RENCANA : ISNIN 18 MEI 2009

Medan perjuangan guru
Alhamdullilah, saya merafakkan rasa syukur setinggi-tingginya ke hadratAllah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, sekali lagi kitadapat bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaanbagi tahun 2009.

Perluaskan saringan penyakit
INFLUENZA A (H1N1), meningitis, pericarditis. Yang pertama pada mulanyadikenali sebagai selesema babi - tetapi atas sebab tertentu istilah itutidak digalakkan penggunaannya.

Kawal ketat H1N1 demi keselamatan, kesihatan rakyat
JANGKAAN bahawa Malaysia mungkin tidak terkena wabak Influenza A (H1N1)ternyata meleset. Wabak maut yang mula-mula dikesan di Mexico padaApril lalu, kini merebak ke seluruh dunia.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
APA peranan media dalam Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Bertindak Cepat(CPRC) Kebangsaan? Sepanjang yang Awang tahu tiada. Selain pihak mediahanya dipanggil untuk sesuatu sidang akhbar mengenai kes H1N1 ini,tiada yang lain peranan media.

Menunggu Laksamana Do Re Mi
FILEMLaksamana Do Re Mi terbitan Studio Merdeka tahun 1960-an antara filemterburuk yang pernah dihasilkan oleh P. Ramlee. Kalau dibandingkandengan filem-filem arahannya di Singapura, Laksamana Do Re Miseolah-olah protes P. Ramlee terhadap Studio Merdeka.

Anwar, Anifah dan Penanti
ISUkenyataan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang mendedahkan bahawabeliau pernah ditawar sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh PenasihatParti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai habuanjika beliau melompat ke parti pembangkang itu mendapat reaksi dikalangan penulis blog hujung minggu ini.

Sekolah perlu jadi acuan 1Belia, 1Malaysia
KONSEP 1Belia adalah konsep yang diperkenalkan oleh Kementerian Beliadan Sukan (KBS). Tujuannya bagi membantu mencapai gagasan SatuMalaysia. Kini konsep 1Belia, 1Malaysia adalah antara gagasan yangpenting di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Revolusi mental institusi pendidikan
BUKU setebal 198 muka surat ini memberi satu lagi alternatif kepadapara pendidik untuk menyelami dan bermuhasabah diri. Ia memberipetua-petua berguna untuk para guru terus mencintai profesion merekaselain mengatasi kebosanan dan permasalahan kerja.

Keperluan BN turun padang jawab hujah PKR di PRK Penanti
MINGGUini ada dua keputusan penting dalam dunia politik tanah air. Pertamamengenai siapa Menteri Besar Perak dan kedua sama ada UMNO - BarisanNasional (BN) akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK)Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.








Umno terus kekal sebagai teras kestabilan
KINIUmno sudah melepasi usia 63 tahun. Satu usia yang dilihat begitu matangdan melepasi ‘jubli intan’ kepelbagaian ranjau pengalaman yang pastinyamemberikan parti tertua umat Melayu di tanah air ini pengajaran bergunadalam meneruskan perjuangan yang masih relevan ke arah membina danmenyumbang jasa demi pembangunan dan kestabilan negara.

Politik wang dalam pemilihan Pas bukan mustahil
DAKWAANDewan Ulama Pas bahawa politik sogokan mula menular ke dalam parti itumenjelang pemilihan jawatan tertingginya pada Muktamar Tahunan PasKe-55 di Shah Alam bulan depan agak mengejutkan, walaupun ia bukansesuatu yang mustahil dalam mana-mana pertubuhan politik.

Kerajaan sentiasa berusaha tingkat taraf perguruan
PROFESIONperguruan kini diberi pengiktirafan kerajaan menerusi Skim Gred Khas Cdan Pengetua Jusa C serta gred lain yang membolehkan ramai gurumenikmati gaji lebih tinggi berbanding 10 atau 20 tahun lalu. Latihanditerima juga semakin baik dan kini hampir semua guru sekolah menengahdan lebih 50 peratus di sekolah rendah mempunyai sekurang-kurangnyaijazah sarjana muda, berbanding sebelum ini dengan kelayakan merekasekadar diploma atau sijil perguruan. Dengan itu, guru lebihberpengetahuan mendidik pelajar. Ramai juga di antara mereka kinimempunyai ijazah sarjana dan doktor falsafah. Kita bangga kerana gurudi Malaysia mempunyai kelayakan akademik tinggi berbanding rakan merekadi negara membangun lain seperti India, Pakistan, Thailand, Indonesiadan China. Sememangnya, dari segi kelayakan, guru kita cukupberkelayakan. Sebagai menghargai dan memberi penghormatan kepada guru,kelmarin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan SriMuhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan sudah meluluskanpertambahan 2,141 kuota jawatan guru dan pengetua cemerlang bagiPegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di sekolah menengah di seluruhnegara berkuat kuasa serta-merta. Dengan itu, kerajaan berharapinsentif berkenaan mendorong mereka mengamalkan budaya kerja lebihcemerlang. Dengan penambahan kuota itu, perjawatan untuk guru danpengetua cemerlang meningkat daripada 5,984 sebelumnya kepada 8,125sekarang

0 comments: