Suntik semangat penganggur

Suntik semangat penganggur


DI AS, latihan kecergasan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan si penganggur.


MOLLY FAHEY, 26, mempunyai ijazah dalam bidang fizik dan ijazah sarjana kejuruteraan mekanikal. Tetapi dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan sejak Januari lalu.

Dia tidak tahu bagaimana untuk memperoleh pekerjaan. Dia banyak menghabiskan waktu senggangnya di kem latihan yang terletak di pinggir bandar, Washington, Amerika Syarikat (AS).

"Ini merupakan saat yang paling sukar dalam hidup saya.

"Ia sangat mencabar dan membuatkan anda berasa tenggelam dalam dunia yang kosong. Namun, semuanya akan berubah jika anda datang ke pusat latihan ini.

"Anda pasti dapat merasakan satu perubahan yang positif. Saya dapat banyak maklumat untuk menghasilkan resume yang baik dan mencari kerja secara umum," kata pelari maraton itu kepada AFP selepas melakukan senaman berat sehingga peluh membasahi dahinya.

Resume

Sebahagian lelaki dan wanita lain baru sahaja menghabiskan masa selama dua jam di dalam bilik aerobik sambil mendengar lagu Malcolm Murano.

Murano pernah mengelar dirinya sebagai seorang Jurulatih Kerjaya Kesihatan dan berkongsi tip menulis resume yang bagus termasuk menggalakkan pelatih keluar dari kepompong selesa untuk mencari pekerjaan.

Beliau juga memberitahu, jika seseorang itu ingin mendapat pekerjaan, mereka mestilah meletakkan 100 peratus usaha ke atasnya.

Anda perlu melakukan sesuatu yang membuatkan diri anda berasa tidak selesa dan tidak senang duduk tanpa pekerjaan.

"Saya mempunyai seorang pelanggan yang mencari kerja selama setahun lebih.

"Namun, apabila dia mula melakukan pencarian dengan bersungguh-singguh, akhirnya dia memperoleh pekerjaan hanya dalam masa beberapa minggu," katanya.

Apa yang dimaksudkan Murano dengan membuat sesuatu yang tidak selesa adalah melakukan aktiviti pertemuan seramai 20 orang yang baru dalam masa satu hari.

Selain itu, mereka juga harus mempunyai kad-kad perniagaan bercetak, dan belajar menguruskannya.

Ken Harris, seorang ahli bina badan berumur 44 tahun hilang pekerjaan sebagai jurulatih peribadi kira-kira sebulan yang lalu.


KEN HARRIS dibantu oleh jurulatihnya dalam satu sesi memanaskan badan.


Ken bergelut untuk bersaing dengan pengajar kesihatan Libby Rubin, seorang wanita bertubuh kecil tetapi mampu 'menguasai' sebuah bandar yang kecil.

"Saya kini menjadi seorang yang begitu bersemangat. Berbanding sebelum datang ke sini (kem latihan), saya tidak merasa diri hebat.

"Saya pernah keluar ke jalanan dan 'mengamuk' kerana gagal mencari pekerjaan," kata Harris selepas melakukan senaman yang adakalanya memerlukannya dia meniarap di atas lantai.

Pemburu kerja

Menurutnya, selepas melakukan senaman selama sejam dan mendengar kata-kata perangsang daripada Murano, kini Harris lebih fokus.

"Dengan tugas-tugas yang ada, saya kini mempunyai beberapa perkara lain yang perlu difokuskan," katanya. Sementara itu, Murano dan Rubin memberitahu, punca sebenar pemburu kerja perlu menggabungkan kedua-dua elemen fizikal dan mental adalah kerana kedua-dua aspek itu amat penting untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan.

Angka rasmi menunjukkan, sebanyak 9.5 peratus penduduk AS terpaksa menganggur.

Apa yang menakutkan, Presiden Barack Obama menjangkakan dalam minggu ini sahaja, kadar pengangguran akan terus meningkat.

Justeru itu, Murano dan Rubin menegaskan, para penganggur perlu melakukan sesuatu agar para penemuduga yakin untuk memilih mereka sebagai pekerja.

"Lebih banyak anda berusaha, lebih banyak peluang yang anda peroleh semasa sesi temuduga.

"Mereka perlu bersemangat, berkeyakinan, positif dan menunjukkan keikhlasan kepada para penemuduga bahawa anda benar-benar ingin dan mahukan pekerjaan tersebut," kata Rubin.

Latihan kecergasan

Murano pula memberitahu, mencari kerja dalam kegawatan ekonomi bukanlah mudah. Ia memerlukan minda, tubuh yang sihat dan semangat yang tinggi untuk anda berhubung antara satu sama lain.

"Jika anda tidak yakin dengan diri, ia akan menyebabkan anda juga tidak yakin untuk berdepan dengan para penemuduga.

Anda perlu optimis. Satu cara bagaimana berasa yakin dengan diri adalah dengan melakukan latihan kecergasan.

Bagi Harris, bukan sahaja kesan-kesan fizikal yang dirasakannya semasa menjalani latihan di kem latihan segera itu, malah dua jam latihan yang dilalui memberikan ia faedah seperti seorang profesional.

Apa yang lebih menggembirakannya adalah apabila dia diminta menghantar resume sebagai salah seorang tenaga pengajar di kem latihan itu. - AFP

0 comments: