Gambaran luas krisis Perak
Oleh REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Sehari dua ini, laman facebook menjadi sangat hangat dengan ‘perang status’. Ruang interaksi maya ini sudah pantas menjadi medan ‘pernyataan politik’ walaupun mungkin tujuan asalnya adalah untuk memperkukuh persahabatan dan membina jalinan hubung dengan rakan baru.
Sebagai menyahut keperluan ‘mendepani tuntutan masa,’ penulis juga sudah punya laman facebook untuk beberapa bulan. Cukup menarik, kerana ruang ini memberikan ke bebasan untuk sesiapa sahaja memberikan pandangan dan melontarkan saranan.
Ya, mungkin sebahagian saranan ini ber sifat amat ‘politikal’ dan berat kepada kum pulan tertentu – namun budaya ‘demokrasi ala-facebook’ ini tidak sesekali membataskan ruang untuk sesiapa sahaja mengemukakan pandangan.
Dengan apa yang berlaku di Perak, maka dapatlah dilihat pelbagai reaksi, reaksi balas – dan pernyataan pandangan mengenai apa yang sudah, sedang dan akan berlaku di Perak.
Bagaikan pelengkap kepada keterbukaan media melalui blog dan sebagainya – facebook mempunyai reaksi balas yang lebih bersifat masa sebenar dan spontan.
Inilah ruang dan medan interaksi baru buat anak muda. Sama ada kita mudah tercuit dan berkecil hati dengan pelbagai pandangan dan saranan; itu terpulang kepada ‘tahap imuniti’ sendiri. Kalau kita berani memberi panda ngan; kita juga mestilah bersifat terbuka dan ‘jujur’ menerima reaksi balas. Tidak perlu emosional. Tidak perlu cepat naik angin.
Keterbukaan medan baru seperti facebook ini memberikan kita seluas mungkin ruang untuk berbicara secara berhadapan dan spon tan. Memang ada yang ‘terlampau’ dalam memberi pandangan, namun jumlahnya sa ngat kecil dan sedikit.
Yang pasti, kalangan orang muda sudah semakin celik dengan hakikat politik. Mereka sudah mampu memahami isu dengan cukup teliti dan tidak lagi mampu disuapkan dengan faham fikir yang sama dan bersifat satu arah. Mereka menjadi kumpulan yang sangat mak lum dan mampu mengulas isu dengan baik dan menyeluruh.
Ya, memang masih ada mereka yang emo sional dan penuh ‘nilai kebencian’. Namun, secara keseluruhannya – kebanyakan anak muda sudah boleh menerima perbezaan pan dangan dan mahu berdiskusi secara rasional dan terbuka.
Inilah juga yang menyebabkan segala di namisme politik dan perundangan yang ber kait dengan masa depan politik Perak adalah antara isu terhangat di dalam medan media tradisonal dan baru.
Ramai kalangan rakan penulis, terutama nya yang masih muda mempunyai panda ngan yang rencam dan pelbagai dalam isu ini. Ada yang menyokong dan meraikan usaha pengambilalihan kuasa. Ada juga yang sangat kritis dan menafikan ‘amalan matematik de mokrasi mudah’ yang berlaku di Dewan Un dangan Negeri Perak.
Kesepakatan adalah sesuatu yang sangat tidak wujud dalam isu ini. Masing-masing punya ruang alasan yang tersendiri.
Apa pun jua asas pandangan yang diberi kan, ia perlu kembali kepada ‘asas demokrasi’ yang ada. Matematik demokrasi adalah mu dah – yang mempunyai lebih sokongan akan menjadi pemenang. Ini asas dan fundamental demokrasi. Apakah ia sempurna dan mak sum? Tidak. Tetapi ‘matematik demokrasi’ memberikan kelebihan dan keabsahan me lalui kaedah ini.
Cita-cita dan harapan pengambilalihan ke rajaan Persekutuan pernah dicanangkan ber laku dengan amalan ‘matematik demokrasi’ bentuk ini. Ia dicanang di akhbar. Ianya diangkat sebagai ‘jihad’ politik. Apakah ia ‘dihalalkan’ kerana menepati hasrat politik seorang individu yang tamak kuasa?
Sehinggakan tarikh 16 September 2008 diangkat sebagai ‘tarikh keramat’ bagi proses pengambilalihan kuasa berlaku. Di mana? Di dalam dewan yang mulia!
Apakah proses dan amalan sama tidak boleh berlaku di Perak? Kita kembalikan proses ini ke dewan yang mulia. Bersidang sebagai kalangan yang punya decorum dan sistem nilai seorang Wakil Rakyat. Bukannya seorang kaki pukul dan hooligan yang terjerit ke sana dan ke mari.
Proses ini sudah dinafikan oleh kalangan wakil rakyat tempoh hari. Suatu proses dan usaha pelaksanaan dan penterjemahan de mokrasi sudah disabotaj secara membuta tuli.
Mengapa perlu ada double-standard dalam penerimaan dan pengamalan demokrasi? Ji ka ‘nilai matematik demokrasi’ ala 16 Sep tember 2008 boleh diguna pakai – seharusnya Sidang DUN Perak tempoh hari berlaku secara tenang dan tidak timbul sebarang ma salah sekalipun.
Penulis bersetuju bahawa sidang 7 Mei 2009 tempoh hari adalah suatu ‘insiden po litik’ yang mendukacitakan banyak pihak. Kita boleh melihatnya dari tingkap politik mana sekalipun, kewujudan sekumpulan ma nusia ‘terdidik’ yang bertindak ganas, me lakukan provokasi, menjerit dan menengking adalah gambaran yang tidak menggambarkan period ‘politik matang’ yang ramai di ka langan rakyat hajatkan.
Kepada majoriti rakyat, masalah dan beban mereka lebih layak diperbahaskan daripada ber lakunya insiden sedemikian rupa. Apakah ini bentuk demokrasi yang dihajatkan? Tidakkah kerajaan (bunian) 16 September mungkin akan mengundang suasana serupa? Bukankah rakyat jua yang akan menanggung rugi?
Dinamisme perundangan yang berkait de ngan isu pertikaian di Perak juga mendapat perhatian di kalangan rakyat. Yang penting, kebebasan ‘cabang undang-undang’ amat di hormati dan dihargai.
Keputusan Mahkamah Tinggi telah dite rima dengan hati yang terbuka oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN), baik di Perak ma hupun di peringkat nasional.
Hemah dan budi bicara kepimpinan adalah cukup luar biasa. Walaupun mungkin kecewa kerana keputusan tidak memihak kepada kerajaan, ini tidak memberikan waima se kecil-kecil lesen untuk kita menidakkan ke putusan mahkamah.
Akur dengan keputusan mahkamah – ka langan kepimpinan dan penjawat jawatan menerima baik keputusan tersebut.
Ironinya, semua pimpinan pembangkang me nyambut baik juga keputusan tersebut. Mah kamah disifatkan sangat adil dan tidak memihak. Senyum, tawa, laungan dan pekikan mewarnai tangga mahkamah. Seharusnyalah pada waktu dan ketika yang sama, harus ada kesedaran bahawa proses dan dinamisme perundangan tersebut tidak akan berakhir di situ.
Sekiranya, keputusan tidak memihak ke pada mereka, nescaya usaha yang sama akan dilakukan oleh pihak mereka. Keterbukaan ini mestilah difahami sejak dari awal lagi.
Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan proses penang guhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi tidak wajar dilihat dalam ruang pan dang yang terlalu negatif. Sudah pun wujud usaha-usaha terancang untuk mengaitkan ke putusan ini sebagai keputusan yang ‘tidak bebas’ dan memihak kepada pihak lain.
Ketua Penerangan sebuah parti politik mi salnya mengemukakan ‘kecurigaan’ dengan keputusan tersebut. Apakah mahkamah akan hanya dilihat bebas jika keputusannya me mihak kepada kita? Mahkamah juga akan cepat diperkatakan sebagai ‘memihak’ apa bila membuat keputusan sebaliknya.
Usaha demonisation atau memburukkan ke putusan dan institusi kehakiman ini tidak sepatutnya berlaku. Penulis menganggap trend dan usaha merosakkan imej institusi kehakiman ini adalah tabiat dan amalan mereka yang sangat dangkal dan ‘paranoid’ dengan kemampuan mereka sendiri.
Janganlah kita merendahkan tahap dan nilai integriti kalangan Yang Arif dengan tuduhan dan kenyataan tidak bertanggungja wab seperti ini. Kita perlu menjauhkan sama sekali institusi kehakiman daripada penga malan politik yang kurang matang dan ber niat jahat seperti ini.
Mahkamah perlu dibenarkan membuat ke putusan dengan ‘nilai perundangan’ yang bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-ma na pihak. Ini termasuklah dengan usaha mengheret mahkamah kepada ‘sistem nila ian’ persepsi yang merosakkan imej institusi tersebut.
Kecenderungan ini mesti dihentikan atau ini sebahagian daripada usaha dan peren canaan politik bagi memberikan kelebihan politik. Jika itulah niat dan hasratnya, ins titusi kehakiman juga akhirnya ‘dipengaruhi’ dengan politik persepsi yang merosakkan.
Di luar lingkungan pemikiran biasa, pe nyelesaian isu politik Perak ini menuntut pengamalan politik matang dan berfikiran terbuka. Kita boleh terus bergelumang de ngan percaturan politik, namun ia akan me nyebabkan rakyat semakin berasa marah dan tidak puas hati.
Hakikat dan realiti ini jangan sesekali kita ketepikan. Baik kepada kerajaan mahupun pembangkang, rakyat akan lebih kecewa se kiranya nasib mereka diletakkan sebagai per juangan ‘kedua’ penting selepas percaturan politik.
Oleh yang demikian, sidang Dewan Un dangan Negeri mesti dibenarkan bersidang seperti biasa. Tanpa insiden dan usaha sabotaj yang sengaja. Rakyat mesti diberikan ke yakinan bahawa kedua-dua pihak mempu nyai ‘jiwa besar’ untuk bertindak demi ke pentingan mereka.
Ruang ini sudah pun dimulakan oleh ke sediaan Presiden UMNO sendiri untuk be kerjasama dengan pihak berkenaan. Soalnya, siapa yang mahu memulakan usaha pemu lihan politik ini? Rakyat mesti diberikan keyakinan bahawa nasib dan masa depan mereka bukanlah ‘perkara kedua’ kepada pe muka politik sedia ada.
Sidang DUN mesti menjadi rentak pemula kepada usaha mengembalikan ‘ketenangan’ di halaman politik Perak. Ia mesti dijayakan secara cukup terhormat dan tidak menjurus kepada usaha menidakkan mana-mana pihak sekalipun.
Setiap wakil rakyat mesti dihargai sebagai kalangan yang punya ‘nilai pembawaan diri’ yang baik dan terhormat. Sudah barang ten tu, mereka tidak sesekali wajar bertindak di luar decorum yang diharapkan oleh sekalian rakyat.
Sebagai kalangan yang ‘terpilih’, mereka mestilah punya harga diri dan maruah politik yang tinggi. Tidak semudahnya untuk ber tindak seperti remaja longgar akhlak dan tidak punya hala tuju. Mereka mestilah pu nya ‘kematangan politik’ untuk menerima realiti dan suasana sedia ada.
Kita tidak lagi wajar berbicara mengenai demokrasi lampau dalam bentuk definisi dan amalan. Hari ini, masyarakat mengharapkan demokrasi yang bernilai dan bermaruah ting gi. Masyarakat mengharapkan demokrasi yang bersifat ‘deliberatif’.
Demokrasi yang lebih inklusif dan me musat kepada kepentingan rakyat. Antara ciri penting demokrasi deliberatif (deliberative de mocracy) ini ialah kewujudan masyarakat yang terdidik dan bermaklumat, kehadiran ‘ruang partisipasi’ untuk rakyat mengemu kakan pandangan, kalangan penjawat awam yang bertanggungjawab dan responsif, peng hormatan kepada keterbukaan pandangan dan perbezaan pendapat.
Semua ini sudah menjadi teras kepada kepimpinan negara yang ada. Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sangat bersungguh dalam usaha mewujudkan segala ‘infrastruk tur’ kepada pengwujudan budaya demokrasi yang lebih sihat di negara ini.
Kita tidak seharusnya terbungkam dan te rus terheret kepada pengamalan politik yang menjurus kepada kesumat dendam. Amalan politik yang tidak matang dan kurang rasional akan menjadi anti-tesis kepada usaha kita mewujudkan sebuah sistem berkerajaan yang berprestasi tinggi.
Dalam menuju ke arah amalan politik yang sedemikian matang – kita memerlukan juga amalan berkerajaan dan kepembangkangan yang bernilai tinggi. Krisis di Perak – mampu menjadi kertas litmus kepada kesediaan kita untuk itu.
DATUK SERI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN @ ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia.
0 comments:
Post a Comment