BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

KEMPEN Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai sudah hampir ke kemuncaknya. Esok lebih 12,000 pengundi akan menentukan pilihan mereka – Barisan Nasional (BN) atau Pas. Di atas pentas ceramah, kekuatan Pas memang diakui tetapi apakah yang diharapkan oleh para pengundi?

Adakah pengundi sekadar mahu mendengar cakap kosong atau memilih janji pembangunan?

Awang percaya penduduk Manek Urai terutama penoreh getah dan pekebun kecil sudah lama mengharapkan perubahan. Maka tidak hairanlah sepanjang kempen, BN menjanjikan perubahan.

Manek Urai akan dijadikan kota agropolitan moden sekiranya BN mendapat mandat rakyat. Jambatan sempit akan digantikan.

Banyak lagi janji yang akan dilaksanakan jika BN diberi kepercayaan. Manek Urai bagaikan anak emas kerajaan Pusat di Kelantan. Inilah kesungguhan kerajaan Pusat untuk membawa Manek Urai dalam arus pembangunan negara.

Kini terpulanglah kepada pengundi-pengundi untuk menentukan sama ada mahu menghargai janji yang diberi atau terus berada dalam keadaan seperti hari ini. Mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan penduduk Manek Urai mendapat pembelaan.

Awang – Pilih pembaharuan.

0 comments: