
Oleh WAN NORAZAH WAN CHIK
rencana@utusan.com.my
PENGANGGURAN @ di kalangan gra duan kian meningkat kini. Setiap tahun ri buan graduan memasuki pasaran kerja. Na mun jumlah kerja yang terhad menyebabkan ramai yang berakhir sebagai ‘penganggur’.
Mengikut anggaran Kementerian Penga jian Tinggi, setakat ini sejumlah 60,000 gra duan dikategorikan sebagai penganggur. Se bahagian besar daripada mereka merupakan graduan Bumiputera.
Mereka ini biasanya bekerja sementara di sektor-sektor yang tidak menepati jurusan yang diambil di universiti. Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk kum pulan graduan yang memilih un tuk menjadi usahawan.
Persaingan untuk mendapat kerja kini semakin sengit. Era globalisasi dan ledakan tekno logi maklumat menyebabkan peluang semakin kerja terbatas jika seseorang itu tidak meleng kapkan diri dengan ‘pengeta huan’ lain selain apa yang di pelajari di universiti.
Biasanya peluang pekerjaan menanti mereka yang menawar kan ‘pakej terbaik’ selain seke ping ijazah. Ini bermakna, pel bagai kriteria diambil kira untuk membolehkan mereka diterima bekerja.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, isu graduan dan pengangguran sentiasa menjadi fokus utama kerajaan yang komited untuk me ngatasinya.
Kata beliau, dalam usaha memastikan se mua graduan mendapat kerja – sama ada makan gaji atau menjadi usahawan – pelbagai faktor diperlukan dan perlu disediakan oleh graduan terbabit.
“Kementerian melihat ini sebagai aspek yang perlu diberi perhatian dan kerana itu kita mengambil berat soal kebolehpasaran graduan dan kebolehdapatan kerja untuk graduan.
“Kita jadikan kedua-duanya sebagai antara agenda kritikal dalam melaksanakan pelan strategik pengajian tinggi negara,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurut beliau, kebolehpasaran graduan menumpukan kepada faktor dalaman dan fak tor luaran yang menjadi penyum bang kepada sama ada seseorang graduan itu akan mempunyai pe luang pekerjaan ataupun tidak.
Dalam soal ini, pertumbuhan ekonomi negara memberi sum bangan utama kerana tanpa per kembangan positif sektor eko nomi, peluang pekerjaan akan menjadi semakin kritikal.
“Pasaran graduan pula selalu nya akan berasaskan kepada ilmu yang mereka peroleh di pusat pengajian tinggi (IPT), sama ada ia dapat menampung keperluan industri dan juga negara.
“Ilmu itu perlu selari dengan perkembangan semasa. Selain itu, nilai tam bahan seperti kepakaran lain termasuk ke mampuan berkomunikasi dan keterampilan diri turut menjadi aspek penyumbang dalam proses kebolehpasaran graduan,’’ tegasnya.
Mohd. Khaled berkata, tumpuan kepada kebolehdapatan kerja graduan pula ialah usa ha-usaha yang dilakukan oleh kementerian sebagai pemudah cara di antara majikan dan graduan.
Menurut beliau, komitmen kementerian dalam soal ini direalisasikan menerusi peng wujudan Bahagian Hubungan Industri se bagai satu cabang baru di kementeriannya.
“Bahagian ini diwujudkan sebagai usaha untuk memudahkan industri berhubungan dengan pihak universiti. Kementerian akan menjadi perantara,’’ jelasnya.
Sementara itu kata beliau, komitmen ke menterian juga disempurnakan menerusi pe nganjuran Karnival Kerjaya dan Keusaha wanan Graduan (K3G) 2009 selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pada 15 Mei ini.
Karnival tersebut akan berperanan sebagai perantara yang menemukan graduan sebagai ‘pencari kerja’ dengan syarikat-syarikat yang bertindak sebagai ‘pihak yang menawarkan pekerjaan’.
Menurutnya, K3G merupakan karnival ker jaya terbesar yang pernah dianjurkan untuk memberi manfaat kepada para graduan.
“Kementerian amat berharap agar para graduan merebut peluang dengan mengun jungi karnival ini untuk meneroka peluang pekerjaan yang sesuai dengan minat atau kelulusan mereka,’’ tegasnya.
Karnival ini akan menghimpunkan lebih 600 syarikat dan agensi yang telah pun me nawarkan lebih 10,200 pekerjaan kepada para graduan.
Katanya, orang ramai boleh mengunjungi karnival tersebut seawal 10 pagi sehingga 7 malam sepanjang ia berlangsung. Dan ia dijangka mampu menarik lebih 500,000 pe ngunjung.
Beliau yang menaruh harapan besar ter hadap karnival itu berkata, para graduan boleh melayari laman web www.mohe.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut sebelum mengunjungi karnival berkenaan.
“Malah mereka boleh mendaftar secara online untuk memohon kerja-kerja yang di tawarkan itu.
“Pendaftaran secara online itu akan lebih memudahkan mereka kerana hanya perlu membawa softcopy seperti CD atau pendrive sewaktu mengunjungi karnival.
“Paling menarik, para graduan berpeluang untuk menghadiri temu duga di karnival tersebut sekiranya permohonan mereka ber jaya menarik minat syarikat-syarikat yang menawarkan kerja tersebut,’’ ujarnya lagi.
Karnival berkenaan akan menyaksikan 14 kluster industri mengambil bahagian terma suk industri teknologi maklumat (ICT); sum ber manusia dan pentadbiran; minyak dan gas; pelancongan serta pembinaan.
Selain itu ia turut disertai oleh industri keusahawanan (telekomunikasi, penterna kan dan pertanian); agensi kerajaan dan juga agensi pembiayaan keusahawanan.
“Jangan lepaskan peluang. Ini kali pertama kementerian mengumpulkan sebegitu ba nyak syarikat yang menawarkan kerja kepada graduan.
“Langkah ini untuk memudahkan graduan dan syarikat-syarikat berkenaan kerana ia akan mengurangkan kerja-kerja pentadbiran ter masuk kos mengiklankan kerja,’’ tegasnya.
Katanya, kementerian berharap setiap gra duan yang hadir pada karnival itu akan mem buat persediaan rapi termasuk memastikan keterampilan diri berada pada tahap terbaik bagi membolehkan mereka berada dalam kelompok ‘kebolehpasaran graduan’.
“Kementerian telah menyediakan ruang dan selebihnya terpulang kepada graduan itu sendiri untuk memanfaatkannya dengan se baik mungkin,’’ jelas beliau.
Menurutnya, program K3G akan dijadikan acara tahunan dan jumlah penyertaan in dustri dijangka meningkat pada tahun depan dan tahun-tahun seterusnya.
“K3G akan diadakan di Kuala Lumpur sahaja dan sekiranya ada industri yang ber minat untuk menganjurkan program serupa di tempat-tempat lain, kami sangat menga lu-alukannya,’’ kata beliau.
Program K3G merupakan satu daripada pelbagai usaha kementerian untuk mem bantu graduan. Selain program bertaraf mega tersebut, kementerian telah mengadakan pel bagai program latihan dengan kerjasama pel bagai cabang industri.
Antaranya ialah program pentauliahan profesional; program My Career, My Future; Finishing School Infosys; Career Xcell; Pem bangunan Graduan Kewangan; Intel Interns hip dan Keusahawanan (INSKEN).
“Program-program tersebut merupakan antara usaha kementerian untuk mening katkan kebolehpasaran graduan dan lebih kurang 18,000 graduan telah mendapat man faat menerusinya.
“Sebahagian besar daripada mereka telah mendapat pekerjaan termasuk menjadi usa hawan selepas mengikuti latihan dengan ker jasama Institut Keusahawanan Negara.
“Sepanjang tahun ini dan tahun depan, sejumlah 23,260 tempat lagi akan ditawarkan kepada graduan bagi mengikuti program-prog ram latihan tersebut. Jumlah berkenaan di jangka bertambah berdasarkan sambutan da ripada pelbagai syarikat,’’ jelas beliau.
Mohamed Khaled berkata, setakat ini sam butan dan kerjasama di antara universiti dan industri adalah sangat baik.
Menurutnya, pihak industri biasanya me nawarkan kerjasama dalam pelbagai aspek termasuk tajaan pelajar.
Selain itu, pihak industri juga menjalin kerjasama rapat dengan universiti untuk men jayakan program Pembangunan dan Penye lidikan (R&D) sehingga ke peringkat meng komersialkan hasil penyelidikan berkenaan.
0 comments:
Post a Comment