BISIK-BISIK
LANGKAH Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Abdul Shukor Husin memperjelaskan semula isu masuk syurga menurut ajaran Islam diharap akan menyahkan apa juga kefahaman silap dan keliru mengenai hal tersebut.
Jawatankuasa itu telahpun menetapkan bahawa ketentuan masuk syurga atau neraka seseorang Islam adalah hak mutlak Allah dan keputusan tersebut kemudian diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja pada Mac 2001.
Berdasarkan semangat penjelaskan berkenaan, Awang percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai kebijaksaan untuk memberi gambaran tepat dalam hal-hal berkaitan agama Islam kepada orang ramai pada masa akan datang.
Secara sedar Awang yakin para pemimpin parti-parti politik yang beragama Islam khususnya pasti masih mengingati masalah teruk perpecahan umat Islam dalam tahun 80-an sehingga membabitkan masalah sembahyang Jumaat dan berjemaah di masjid beberapa negeri.
Para peneraju parti-parti politik sudah tentu tidak mahu melihat masalah serupa itu berulang dengan bertekad menghindari fatwa-fatwa yang boleh mengelirukan umat Islam.
Bersama-samalah kita mewujudkan suasana harmoni di kalangan umat Islam yang akhirnya akan mempengaruhi keharmonian hidup masyarakat Malaysia seluruhnya.
Awang - Insaf.
0 comments:
Post a Comment