BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
SYABAS kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Perak yang mengambil inisiatif melancarkan kempen jualan gula secara terus kepada orang ramai.
Kementerian itu membuka gerai menjual gula di bazar-bazar Ramadan di negeri itu.
Walaupun ia bukan tugas hakiki, namun itu adalah langkah kontigensi untuk menangani kekurangan bahan itu.
Awang mencadangkan KPDNKK membuka lebih banyak premis jualan terus seumpama itu bagi menyekat sabotaj yang kita percaya dilakukan dengan sengaja.
Trend terdahulu mendapati memang terdapat kegiatan untuk menaikkan harga di musim perayaan terutama di bulan Ramadan dan menjelang hari raya.
Peniaga memberi alasan faktor permintaan dan penawaran yang menyebabkan harga terpaksa dinaikkan atau bekalan berkurangan.
Namun, apakah itu alasannya kerana musim berkenaan bukannya datang tidak menentu.
Kita berharap KPDNKK bekerjasama dengan persatuan pengguna negeri serta nasional merancakkan jualan terus itu.
Jika ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh Awang percaya perbuatan sabotaj sebegitu akan dapat dikawal.
Awang – Raja pengguna.
0 comments:
Post a Comment