BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
APA peranan media dalam Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Bertindak Cepat (CPRC) Kebangsaan? Sepanjang yang Awang tahu tiada. Selain pihak media hanya dipanggil untuk sesuatu sidang akhbar mengenai kes H1N1 ini, tiada yang lain peranan media.
Pihak media tidak dipanggil langsung untuk terbabit sama dalam taklimat di peringkat pengurusan krisis mengenai wabak H1N1 ini.
Semasa wabak ini mula meletus di Mexico, pihak media yang mula menghebahkannya. Media membesarkan berita itu sehingga menjadi berita dunia yang diikuti setiap hari.
Pada ketika itu, pihak media hanya ‘pandai-pandai’ sendiri belajar mengenai wabak itu. Tiada pihak dari Kementerian Kesihatan yang mengambil inisiatif memanggil kami memberi taklimat khusus mengenai virus itu. Kami hanya belajar mengenainya daripada Internet dan Wikipedia!
Apabila kes pertama menular di negara ini pihak media hanya dipanggil untuk sidang akhbar.
Wartawan yang mahu membuat susulan tidak tahu di mana untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Tiada pusat respons media yang diwujudkan bagi membantu kami mendapatkan penjelasan, maklumat dan sebagainya. Wartawan yang mengikuti perkembangan di hospital hanya duduk di kaki-kaki lima bagi mendapatkan berita.
Kita mungkin maju dari serba-serbi, tapi hubungan media kita masih lemah.
Awang – Sekadar mengingat.
0 comments:
Post a Comment