Buku : A-Z Jahitan Smoking

Sehari Sebuah Buku

BUKU ini dihasilkan untuk mereka yang mahu menyelami dan menguasai teknik jahitan smoking yang terkenal dengan keunikannya. A-Z Jahitan Smoking mendedahkan segala rahsia dan menjawab persoalan mengenai seni jahitan yang selama ini dianggap sukar oleh kebanyakan orang.

Ia menampilkan lebih 1,000 gambar mengenai langkah demi langkah untuk memudahkan seseorang itu memahami dan seterusnya belajar serta menguasai teknik smoking. Ini merupakan buku teknik jahitan smoking yang paling komprehensif yang pernah diterbitkan.

Bagi yang gemarkan cabaran baru, buku ini adalah jawapannya kerana anda boleh meneroka satu teknik yang mungkin selama ini dianggap sukar tetapi menjadi sebaliknya selepas mengenali dan menguasainya.

- WAN NORAZAH WAN CHIK

Judul: A-Z Jahitan Smoking
Penterjemah: Farah Eleena Ahmad Mahdzan
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 978-967-61-2202-5

0 comments: