BISIK-BISIK

BISIK-BISIK

SEMASA keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada 11 Mei lalu, ia diterima dengan tenang oleh semua pihak.

Pihak yang kalah, iaitu Barisan Nasional (BN) tidak berdemonstrasi jalanan kerana menganggap ia adalah keputusan yang demokratik berasaskan kedaulatan undang-undang.

Peluang merayu diberikan dan semalam ia memihak kepada BN pula. Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Awang berharap demi keamanan negeri Perak dan negara ini, marilah kita menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Perak perlu digerakkan semula. Krisis politik yang berpanjangan akan merencatkan segala program pembangunan yang telah diatur.

Ingatlah kemajuan yang dinikmati oleh negeri itu sekarang dan Malaysia sejak 50 tahun lalu adalah berkat kekukuhan kerajaan dan keamanan yang terpelihara.

Krisis boleh dicipta. Tapi persoalannya siapakah yang akan mendapat manfaat daripadanya?

Oleh itu, janganlah kita terikut-ikut rentak mereka. Modal mereka hanyalah mencipta provokasi bagi mewujudkan kegelisahan awam.

Awang - Tidak ikut hati.

0 comments: