Pengundi muda, Cina beralih arah

Oleh Kamal Ahmad
mohdkamal@bharian.com.my

Kempen 'bunuh' karakter Rohaizat punca Pas menang

SOKONGAN terhadap Pas menunjukkan tanda-tanda merosot manakala di pihak Barisan Nasional (BN) mula menampakkan peningkatan keyakinan akar umbi, demikian rumusan ringkas tetapi nyata daripada keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. Calon BN, Rohaizat Othman, 38, yang didakwa mempunyai 'beberapa kes peribadi' masih mampu meraih 5,067 undi dan tewas kepada calon veteran Pas, Salleh Man, yang memperoleh 9,618 undi.

Buktinya, kemerosotan penduduk yang keluar mengundi daripada 82.57 peratus membabitkan 20,350 pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 kepada 73.1 peratus semalam (daripada 20,290 pengundi) berjaya menurunkan angka sokongan terhadap Pas sebanyak 1,386 undi berbanding 11,004 undi yang diperoleh calonnya ketika itu - Mohd Hamdan Abd Rahman.

Calon BN pada PRU yang sama, Ahmad Shahar Shuib pula meraih 5,571 undi sekali gus BN cuma kehilangan 504 undi kali ini.

Kalangan pemimpin Umno mengakui peningkatan sokongan pengundi Cina (lebih 25 peratus daripada keseluruhan pengundi) dan pengundi baru di Permatang Pasir, terhadap calon BN semakin meningkat sekali gus mengurang di pihak pembangkang.

"Pengundi muda kian meyakini BN dan perkembangan ini akan dimaklumkan kepada Kabinet dan Ibu Pejabat Umno esok (hari ini)," kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Pengundi Cina di Permatang Pasir turut memperlihatkan angin perubahan termasuk menerima Konsep 1Malaysia," kata Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, ketika diminta mengulas mengenai apa yang boleh dipelajari oleh BN daripada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir itu. Beliau turut mengakui rakyat mula faham dan menerima penjelasan hala tuju Umno serta kerajaan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak. Namun, keyakinan dan sokongan itu katanya, tidak boleh digapai sepenuhnya dalam masa sehari atau sebulan tetapi dijangka mencapai tahap maksimum dalam tempoh setahun dua ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, pula berkata: "Saya melihat kesedaran pengundi baru di Permatang Pasir turut mencerminkan aspirasi serupa di negeri lain."

Beliau berkata, mereka melihat sendiri kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat membawa pembangunan di DUN itu sehingga begitu ketara ketinggalan dan diabaikan.

"Ada perubahan di kalangan pengundi terhadap kemampuan Pas. Mereka sudah nampak apa yang dilakukan oleh pembangkang terhadap keperluan pembangunan dan pembelaan terutama keluarga miskin di Pulau Pinang. Ini juga berlaku kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah yang tidak mampu membawa pembangunan dan perkembangan ekonomi," katanya.

Bagaimanapun Zahid yang mengharapkan angin perubahan seperti dipaparkan dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan baru-baru ini, terpaksa menggigit jari gara-gara keputusan di Permatang Pasir itu. Bermain dalam kubu kuat Pas di Pulau Pinang sejak tiga penggal lalu itu menyaksikan BN tidak dapat merapatkan jurang majoriti sokongan yang diperoleh Pas kerana calon BN berdepan dengan 'faktor tempatan' yang mana pengundi di situ diklasifikasikan oleh Zahid sebagai 'belum mahu memberi kemenangan' kepada Rohaizat. Namun kekalahan beliau itu terima dengan hati terbuka dan lapang dada walaupun sukar menerima hakikat pengundi Permatang Pasir 'mahu keadaan kekal seperti mana pilihan raya terdahulu' di bawah naungan wakil Pas.

"Calon bukan faktor utama kekalahan BN. Kita pun tahu calon Pas ada 'kes peribadi'. Dan soal calon selalu diperkatakan dalam mana-mana pilihan raya tetapi itu tidak menjadi perkara utama menentukan kemenangan," katanya lagi sambil mengakui satu laporan terperinci akan beliau kemukakan kepada mesyuarat Kabinet serta Ibu Pejabat Umno, hari ini. Antara yang akan beliau laporkan ialah 'sikap akar umbi' dan kebergantungan jentera pilihan raya BN kepada tenaga dari luar berbanding yang digerakkan oleh tenaga akar umbi tempatan.

Salleh sebenarnya boleh disifatkan hanya 'calon biasa' berbanding karisma calon Pas lain. Ini kerana beliau dikatakan pernah bertanding dalam enam kali pilihan raya dan tewas semuanya. Cuma untuk kali ke-7 melalui pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, beliau akhirnya lega dengan kemenangan semalam. Antara faktor yang dikatakan memihak kepada Salleh ialah serangan bertalu-talu terhadap peribadi Rohaizat selama tempoh berkempen lapan hari berturut-turut. Berkempen antaranya tiga hari dalam bulan Ramadan tidak menghalang serangan peribadi terhadap Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh itu.

Sudah menjadi budaya orang Melayu yang berminat dengan cerita peribadi dan mengambil pendirian terhadap isu itu. Dengan lebih 72 peratus pengundi di Permatang Pasir adalah Melayu, strategi 'menembak' Rohaizat dengan isu peribadi pasti berkesan untuk 'membunuhnya'. Jadi, yang perlu dipelajari BN apabila mahu menamakan calon dalam PRU atau mana-mana pilihan raya kecil akan datang ialah masing-masing mesti betul-betul bersih keperibadiannya. Individu yang 'ada kes' tidak wajar dijadikan calon kerana 'kes' itu akan memakan tuan apabila dimanipulasi walaupun hakikatnya ia sudah selesai. Pengundi khususnya Melayu tidak boleh menerima atau menyokong calon yang bermasalah atau 'pernah ada kes atau masalah peribadi'. Kajilah, berapa banyak kerusi BN ditawan pembangkang dalam PRU 2008 gara-gara 'tersilap memilih calon'. Kesilapan memilih calon turut menyaksikan BN tewas dalam beberapa siri pilihan raya kecil dalam tempoh terdekat ini.

Justeru, isu salah guna dana dan perkahwinan selain perilaku anak, adik beradik serta keluarga perlu diambil kira dalam menilai seseorang sebelum menjadi calon BN pada masa akan datang. Kehadiran calon bermasalah secara automatik menjadi modal dan bonus kepada pembangkang dalam meraih sokongan selepas mereka ketandusan modal kempen secara intelektual dan profesional. Insaflah, faktor peribadi dan keperibadian menyumbang kepada sebahagian besar sokongan dan undi selain gred atau prestasi perkhidmatan parti kepada mereka.

Kempen membunuh karektor Rohaizat bagaimanapun tidak berkesan di kalangan pengundi Cina yang berjumlah lebih 25 peratus. Mereka ternyata lebih cenderung dan yakin menerima jaminan kerajaan bahawa ekonomi semakin pulih sekali gus membuka ruang peningkatan dalam perniagaan dan kemakmuran hidup. Pengundi Cina juga cenderung dalam isu pendidikan, bahasa dan kesamarataan.
Minda Pengarang: Usaha memerangi arak, maksiat perlu usaha bersepadu

KENYATAAN Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, semalam bahawa pegawai masjid di Selangor diberi kuasa menahan tanpa waran terhadap umat Islam yang melakukan kesalahan membabitkan arak berkuat kuasa serta-merta, sewajarnya mendapat perhatian. Walaupun arahan itu mendapat sokongan, ia juga perlu dihalusi bagi mengelakkan 'ada undang-undang tetapi tanpa sebarang tindakan'. Yang menjadi mangsa ialah nazir, imam, bilal dan siak yang diberi kuasa menguatkuasakan Seksyen 18, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1985 itu. Mereka mungkin terperangkap dengan pelbagai kekurangan akibat ketiadaan persediaan rapi. Mereka perlu dilengkapi dengan maklumat perundangan sebelum membolehkan mereka bertindak. Bagi umat Islam, sesiapa saja yang membuat kenyataan seperti itu akan mendapat sokongan politik. Cuma kaedah menguatkuasakannya perlu dilakukan dengan terancang, berkesan, berwibawa malah adil. Mengambil tindakan terhadap orang Islam yang meminum arak mungkin mudah. Namun, dalam senario pasaran pekerjaan hari ini ada juga pelayan beragama Islam yang bertugas di tempat-tempat hiburan. Mereka terpaksa meletakkan jawatan sekiranya tidak mahu terbabit dalam kegiatan arak. Jika tidak ada kerja lain yang boleh menampung kehidupannya, ia boleh menimbulkan masalah sosial kepadanya dan keluarga. Jika kerjaya itu menyebabkan mereka dikenakan tindakan, maka Jabatan Agama Islam atau mana-mana pihak berkuasa agama Islam perlu mengeluarkan larangan supaya orang Islam tidak dibenarkan bekerja di kelab, restoran, kedai atau apa-apa premis yang turut menjual arak. Larangan itu perlu diiringi dengan hukuman setimpal jika mereka terus bekerja di premis berkenaan. Sudut ini juga perlu diambil perhatian supaya penguatkuasaan dan hukuman adalah bertepatan. Atau, mereka juga perlu menjawab persoalan bagaimana lesen perniagaan dibenarkan di negeri itu?. Beberapa tahun lalu, ada sebuah badan dikenali sebagai 'Badar' yang diberi kuasa untuk membanteras maksiat di Selangor. Namun disebabkan ada kes anggotanya menyalahgunakan kad kuasa untuk melakukan perkara yang tidak berakhlak dan menyalahi undang-undang, maka tanggungjawab itu dipindahkan kepada institusi masjid. Cuma, diharap perkara yang menimpa Badar tidak berulang di kalangan pegawai masjid terbabit. Tidak kira di Selangor atau negeri lain, tindakan memerangi gejala minum arak dan maksiat lain mesti dilakukan secara bersepadu dengan agensi berkaitan lain. Polis akan melindungi pegawai masjid yang melaksanakan penguatkuasaan berbanding jika mereka bertindak sendirian walaupun memiliki kad kuasa menahan tanpa waran. Bertindak bersama polis juga dilihat lebih bijak dan menyelamatkan mereka daripada sebarang tohmahan berkait kewibawaan dan ketelusan mereka.
Cakap-cakap

BANYAK pendapat yang didengar mengenai isu hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahannya minum arak. Ada yang setuju dan ada pula tidak setuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan hukuman sebat ke atasnya. Mamat boleh faham alasan tindakan penangguhan dibuat ke atas Kartika. Tapi, rasanya media yang datang dari seluruh dunia akan membuat liputan meluas sama ada Kartika dikenakan hukuman sebat atau sebaliknya.

Mamat - Faham sangat apa yang media asing nantikan
1Malaysia harapan baru masyarakat India

Oleh Magendran Rajagopal
bhnews@bharian.com.my

MIC perlu perubahan segera bagi pastikan terus berpengaruh, relevan sebagai komponen BN

GAJAH sama gajah berperang, pelanduk mati tersepit. Itulah perasaan sebahagian masyarakat India ketika ini yang menganggap diri mereka pelanduk, sering menjadi mangsa keadaan, sama ada yang menyokong MIC dalam Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat, nasib mereka tidak banyak berubah.

Pada mereka, sejak kebelakangan ini MIC tidak banyak membawa perubahan bermakna kepada masyarakat India. Lebih mengecewakan harapan yang dipertaruhkan kepada Pakatan Rakyat juga gagal dilaksanakan seperti terbukti dalam isu pemilikan tanah di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang.

Sementara itu, kebangkitan besar-besaran masyarakat India menerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), yang diharapkan memberi kuasa politik juga tidak kesampaian.

Antara pemimpinnya yang begitu lantang bersuara pada bibit awal bertindak 'bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing' untuk kepentingan politik peribadi dan menjadikan Hindraf sebagai batu loncatan menubuhkan parti politik sendiri.

Namun, tatkala terkapai-kapai hampir lemas, ada yang menghulur tangan, sekali gus memberi harapan baru kepada mereka. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan konsep 1Malaysia menjanjikan kesaksamaan dan kesamarataan.

Kajian Merdeka Center baru-baru ini mendapati kira-kira 74 peratus masyarakat India yang ditemubual dalam satu kaji selidik menyatakan berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri keenam itu setakat ini.

Walaupun MIC selaku komponen BN mewakili masyarakat India, mereka yang ditemubual itu menyatakan sokongan terhadap Najib, bukan MIC atau Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu.

Jika diimbas beberapa insiden terbaru membabitkan Najib dan masyarakat India, memang jelas Najib yakin dapat meraih sokongan mereka kepada BN tanpa peranan MIC, selaku parti mewakili kaum India dalam BN.

Kurang 24 jam mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri, Najib sudah turun padang bagi menyaksikan sendiri keadaan di Jalan Petaling atau China Town, kawasan majoriti penduduk Melayu di sekitar Vista Angkasa dekat Kampung Kerinchi dan penempatan masyarakat India di Brickfields. Nyata sambutan yang diberikan masyarakat pelbagai kaum di kawasan itu sangat memberangsangkan dan Najib yang turun dengan ramah tamah turut berjaya menarik hati masyarakat India.

Sekiranya ketiadaan Samy Vellu mengiringi lawatan Najib ke Batu Caves pada 9 Ogos lalu boleh dijadikan penanda aras, tidak keterlaluan jika dikatakan BN tidak lagi bimbang mengenai undi kaum India pada pilihan raya umum akan datang, walaupun tanpa MIC.

Pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN 10 Ogos lalu, ramai yang tersentak dengan jawapan Najib apabila ditanya kenapa kerajaan meluluskan banyak parti bagi kaum India sejak kebelakangan ini kerana beliau tidak langsung merujuk kepada MIC walaupun Samy Vellu duduk tidak jauh.

Mengapa agaknya Najib tidak mengesyorkan parti baru itu bergabung saja dengan MIC memandangkan semua mereka berikrar akan menyokong BN. Hanya Perdana Menteri tahu apa yang tersirat di hatinya.

Selain MIC, parti majoriti masyarakat India termasuk Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Barisan Progresif India Malaysia (IPF), Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Barisan Tindakan Demokratik India Malaysia (Mindraf) dan Parti Makkal Sakthi Malaysia (MMSP) dan yang terbaru, Parti Hak Asasi Manusia (Paham).

Ini membawa kita kepada persoalan apakah MIC selaku komponen BN masih lagi relevan dalam peranannya selaku wakil masyarakat India dalam gagasan terbabit kerana ternyata ia bukan lagi pilihan majoriti 2.5 juta penduduk India negara ini.

Jika diteliti struktur MIC, hanya 1,464 perwakilan yang mengundi pada pemilihan parti 12 September ini. Sebahagian daripada mereka sudah pun meneka calon yang akan terpilih. Pastinya yang berpihak kepada Presiden parti itu.

Secara keseluruhan, semua parti komponen BN terpanggil atau terpaksa melakukan perubahan selepas prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum 2008, kecuali MIC yang dikatakan masih terkapai-kapai mencari hala tuju baru.

Pada mereka walaupun Samy Vellu mengumumkan penjenamaan semula parti dan suntikan darah muda dalam pergerakan itu, bak kata pepatah, 'kokok berdegar-degar tetapi ekor masih bergelumang tahi', tiada satu pun yang dikatakan itu dikotakan setakat ini.

Mungkinkah pemimpin tertinggi BN berasa serba salah untuk menegur Samy Vellu kerana tokoh veteran itu sudah lama berkecimpung dalam arena politik sejak Tun Abdul Razak Hussein menjadi Perdana Menteri antara 1970 hingga 1976.

Namun, beberapa pemimpin veteran MIC belum lagi melupakan kisah pada 1973 apabila Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri kedua) terpaksa campur tangan bagi memujuk Presiden MIC ketika itu, Tun VT Sambanthan, supaya bersara selepas 18 tahun berkuasa bagi mencegah kemelut dalaman parti itu melarat sehingga menjejaskan kedudukan BN.

Penggantinya, Tan Sri V Manic-kavasagam, yang menerajui parti sehingga 1978 berjaya membawa banyak pembaharuan dalam parti, termasuk menyatukan puak yang bertelagah selain menyuntik darah muda dari kalangan profesional.

Keinginan sama kini semakin membuak selepas senarai pilihan Presiden MIC bagi pemilihan kali ini diumumkan Samy Vellu sejurus selepas penamaan calon selesai Sabtu lalu kerana masih menyenaraikan beberapa pemimpin yang disifatkan sudah melampaui tarikh 'bersara'.

Antara lain, penyenaraian nama pemimpin seangkatan dengan Samy Vellu seperti Ketua MIC Perak, Datuk G Rajoo dan Ketua MIC Kedah, Datuk V Saravanan, yang sejak kebelakangan ini dirundung pelbagai masalah kesihatan, ternyata kurang disenangi perwakilan muda.

Samy Vellu sendiri memegang jawatan Pengerusi Pemuda MIC pada 1971 dan menyertai Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 1973 dan pada tahun sama, dilantik sebagai Ketua Pemuda MIC sebelum dipilih sebagai naib Presiden MIC pada 1975.

Namun, selepas 30 tahun Samy Vellu kekal sebagai Presiden MIC apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan April lalu.

Sepanjang tempoh itu juga kita lihat pucuk pimpinan tertinggi MIC tidak banyak berubah, termasuk pemilihan parti 12 September ini yang dijangka menampilkan senarai pilihan Presiden yang tidak banyak menampilkan muka baru, seperti berlaku pada pemilihan sebelum ini. Mungkin Samy Vellu perlu memikirkan apa perubahan yang perlu dilakukan segera bagi memastikan parti itu terus berpengaruh dan relevan di kalangan masyarakat India di negara ini.
53 tahun UiTM gilap intan permata lahirkan profesional Bumiputera

Oleh Jami'ah Shukri
bhnews@bharian.com.my

Universiti Teknologi Mara berjaya harungi pelbagai transformasi mencabar untuk muncul IPT kelas pertama disegani RENTETAN sejarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) amat unik selepas melalui transformasi yang amat drastik dan agresif sepanjang tempoh 53 tahun penubuhannya dalam bidang akademik, nilai, sikap dan budaya.

Siapa sangka, liku perjalanan UiTM yang pada awalnya hanya sebuah kawasan hutan belantara, kini kepada lokasi yang begitu pesat membangun. Malah, pelajarnya diumpamakan seperti pasir dan batu tidak berharga digilap menjadi intan yang penuh kilauan.

Persepsi masyarakat terhadap UiTM sebagai institusi kelas kedua sejak awal penubuhannya juga sudah tidak relevan, sebaliknya kini sudah diiktiraf sebagai universiti kelas pertama sejak beberapa tahun lalu, terutama selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan perubahan nama dari Institut Teknologi Mara (ITM) kepada UiTM genap 10 tahun lalu iaitu pada 26 Ogos 1999.

Pada awal penubuhannya, UiTM hanya mengambil pelajar kampung dan miskin serta tidak cemerlang dalam akademik, tetapi kini majoriti produk universiti itu dianggap begitu cemerlang dalam bidang masing-masing.

Justeru, tidak mustahil dalam tempoh 53 tahun penubuhannya, UiTM mencatat keajaiban hebat apabila ribuan pelajarnya menduduki ranking tertinggi penempatan dunia pekerjaan, malah melahirkan ramai profesional dan tokoh korporat terkemuka di negara ini.

Tidak terhenti di situ, nama UiTM menjulang setinggi puncak Gunung Everest, apabila dua pelajarnya, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan Ahmad Reduan Rozali berjaya menakluki puncak tertinggi dunia (8,848 meter), pada 2004 lalu, sekali gus sebagai simbolik memecahkan tembok halangan psikologi bahawa bangsa Melayu tidak yakin pada diri, malas, tidak berupaya dan rendah diri.

Naib Canselornya, Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, ternyata mampu menghela nafas lega apabila transformasi universiti itu dalam pelbagai bidang sudah terlaksana dan paling membanggakan pencapaian itu lebih terserlah dalam tempoh 10 tahun terkini.

Katanya, sejarah UiTM yang bermula pada 1956 dan sehingga ini, sudah menempuh pelbagai transformasi dalam pelbagai bidang dengan mencatat banyak kejayaan cemerlang sama ada di dalam atau luar negara.

Pada awalnya, UiTM dikenali sebagai sebagai Dewan Latihan Rida (Rural and Industrial Development Authority) yang ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris serta membantu menaik taraf ekonomi penduduk Bumiputera.

"Rida memberi penekanan kepada program pelajar luar bandar dan miskin. Kita transformasi mereka daripada masyarakat tradisional kepada kepentingan industri, komersial dan keusahawanan. Pada 1965, namanya ditukar kepada Maktab Mara sejajar dengan falsafah untuk membangunkan masyarakat Bumiputera supaya lebih maju. Kemudian pada 1967, mendapat nama baru iaitu ITM," katanya.

Sejak itu, transformasi lebih drastik dan agresif dilakukan dalam pelbagai bidang termasuk kursus ditawarkan dan seterusnya pada 1996, ITM dinaikkan taraf sebagai universiti. Namun, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi Mara dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi Mara.

Apa yang menarik, kata beliau, pada awal penubuhannya program yang ditawarkan dianggap tidak popular atau dikenali dan berbau akademik, sebaliknya kini menjadi program profesional.

Peneraju ITM ketika itu, Tan Sri Arshad Ayob memulakan kursus yang berbeza dengan universiti dan kolej lain. Program disediakan itu juga tidak difikirkan oleh pihak lain, dan akhirnya menjadi program yang cukup popular pada masa ini.

"Contohnya, kursus Seni dan Reka Bentuk, Tekstil, Fesyen dan Pengurusan Hotel dan Pelancongan (malah program ini dianggap tidak diminati dan dihormati). Dengan itu, kita sudah berjaya mengubah bidang terbabit sebagai program yang mempunyai status cukup tinggi pada masa kini.

"ITM mempelopori bidang itu sehingga ia menjadi program yang begitu popular, diminati dan diikuti universiti lain. Malah, peranan pelajar keluaran UiTM dalam bidang ini cukup terserlah dengan melahirkan profesional dan tokoh korporat dalam pelbagai bidang seperti industri dan perbankan. Banyak jawatan tinggi dipegang pelajar dari universiti ini.

"Bagi saya, tanpa ITM, kita tertinggal jauh ke belakang berbanding kaum lain. Malah, kalangan Melayu Bumiputera kita mengeluarkan 52 peratus daripada keseluruhan akauntan berdaftar dan ia adalah jumlah yang besar," katanya.

Beliau menegaskan, UiTM berjaya menjadikan pelajarnya daripada pasir dan batu yang tidak berharga digilap menjadi intan selain menjanjikan pekerjaan berbentuk profesional serta bertaraf antarabangsa.

Dr Ibrahim menegaskan, wujud transformasi yang amat ketara dari segi mentaliti masyarakat Melayu.

"Bagi saya, dengan kemasukan alaf baru (2001), peranan UiTM semakin mencabar. Kebetulan ketika itu, saya dilantik sebagai Naib Canselor dan sebagai bekas pelajar ITM sejak berusia 18 tahun, saya dapat melihat dengan jelas bagaimana proses transformasi itu bergerak sehingga hari ini.

"Saya juga adalah pelajar dalam kumpulan pertama berpindah dari Jalan Othman, Petaling Jaya ke Shah Alam. Ini pengalaman cukup menarik dan Shah Alam ketika itu penuh dengan hutan pokok getah. Kini ia menjadi katalis bukan saja kepada pelajar malah katalis pembangunan bagi kerajaan Selangor," katanya.

Mengenai pentadbiran dan pengurusan UiTM, wujud perbezaan, iaitu jika pada sekitar 1979 (ketika berpindah ke kampus Shah Alam) hanya mempunyai 2,000 pelajar, tetapi sekarang sudah mencecah kepada 140,000 pelajar dan sasaran 200,000 pelajar, pada masa depan.

Malah, dulu kursus yang ditawarkan amat terhad tetapi sekarang kira-kira 320 kursus ditawarkan dengan mempunyai 32 kampus di seluruh negara, manakala jumlah pensyarah daripada 300 kepada 20,000 kakitangan termasuk pensyarah.

"Sejajar dengan alaf baru, cabaran saya untuk memastikan universiti ini yang terbaik di negara ini. Masa saya mengambil alih sebagai Naib Canselor, UiTM berada pada ranking paling rendah berbanding universiti lain," katanya.

Dari segi penyelidikan pula, Dr Ibrahim berkata, pada 2001 UiTM juga berada pada ranking paling bawah kerana tidak ada budaya bidang penyelidikan. Transformasi demi transformasi berlaku dengan membawa perubahan lebih menyerlah dalam semua bidang termasuk berjaya mendapat anugerah pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Mengulas mengenai universiti Apex, beliau berkata, UiTM masih belum mampu mencapai tahap itu kerana perlu memenuhi kriteria tertentu, khususnya perlu mempunyai pelajar asing.

Katanya, banyak universiti berlumba-lumba mengambil pelajar asing, tetapi UiTM tidak mengamalkan begitu, sebaliknya akan mengehadkan pengambilan pelajar itu atas sebab tertentu seperti menjaga kualiti dan budaya. Setakat ini, UiTM hanya mempunyai 200 pelajar asing, kebanyakannya dari Asia Barat.

"Saya amat berterima kasih kepada semua pemimpin universiti yang terdahulu atas jasa mereka terhadap universiti ini," katanya.
Tiga cabaran utama menanti belia Islam zaman globalisasi

Oleh Muhamad Razak Idris
muhdrazak@abim.org.my

BELIA Islam hari ini berada pada era yang amat mencabar. Cabaran ini didorong oleh banyak faktor. Faktor yang paling utama sekali ialah peredaran zaman itu sendiri. Dunia hari ini amat berbeza sekali berbanding beberapa dekad lalu. Pada hari ini, dunia yang kita diami dikenali dengan 'perkampungan sejagat' atau 'global village'.

Mengibaratkan sebuah dunia yang besar ini sebagai sebuah perkampungan adalah gambaran realiti peredaran zaman yang sedang didepani belia Islam hari ini. Perkampungan dunia hari ini digerakkan oleh pelbagai arus. Satu daripadanya ialah oleh pencapaian manusia sendiri di dalam bidang perhubungan sama ada menerusi darat atau lautan.

Namun, pencapaian yang paling mengesankan ialah pencapaian manusia di dalam bidang teknologi maklumat. Menerusi teknologi maklumat inilah seperti penciptaan komputer, telefon dan internet, manusia dari segenap pelosok dunia dapat berkongsi khabar dan berita hanya dalam sekelip mana.

Di samping berkongsi khabar dan berita, satu daripada perkara yang dikongsi bersama oleh masyarakat dunia ialah nilai dan kepercayaan mereka mengenai sesuatu perkara berkaitan urusan kehidupan di dunia ini. Urusan itu termasuk yang membabitkan ilmu pengetahuan, kebudayaan, sistem kenegaraan dan juga ideologi.

Dengan bantuan teknologi maklumat dan perhubungan lebih baik, semua perkara yang dinyatakan di atas yang sebelum ini hanya dikongsi dan diketahui sekelompok perkumpulan manusia tertentu, kini sudah merentas sempadan daerah dan negara.

Kedapatan sesetengah perkara atau amalan yang pada asalnya hanya berbentuk minat dan kesukaan sebuah kelompok masyarakat, kini sudah menjadi minat dan kesukaan yang dikongsi oleh seluruh masyarakat manusia.

Fenomena ini dikenali juga sebagai proses pensejagatan atau 'globalisasi'. Ia adalah suatu keadaan di mana nilai dan amalan yang pada asalnya suatu yang bersifat setempat bertukar menjadi satu pola atau fenomena sejagat.

Oleh itu, beberapa istilah digunakan bagi menggambarkan fenomena kesejagatan dunia hari ini. Antaranya ialah seperti istilah 'generasi Pepsi-Cola' atau 'generasi Google'. Istilah ini memberi maksud akan kesejagatan produk minuman Pepsi dan Coca-Cola, serta produk carian internet iaitu Google yang dengan kehadirannya, dikenali dan dikongsi oleh hampir seluruh masyarakat dunia.

Fenomena kesejagatan dunia ini ialah realiti yang jelas akan peralihan zaman yang sedang didiami oleh belia Islam di negara kita hari ini. Apakah bentuk cabaran yang perlu didepani oleh belia Islam di dalam berdepan dengan realiti peralihan zaman ini?

Bentuk cabaran itu, pada hemat saya, boleh dibahagikan kepada beberapa unsur.

Pertama, cabaran untuk mengekalkan jati diri setempat di dalam arus kesejagatan dunia.

Kedua, cabaran mengenal pasti unsur yang positif untuk pembangunan belia Islam di dalam himpunan sumber maklumat yang pelbagai.

Ketiga, cabaran untuk belia Islam menjadi unsur pendorong yang berpengaruh di dalam mencorakkan arus kesejagatan dunia hari ini. Inilah tiga cabaran terpenting yang harus didepani belia Islam hari ini di dalam menangani era peralihan zaman.

Bagi cabaran pertama, belia Islam harus mengorak langkah di dalam meningkatkan tahap keyakinan diri yang tinggi terhadap keutuhan dan keunikan jati diri yang mereka miliki kini. Keyakinan terhadap jati diri ini adalah asas untuk belia Islam berdepan dengan pelbagai daya tarikan dari luar persekitaran mereka.

Hal ini menuntut belia Islam kembali memugar secara berkesan asas yang membentuk identiti dirinya. Ini meliputi teras kepercayaan agama, nilai hidup mulia dan rukun kebudayaan dan kenegaraan. Dalam erti kata lain, ia menuntut belia Islam untuk kembali mengukuhkan tradisi keilmuan di dalam kehidupan mereka memandangkan hanya menerusi proses pendidikan yang berkesan dan berterusan, segala aspek yang dinyatakan itu dapat diperkukuhkan sebagai asas dan teras identiti dirinya.

Bagi cabaran kedua, belia Islam harus terdedah dengan banyak kajian yang bersifat perbandingan. Di dalam menentukan sesuatu perkara itu baik atau buruk untuk keperluan dan kegunaan belia Islam, kefahaman yang menyeluruh terhadap sesuatu persoalan yang terjadi diperlukan.

Sebagai contoh, di dalam berdepan dengan kepelbagaian arus kefahaman dan tafsiran terhadap ajaran Islam, belia Islam harus diperkukuhkan dengan kerangka pandangan yang difahami oleh aliran ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu kerangka ajaran Islam yang diperakui oleh majoriti golongan ilmuwan Islam.

Menerusi kerangka fahaman ini, belia Islam dibekalkan dengan petunjuk dan batasan bersifat tetap dan dinamik di dalam menilai sesuatu perkara atau persoalan. Ini secara langsung membimbing belia Islam di dalam melakukan proses penilaian yang objektif terhadap sesuatu sumber baru yang diperoleh.

Perkara ini akan memberi ruang luas kepada belia Islam memanfaatkan sesuatu yang baik atau positif mengenai sesuatu perkara bagi kegunaan mereka dan pada masa sama, dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara atau persoalan yang tidak baik atau negatif yang boleh melenturkan jati diri dan identiti dirinya.

Bagi cabaran ketiga, belia Islam perlu dipersiapkan diri dalam pelbagai aspek kehidupan agar mencapai tahap pencapaian hidup yang terbaik dan tertinggi. Ini bagi memastikan supaya belia Islam boleh menjadi kelompok masyarakat yang kreatif dan inovatif menciptakan produk baru bukan saja untuk kelompok masyarakat setempat, malah masyarakat dunia seluruhnya.

Era dunia hari ini yang digerakkan oleh peralihan zaman banyak dipengaruhi generasi yang berpandangan jauh dan berani melakukan perubahan. Sesuatu perubahan yang berpengaruh harus bermula dengan kekuatan ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup yang tinggi.

Belia Islam di negara ini harus didorong untuk meningkatkan kualiti dan keupayaan mereka di bidang yang mereka ceburi agar mencapai tahap tertinggi sehingga mampu mencipta produk terbaik dan terkini untuk keperluan seluruh manusia sejagat.

Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
Peluang akhir untuk belajar
BANYAK yang perlu dipelajari oleh Barisan Nasional (BN) dalammengharungi kekalahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.Pengajaran itu pula bukan baru sebaliknya telah diwarisi sejak tsunamiMac 2008 yang menyaksikan BN tumbang di lima negeri.

Pimpinan Pas Kedah jangan hipokrit
RAMADAN menuntut umat Islam supaya tidak bersikap berpura-pura,hipokrit, "mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih."

Biarkan SPRM bebas laksanakan tugas
SETELAH puas mendengar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)dikecam dan diremehkan, Perdana Menteri nampaknya tidak boleh berdiamdiri lagi.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
KEMENANGAN Pas sudah diduga. Kejayaan parti itu mengekalkan kerusiDewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bukanlah satu kejutan.Awang percaya Barisan Nasional (BN) pun tidak menaruh harapan yangtinggi sebaliknya mahu mengurangkan majoriti Pas.

Dasar bina jutawan Melayu
PENULISAN dalam Utusan Malaysia keluaran 22 Ogos 2009, melalui ruanganrencana di bawah tajuk “Usaha ramaikan tokoh Melayu Islam terunggul”oleh Rohami Shafie, Pensyarah Perakaunan dan Kewangan dari UniversitiUtara Malaysia menarik perhatian saya.

Melahirkan usahawan wanita
PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untukmeningkatkan jumlah usahawan wanita menjelang 2012 menunjukkankeprihatinan dan komitmen kerajaan dalam meningkatkan dan memartabatkankaum wanita.

Memperkasa pengurusan wabak
DUNIA hari ini menghadapi pelbagai cabaran besar daripada soal ekonomi,politik sehinggalah wabak penyakit. Berhadapan dengan konflik politik,peperangan dan masalah ekonomi sudah terlalu biasa bagi masyarakatdunia.

Kekang segera budaya keluar parti
BUDAYA keluar parti dan melompat ke parti lain ada ketikanya kiniseolah-olah sudah menjadi gaya hidup segelintir ahli politik negaraini. Fenomena itu kelihatan menular dengan ketara selepas Pilihan RayaUmum ke-12, Mac 2008.

Sepakat di bulan berkat
TINGGAL beberapa hari lagi kita akan menyambut sambutan ulang tahunkemerdekaan tanah air ke-52. Dalam kita sibuk berpolitik danmengerjakan ibadat puasa, hal berkaitan menjiwai semangat kemerdekaantidak harus dipinggirkan.






Pengundi muda, Cina beralih arah
SOKONGANterhadap Pas menunjukkan tanda-tanda merosot manakala di pihak BarisanNasional (BN) mula menampakkan peningkatan keyakinan akar umbi,demikian rumusan ringkas tetapi nyata daripada keputusan pilihan rayakecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Permatang Pauh,Pulau Pinang, semalam.

Minda Pengarang: Usaha memerangi arak, maksiat perlu usaha bersepadu
KENYATAANPengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu,Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr HasanMohamed Ali, semalam bahawa pegawai masjid di Selangor diberi kuasamenahan tanpa waran terhadap umat Islam yang melakukan kesalahanmembabitkan arak berkuat kuasa serta-merta, sewajarnya mendapatperhatian.

Cakap-cakap
BANYAKpendapat yang didengar mengenai isu hukuman sebat terhadap Kartika SariDewi Shukarno kerana kesalahannya minum arak. Ada yang setuju dan adapula tidak setuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip)menangguhkan hukuman sebat ke atasnya.

1Malaysia harapan baru masyarakat India
GAJAHsama gajah berperang, pelanduk mati tersepit. Itulah perasaansebahagian masyarakat India ketika ini yang menganggap diri merekapelanduk, sering menjadi mangsa keadaan, sama ada yang menyokong MICdalam Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat, nasib mereka tidakbanyak berubah.

53 tahun UiTM gilap intan permata lahirkan profesional Bumiputera
RENTETANsejarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) amat unik selepas melaluitransformasi yang amat drastik dan agresif sepanjang tempoh 53 tahunpenubuhannya dalam bidang akademik, nilai, sikap dan budaya.

Tiga cabaran utama menanti belia Islam zaman globalisasi
BELIAIslam hari ini berada pada era yang amat mencabar. Cabaran ini didorongoleh banyak faktor. Faktor yang paling utama sekali ialah peredaranzaman itu sendiri. Dunia hari ini amat berbeza sekali berbandingbeberapa dekad lalu. Pada hari ini, dunia yang kita diami dikenalidengan �perkampungan sejagat� atau �global village�





Jenaka malam Khamis
DENGAN berat hati, Sri terpaksa menutup akaun facebook yang sudahdibukanya sejak setahun lalu. Lebih menyedihkannya, laman sosial itulahtempat dia meluahkan perasaan, berhubung dengan ramai rakan, selainmenjadi seorang yang sedikit gila-gila.
Peluang akhir untuk belajar

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my

BANYAK yang perlu dipelajari oleh Barisan Nasional (BN) dalam mengharungi kekalahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Pengajaran itu pula bukan baru sebaliknya telah diwarisi sejak tsunami Mac 2008 yang menyaksikan BN tumbang di lima negeri.

Begitu juga dengan kekalahan dalam tujuh pilihan raya kecil lantaran faktor-faktor yang menyumbang kepada tersungkurnya BN di tangan pembangkang adalah sama. Tidak ada formula baru, tidak ada juga faktor baru dan tidak ada juga sentuhan baru.

Baik bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 mahupun pilihan raya kecil, semua isu berkaitan kekalahan adalah sama dan bukan kali pertama dibangkitkan. Malah mahu saja disimpulkan yang BN tidak pernah mahu belajar, enggan belajar dan malas belajar.

Sebab itu mereka mengulangi kesilapan yang sama sekali gus membuka ruang kemenangan kepada calon lawan. Lebih mendukacitakan apabila kemenangan yang dijulang oleh pembangkang itu bukan disebabkan mereka kuat sebaliknya didorong oleh kelemahan BN dan UMNO sendiri.

Dan di Permatang Pasir BN/UMNO sekali lagi membentangkan skrin untuk mengulang tayang satu demi kesilapan yang pernah dibuat sejak bertahun-tahun lalu dan dipertontonkan kepada umum.

BN dan UMNO tanpa rasa malu mengajak rakyat Malaysia berfikir tentang kealpaan, kecuaian dan kadangkalanya kebodohan yang sama sekali tidak sepatutnya dilakukan tetapi terus juga dilakukan dan medan terbaru adalah di Permatang Pasir.

Sedangkan di Permatang Pasir yang menjadi anak Permatang Pauh, BN sepatutnya berusaha meminimumkan kesilapan lantaran cabaran di sini bukan calang-calang.

Hatta sebesar zarah kesilapan yang dilakukan boleh mengundang padah berpanjangan menyebabkan misi untuk mengulangi kejayaan mengurangkan majoriti Pas di Manek Urai tidak kesampaian.

Sebab itu ramai yang menyifatkan Permatang Pasir adalah peluang terakhir untuk BN belajar.

Jika kekalahan kalinya ini tidak lagi menyentuh hati nurani pemimpin serta ahli-ahli UMNO, maka lupakan impian menyemarakkan gelombang biru pada PRU 13 nanti.

BN mesti belajar. Komponennya terutama UMNO yang meletakkan calon pada hampir setiap pilihan raya kecil dan tewas tidak ada ruang lagi untuk memikirkan soal kroni, poket, sikap sambil lewa dan tindakan mensabotaj parti sendiri.

Biar pun dinafikan wujud perbuatan seumpama itu tetapi apa yang terjadi di Permatang Pasir terutama dalam soal pemilihan calon menunjukkan sebaliknya. Jika calon untuk bertanding pada pilihan raya umum waima pemilihan parti sekali pun terpaksa melepasi pelbagai peringkat saringan tetapi di N11 tidak kelihatan sedemikian.

Calon BN seolah-olah terlepas daripada saringan menyebabkan rekod peribadinya termasuk pembatalan sijil peguam sivil dan perkahwinan kedua dibongkar dan terbongkar dengan cara yang tidak sepatutnya. Timbul persoalan di mana perisikan, di mana cawangan khas dan di mana 'mata-mata' dalam UMNO

Sedangkan seperti yang dimaklumkan oleh beberapa pemimpin UMNO, isu itu telah pun diketahui oleh pasukan petugas yang diberi tanggungjawab memilih calon tetapi ia dipandang ringan.

Seorang pemimpin UMNO di negeri ini berkongsi rasa marahnya apabila diajak berbual perihal calon.

''Beberapa hari sebelum penamaan saya dah maklumkan supaya semak latar belakang calon, tapi mereka tidak peduli. Akhirnya kita terpaksa mempertahankan benda-benda yang sememangnya tidak boleh dipertahankan.''

Lebih daripada itu calon yang bertanding sepatutnya jujur dan berterus terang. Mereka mesti jujur apabila dipilih sebagai calon dengan berterus terang tentang hitam putih yang pernah mewarnai hidup mereka.

Jika telah berterus terang dan parti masih mahu memilihnya maka semestinya pertimbangan semasak-masaknya telah dibuat terutama dalam merangka strategi menangkis dakyah serta tohmahan pihak lawan.

Kejujuran itu sangat penting kerana rakyat mahu seorang pemimpin yang bukan saja dilihat bersih malah benar-benar bersih dan tindakan menyembunyikan kebenaran akhirnya mengundang aib bukan sahaja kepada calon malah parti juga terpalit.

Kecuaian dan sikap tidak kisah atau ada agenda tertentu dalam pemilihan calon itu merupakan antara faktor kemerosotan prestasi BN pada PRU 12 dan ia terus diulang sehinggalah di Permatang Pasir.

Dalam soal pemilihan, seorang pemimpin muda yang juga anggota Kabinet melahirkan rasa hairan tentang tradisi UMNO yang hanya mahu memilih calon berjawatan dalam parti seperti setiausaha bahagian, ahli jawatankuasa bahagian dan macam-macam lagi.

''Apa salahnya turun ke akar umbi, lihat ahli-ahli biasa yang semangat perjuangannya adalah demi UMNO. Tidak salah mereka dipilih sebagai calon asalkan mempunyai nilai-nilai yang diterima masyarakat, cara ini lebih berkesan,'' katanya.

Beliau bersetuju bahawa kekalahan demi kekalahan menunjukkan UMNO tidak belajar sambil menarik perhatian perihal masalah dalaman parti yang antara lain menjadi punca kempen tidak dapat dilangsungkan dengan berkesan.

Kalangan ahli-ahli UMNO masih sibuk dengan agenda peribadi, bermusuhan dalam senyap dan enggan bekerjasama untuk memastikan UMNO kembali mendapat tempat di hati rakyat. Mereka seolah-olah tidak kisah akan masa depan UMNO yang memudar perlahan-lahan asalkan hasrat serta keinginan tercapai. Ada kalanya mereka tidak kisah asalkan dendam kesumat terbalas.

Lantaran itu kesungguhan UMNO untuk berkempen tidak dapat dilaksanakan bersungguh-sungguh, diburukkan lagi dengan hakikat calon yang bertanding sarat dengan kontroversi menghasilkan keputusan seperti yang diumumkan ketika masuk waktu berbuka puasa semalam.

BN/UMNO sendiri sangat arif Permatang Pasir adalah kawasan hitam - masalah sikap, hasad dengki, tiada kesungguhan dan calon yang kontroversi menutup peluang BN untuk membuktikan kepada pengundi bahawa parti itu mampu menggantikan Pas yang telah 'bermastautin' selama tiga penggal di situ.

Sisi hitam UMNO dan calonnya menyebabkan calon Pas yang telah enam kali tewas pada pilihan raya mencatatkan rekod kemenangan biar pun undi merosot lebih seribu. Taktik cuba mengheret calon Pas ke kancah 'peperangan peribadi' juga tidak menjadi, menyebabkan beliau dipandang bersih sehingga melayakkannya dipilih sebagai wakil rakyat di Permatang Pasir.

Kempen-kempen pembangkang yang menjadikan antara lain Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Mahfuz Omar tidak putus-putus membandingkan antara calon Pas dan BN - memberi peluang kepada pengundi untuk membuat penilaian.

Kesepakatan dan kesungguhan pakatan pembangkang untuk memenangkan calon daripada parti Pas juga mampu menidakkan kerja keras BN untuk memutihkan imej calon yang telah tercalar biar pun kesan serangan peribadi ke atas calon BN dilihat sedikit menjejaskan undi yang diterima calon Pas.

Biar pun keputusan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menyaksikan kemerosotan undi calon Pas, tetapi calon BN juga tidak terkecuali berhadapan dengan pengenduran sokongan walaupun angkanya dilihat kecil.

Penurunan majoriti dikaitkan dengan peratusan keluar mengundi yang menurun sebanyak kira-kira 10 peratus.

Seperti yang diakui Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sikap pengundi Permatang Pasir tidak banyak berubah. Sememangnya begitu.

Tiada elemen baru yang mampu menarik perhatian pengundi untuk memihak kepada BN. BN dilihat oleh banyak pihak memulakan langkah dengan kaki kiri, menyebabkan jejak-jejak seterusnya menjadi sumbang.

BN dilihat kalah sebelum berjuang. BN juga dikatakan menghantar tentera ke medan perang tanpa senjata, lebih daripada itu BN diumpama seperti menghantar atlet paralimpik untuk bersaing di Sukan Olimpik.

Tidak mustahil jika BN/UMNO bermula dengan baik terutama daripada sudut pemilihan calon - keputusan yang diperolehi menawarkan angka berbeza. Dan paling penting BN tidak mempunyai masa lagi untuk bertangguh daripada menghadiri 'kelas dewasa' supaya masalah ketidakpekaan 'deria' terhadap masalah dalaman parti dapat dicari penawarnya.
Sebenarnya dah lama dah tahu pasal isu EXCO KEDAH
Tetapi tujuan untuk tidak dihebohkan supaya EXCO terbabit memberikan penjelasan terlebih dahulu
Cuma masalahnya, MB Kedah yg tidak mahu EXCO ini di buang
Salah Ustaz Azizan ker?
Cuba ingat lagi, Ustaz Azizan pernah tolak utk mengadakan pilihanraya kecil di Kuala Nerang

Pimpinan Pas Kedah jangan hipokrit

Oleh SOBRI SUDIN

RAMADAN menuntut umat Islam supaya tidak bersikap berpura-pura, hipokrit, "mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih."

Justeru, kenapa balasan pahala puasa akan dibalas oleh Allah SWT memandangkan perilaku puasa, rahsia puasa, hanya antara Allah dan orang yang melakukannya.

Walhal ibadat-ibadat lain dapat dilihat dengan mata kasar, namun puasa mendidik umat Islam, supaya bersikap telus, benar dan ikhlas, lagi jujur dalam tindakan, kata-kata mahupun perbuatan.

Maka selaras dengan mauduk puasa, penulis cukup hairan dengan sikap Pas Kedah.

Apabila Radzi Salleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN berstatus bebas, maka segala keburukan beliau, bermula dengan tuntutan perjalanan yang tidak masuk akal, masalah disiplin sehingga dilihat sebagai satu liabiliti kepada kerajaan Pas di Kedah mula diungkit dan disebarkan.

Persoalannya, kenapa semasa beliau masih ahli PKR dan menjawat jawatan Exco Pelancongan, Sumber Manusia Negeri, salah laku sebegini didiamkan oleh pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh Pas?

Ini menampakkan watak sebenar Islamisasi Pas. Jika orang berkenaan masih dalam saf perjuangan mereka, walau berbuat salah yang besar sekalipun maka akan didiamkan. Sebaliknya jika sudah keluar daripada jemaah mereka, maka akan dibesar-besarkanlah kesalahan tersebut.

Ini mengundang persoalan etika yang cukup besar, bahawa dalam konteks pentadbiran sama ada orang itu sanak-saudara, kawan ataupun teman gabungan, maka jika bersalah, berbuat sesuatu yang salah dan dilihat atau dipersepsikan membuat sesuatu yang salah - sepatutnya tindakan wajar segera diambil.

Dalam hal ini kenapa sirah Rasulullah SAW tidak mahu diikuti. Panduan ikutan telah ditunjukkan oleh Baginda apabila bersabda: "Jika yang mencuri itu Fatimah puteriku, nescaya akan ku potong tangannya." Inilah konsep pentadbiran adil lagi berhikmah.

Namun tampak jelas, politik hipokrit terus menjangkiti saf pimpinan Pas di Kedah.

Lihatlah betapa rakusnya Speaker DUN Datuk Dr. Mohd Isa Ismail yang terus menghantar notis pengosongan kerusi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya kerana tidak mahu egonya jatuh disebabkan ketidakhadiran ADUN Kota Siputeh, Abu Hassan Sharif, sebanyak dua kali dalam sidang DUN, walhal untuk kali kedua, sijil sakit telah pun dihantar.

Suatu ketika dahulu Speaker yang sama, menghantar makluman yang lebih kurang sama kepada SPR, berhubung isu kemuflisan ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, tanpa terlebih dahulu menunggu "arahan dan perintah mahkamah" berhubung status itu.

Bukan pimpinan Pas tidak faham, proses mahkamah jika dijatuhkan hukuman, masih ada proses rayuan.

Akibat kegelutan dan keghairahan mahu menunjukkan kuasa, maka kebajikan rakyat terabai, sebaliknya kerusi DUN yang mahu diintai.

Sama juga sifat tipikal Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas, merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, yang dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas di Permatang Pasir.

Sebagai pengundi di Parlimen Pokok Sena, penulis berasa hairan dengan sikapnya. Beliau boleh berada di dalam banyak majlis, dalam banyak keadaan bersama pimpinan PKR misalnya Anwar Ibrahim.

Beliau begitu sibuk memperkatakan perihal peribadi calon Rohaizat Osman, beliau sibuk berkomentar tentang sikap dan masalah salah laku Radzi.

Namun yang lebih menghairankan penulis, beliau tidak pun sibuk bersama pengundi dan rakyat di Pokok Sena, tatkala banjir, ribut yang melanda baru-baru ini.

Beliau lebih sibuk memperkatakan tentang banyak perkara. Tentang hal dunia, ISA, kepincangan pentadbiran negara, walhal kepincangan dan kelemahan khidmat beliau di kawasan yang beliau wakili bersama rakan-rakan Pas yang lain tidak beliau endahkan.

Masih banyak isu kemiskinan, pembelaan kebajikan rakyat, hala tuju kemajuan ekonomi, peluang perniagaan, pengangguran di kawasan beliau.

Bila penulis mengajaknya berbincang dan berdebat berhubung isu-isu dasar di Parlimen Pokok Sena, pelawaan diperlekehkan hanya kerana jawatan beliau yang cukup tinggi dalam Pas.

Sedangkan isu yang mahu dibicarakan adalah antara pengundi dan beliau sebagai Ahli Parlimen di satu kawasan yang beliau wakili.

Islam tidak mengajar umatnya bersikap hipokrit dan bongkak.

Islam menuntut umatnya melakukan dakwah, kebaikan di kalangan keluarga sendiri terlebih dahulu, jiran, masyarakat sekitar, kampung, negeri barulah negara.

Jika prinsip ini dilaksanakan tentulah pentadbiran Pas di Kedah dan sikap pimpinan Pas negeri itu tidak akan haru-biru jadinya.

Justeru pesan penulis kepada pimpinan Pas di Kedah, "jangan kuman di seberang lautan boleh nampak dan kelihatan, namun gajah di depan mata, dipandang pun tidak".

Sebagai kerajaan yang diberi mandat, selesaikan dulu keperluan rakyat Kedah, pengundi setempat daripada mahu berlagak menjadi hero negara. Walhal pengundi terabai, aspek sosioekonomi terbengkalai dan segala janji manis pilihan raya dulu kini ibarat bangkai.

Penulis ialah Pengundi DUN Derga Parlimen Pokok Sena, Kedah.
Biarkan SPRM bebas laksanakan tugas

SETELAH puas mendengar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikecam dan diremehkan, Perdana Menteri nampaknya tidak boleh berdiam diri lagi.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada pihak tertentu agar jangan menjadikan SPRM mainan politik.

Peringatan itu tepat pada masanya memandangkan akhir-akhir ini semacam ada usaha pihak tertentu untuk mengheret SPRM ke kancah itu.

Kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock dijadikan picu untuk pihak terbabit meledakkan kutukan dan kecaman bertali arus terhadap suruhanjaya tersebut.

SPRM yang belum pun mencapai usia setahun, diejek, dikutuk dan dikecam kiri kanan.

Lebih buruk lagi, keselamatan pejabat dan anggota suruhanjaya itu turut diganggu dan diancam.

Siri 'serangan' ke atas SPRM itu jika dilihat tidak lain daripada cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti institusi itu.

Pihak-pihak tertentu juga dilihat berusaha keras melemahkan moral anggota suruhanjaya daripada meneruskan tugas dan tanggungjawab mereka membanteras serta memerangi rasuah.

SPRM yang dibentuk hasil penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR), seolah-olah hendak dikuburkan sebelum menyambut ulang tahun pertamanya 1 Januari depan.

Dalam kes melibatkan mendiang Beng Hock, seperti kata Perdana Menteri, kita percaya ia bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh SPRM untuk berlaku.

Secara logiknya, tidak masuk akal jika SPRM hendak membahayakan nyawa seorang saksi penting dalam kes yang sedang disiasatnya.

Mungkin wujud kelemahan dalam prosedur siasatan SPRM, sehingga berlakunya insiden malang kepada mendiang Beng Hock.

Namun itu tidak mewajarkan mana-mana pihak untuk melonggokkan segala kesalahan di bahu suruhanjaya itu.

Apatah lagi mahu memadamkan rekod baik SPRM sebelum ini.

Agak malang apabila SPRM hanya dipuji jika menyiasat para pemimpin Barisan Nasional (BN), tetapi dikeji dan dituduh menjadi alat kerajaan apabila siasatan melibatkan pemimpin pembangkang.

Dalam kes Beng Hock, kerajaan bersikap telus dengan memulakan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian mendiang.

Prosiding di mahkamah berjalan secara terbuka dan dilaporkan media tanpa sekatan.

Ia akan disusuli penelitian prosedur siasatan SPRM oleh Suruhanjaya Diraja.

Kita percaya selepas ini langkah pembetulan akan diambil jika terbukti prosedur siasatan SPRM itu tidak memuaskan.

Kita juga yakin kerajaan tidak akan cuba menutup sebarang kelemahan.

Justeru jangan lagi ada pihak yang dengan sengaja memainkan sentimen sehingga menyemarakkan api kebencian terhadap SPRM - sehingga mendorong segelintir individu yang hilang kewarasan bertindak di luar batasan seperti melontar bom petrol.

Insiden kematian Beng Hock memang satu tragedi.

Namun tidak wajar mana-mana pihak menangguk kesempatan mengapi-apikan keadaan untuk menanamkan kebencian terhadap SPRM seterusnya kerajaan.

Permainan sentimen ini jika dibiarkan berterusan, dibimbangi akan memburukkan keadaan sehingga menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam sekali gus memburukkan imej negara.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

KEMENANGAN Pas sudah diduga. Kejayaan parti itu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bukanlah satu kejutan. Awang percaya Barisan Nasional (BN) pun tidak menaruh harapan yang tinggi sebaliknya mahu mengurangkan majoriti Pas.

Ternyata BN berjaya walaupun majoriti yang dikurangkan agak kecil.Pada masa yang sama undi yang diperoleh kedua-dua parti juga merosot berbanding pada pilihan raya umum lalu. BN kekurangan 504 undi sementara Pas 1,386 undi. Mungkin disebabkan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Apa pun mengambil kira keputusan dua pilihan raya kecil di kawasan yang sama, Awang melihat sikap pengundi di kawasan yang dikuasai Parti Keadilan Rakyat itu tidak banyak berubah.

Bagaimanapun Awang percaya pilihan raya kecil ini memberi pengajaran yang bermakna kepada BN. Beberapa faktor yang memungkinkan kekalahan itu perlu diselidiki. Calon Pas yang diturunkan sudah kecundang lima kali dalam pilihan raya umum tetapi kali ini berjaya. Adakah kerana popularitinya atau Pas?

BN juga perlu mengkaji kemungkinan ketidaksetiaan anggota parti komponennya yang mungkin tidak mengundi atau gagal menyokong BN. Difahamkan undi yang diterima BN tidak sebanyak jumlah ahli BN. Semuanya perlu dijawab bagi memperkukuhkan jentera BN di Permatang Pauh. BN khususnya UMNO di kawasan itu perlu diperkukuhkan.

Awang – Terima keputusan.
Dasar bina jutawan Melayu

PENULISAN dalam Utusan Malaysia keluaran 22 Ogos 2009, melalui ruangan rencana di bawah tajuk “Usaha ramaikan tokoh Melayu Islam terunggul” oleh Rohami Shafie, Pensyarah Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Utara Malaysia menarik perhatian saya.

Antara lain, beliau menyatakan: “Orang Melayu Islam masih kekurangan serba-serbi dalam bidang ekonomi. Sejak beberapa tahun kebelakangan, hanya seorang tokoh Melayu Islam yang dikategorikan sebagai 10 terkaya di Malaysia.

“Ini masih belum mencukupi kerana berdasarkan jumlah penduduk Malaysia, sekurang-kurangnya enam tokoh Melayu Islam perlu berada dalam senarai itu.”

Saya bersetuju penuh dengan kesimpulan penulisan beliau bahawa kita perlu berusaha melahirkan lebih ramai sarjana dan cendekiawan "Melayu Islam di peringkat dunia” sehingga muncul yang “bertaraf global seperti Ibnu Razi, Ibnu Sina, Al-Tabari dan Ibnu Khaldun.”

Namun kita harus lebih berhati-hati dan tidak keterlaluan dalam usaha melahirkan cuma beberapa ‘jutawan individu’ Melayu.

Dalam bidang ekonomi, fokus membina barisan jutawan individu adalah cara yang jelas menjadi pendekatan anjuran kapitalisme Barat. Kaedah ini menjadi teras kepada amalan kapitalisme ekstrem, khasnya di bawah model Anglo-saxon amalan Amerika Syarikat dan Britain.

Model ini banyak kelemahan dan kepincangannya. Antara impak paling membimbangkan ialah ketidakadilan dan ‘kezaliman’ ekonomi yang berleluasa. Apabila yang kaya mudah bertambah kaya, yang miskin akan langsung terpinggir dan dikesampingkan.

Selama ini pun, tumpuan dasar dan strategi negara untuk memperkasa ekonomi Melayu telah terlalu menekankan usaha membina satu barisan jutawan Melayu untuk berjaya. Seiring dengan sistem ekonomi berlandaskan kapitalisme yang telah berjaya melahirkan jutawan-jutawan individu kaya raya daripada kalangan kaum bukan Melayu dan Islam.

Ini telah dijadikan antara teras kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan lebih ditekankan sewaktu Dasar Penswastaan dilaksanakan dengan ghairahnya. Inilah antara penyebab utama hari ini 40 orang terkaya di Malaysia memiliki harta kekayaan bernilai hampir satu pertiga daripada seluruh jumlah nilai harta kekayaan negara!

Yang perlu turut diberi perhatian ialah hakikat cara ini sebenarnya penuh dengan kepincangan dan bahaya. Selain daripada ketidakadilan yang semakin melebar, kita telah juga saksikan bagaimana ketirisan dan kebocoran hak milik Melayu Islam telah berlaku hasil daripada dasar individualistik ini.

Jelas kita saksikan kerugiannya. Misalnya, apabila UDA diswastakan dan kini sedang cuba dihidupkan semula! Penubuhan Ekuinas juga membayangkan betapa kita terpaksa mengambil langkah baru setelah yang lama banyak mengakibatkan kehilangan kawalan ke atas hak milik strategik.

Demikian juga dengan penswastaan lain termasuk kes-kes seperti Pantai Holdings, Bernas dan banyak lagi. Kesemuanya mengakibatkan kerugian yang menjejaskan kepentingan jangka panjang bangsa dan negara.

Seperkara lagi yang kerap dilupakan ialah hakikat bahawa semua usahawan dan jutawan, sehebat dan sehandal mana sekalipun, akan menghadapi maut akhirnya.

Dan ketika inilah kepentingan hak milik harta kekayaan akan mudah sekali berpindah tangan, atau akhirnya tinggal “sekangkang kera”, menjadikannya salah satu sumber utama kebocoran dan ketirisan.

Saya berpendapat telah tiba masanya bangsa Melayu menstrategikan semula seluruh pendekatan untuk menjamin kedudukan masa depan. Yang paling penting ialah menentukan kesinambungan kawalan terhadap harta kekayaan dan kepentingan bisnes strategik.

Kita tidak perlu mengikut model kapitalisme Barat secara membabi-buta tetapi harus menserasikannya dengan keperluan kepentingan jangka panjang bangsa dan negara serta tuntutan nilai hidup Islam.

Antara pembaharuan yang perlu mendapat perhatian ialah konsep “Ijtimaaii” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Kongres Ekonomi Islam Ke-3 pada Januari lalu.

Konsep Ijtimaaii mengiktiraf bahawa keperkasaan bangsa Melayu Islam adalah terletak pada nilai mengutamakan kepentingan besar masyarakat, bangsa dan negara di atas kepentingan individu dan keluarga, seperti yang menjadi sendi kepada ajaran Islam.

Tegasnya, telah tiba masanya harta kekayaan, aset dan bisnes strategik milik Melayu Islam “diinstitusikan”. Atau lebih berani lagi, “diwakafkan”, menjadi harta milik institusi “Wakaf Korporat”.

Sebenarnya langkah “penginstitusian hak milik” telah pun sedia ada. Contohnya, lihat sahaja Petronas yang kini menjadi kebanggaan bangsa dan negara setelah berjaya menjadi sebuah syarikat minyak paling cemerlang prestasinya di peringkat global. Demikian juga dengan banyak GLC lain milik negara dalam beberapa bidang bisnes.

Kesimpulannya, dalam mengukur kejayaan ekonomi Melayu Islam di bawah sistem ekonomi yang dipacu oleh bisnes hari ini, tidak semestinya lagi kita ikut ukuran anjuran kapitalisme Barat yang individualistik.

Kehadiran Petronas dan GLC-GLC, termasuk seperti FELDA, PNB, Khazanah Malaysia, Tabung Haji, LTAT, JCorp dan seumpamanya sekali-kali tidak mengurangkan, malah menambah kepada penguasaan Melayu Islam dan memperkaya serta memperkasa kedudukan bisnes dan ekonomi mereka.

Bangsa Melayu dan umat Islam seharusnya berbangga dengan kehadiran barisan institusi ini yang menguasai nilai harta bernilai berbilion ringgit, walau sekalipun eksekutif-eksekutif yang menerajui badan-badan ini tidak layak dikategorikan sebagai “jutawan individu” Melayu Islam.

Beratus ribu rakyat Malaysia mendapat peluang kerjaya dan peluang ekonomi menerusi kejayaan usaha mereka dan mereka semua berada di antara barisan paling hadapan dalam menyumbang kepada penambahan nilai ekonomi negara serta membina keupayaan daya saing negara di peringkat global.

Tegasnya, kini terdapat antara mereka yang berjaya membina negara dan membela kepentingan bangsa setelah berupaya menerajui dengan cemerlang beberapa bisnes strategik negara yang bernilai tinggi.

Telah tiba masanya bagi bangsa Melayu mengiktiraf peranan penting GLC dan institusi seperti ini, khasnya dalam usaha melindungi kepentingan Ijtimaii masyarakat Melayu Islam keseluruhannya.


ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Timbalan Presiden,
Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
E-mel: www.businessjihad.com">
Melahirkan usahawan wanita

Oleh ABDUL RASHID SINTHA MADAR

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meningkatkan jumlah usahawan wanita menjelang 2012 menunjukkan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam meningkatkan dan memartabatkan kaum wanita.

Semasa mengumumkan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), Perdana Menteri turut menyuarakan hasrat untuk melahirkan sekurang-kurangnya 4,000 usahawan wanita menjelang 2012 dan mempercepatkan bayaran bantuan kebajikan.

Pada masa ini pendapatan garis kemiskinan di Semenanjung Malaysia ialah RM720 sementara di Sabah, RM960 dan Sarawak pula RM830.

Sehubungan itu, kerajaan bertekad untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dengan melahirkan lebih banyak usahawan wanita menjelang 2012.

Usaha melahirkan 4,000 usahawan menjelang 2012 merupakan sesuatu yang realistik dan boleh dicapai.

Berdasarkan statistik terkini, terdapat seramai 717 usahawan wanita dan ini bermakna hanya 3283 lagi diperlukan untuk mencapai sasaran 4,000 orang.

Berdasarkan pengumuman tersebut, bilangan usahawan wanita yang perlu dihasilkan di antara 2010 hingga 2012 adalah 1,333 orang setahun.

Jumlah ini apabila dibahagi secara purata dengan 13 buah negeri, setiap negeri perlu menghasilkan lebih kurang 102 atau 103 usahawan setahun.

Bagi memastikan hasrat murni Perdana Menteri itu, setiap negeri perlu memainkan peranan penting dan proaktif dalam mencapai objektif NKRA.

Persoalan seterusnya ialah pemilihan para peserta atau bakal usahawan.

Sama ada di kalangan ibu tunggal tanpa pekerjaan tetap atau bekerja tetap.

Ataupun wanita yang sudah bekerja atau mereka yang sedang menjalankan perniagaan tanpa berbekalkan ilmu dalam selok-belok perniagaan.

Baru-baru ini, kumpulan perunding daripada UiTM Perlis mengambil langkah proaktif mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perlis.

Dan hasilnya, satu kursus untuk menghasilkan usahawan kecil-kecilan daripada kalangan ibu-ibu tunggal di negeri Perlis telah diadakan.

Pendekatan yang diambil dalam usaha ini ialah untuk mengubah taraf hidup mereka daripada tiada apa-apa kepada usahawan (from zero to hero).

Mereka juga diajar mengenai teknikteknik lain seperti bagaimana mencari peluang perniagaan, aspek penampilan diri dan hal-hal lain berkaitan dengan pengendalian perniagaan.

Pihak penganjur juga membawa pegawai dari agensi-agensi lain yang berkaitan untuk menerangkan tatacara memohon lesen perniagaan serta aspek kesihatan peniaga.

Perkara-perkara asas tentang bagaimana mendapatkan pinjaman, kepentingan pembungkusan, pelabelan hatta sehingga bentuk atau acuan kuih-muih untuk membezakan dengan produk orang lain.

Usaha proaktif pihak Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perlis telah memberi kerjasama serta kepercayaan sepenuhnya kepada UiTM Perlis untuk mengendalikan Kursus Asas Keusahawanan - Ibu Tunggal Negeri Perlis (I-KIT).

Berlandaskan trend semasa tidak mustahil kita akan dapat melahirkan lebih daripada jumlah yang disasarkan kerana kita semua tahu "tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia". Yang penting, golongan ini diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan.

PENULIS ialah Pensyarah kanan di UiTM Perlis.
Memperkasa pengurusan wabak

Oleh ROSLEE MARDAN

DUNIA hari ini menghadapi pelbagai cabaran besar daripada soal ekonomi, politik sehinggalah wabak penyakit. Berhadapan dengan konflik politik, peperangan dan masalah ekonomi sudah terlalu biasa bagi masyarakat dunia.

Dan kita sudah dibiasakan untuk mencari penyelesaiannya setiap hari. Namun, bagi serangan wabak penyakit walaupun penyakit tersebut dianggap biasa ia merupakan cabaran yang banyak menguji kecekapan manusia dalam mengendalikannya terutama dalam bidang sains perubatan.

Sebelum ini masyarakat dunia dihantui dengan serangan wabak selesema burung yang bukan sahaja meragut nyawa haiwan unggas tetapi turut meragut nyawa manusia.

Di negara kita selain daripada penyakit Denggi dan Malaria, Penyakit Encephalitis (JE) pernah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) misalnya juga merupakan antara penyakit yang berbahaya di samping penyakit lain seperti penyakit Tangan Kuku dan Mulut.

Kini pandemik Infuenza A (H1N1) digeruni oleh segenap lapisan masyarakat dunia berdasarkan kepada jumlah kes serta bilangan kematian yang meningkat setiap hari.

Berdasarkan kepada kemunculan pelbagai jenis wabak berbahaya sejak akhir-akhir ini, ia seakan-akan menuntut dunia sains perubatan memperkasa penyelidikan terutama dalam penghasilan vaksin dan ubat-ubatan selain penghasilan teknologi yang mampu membantu melawan penularan wabak.

Bagaimanapun, selain daripada pemberian vaksin, pengambilan ubat-ubatan dan lainlain langkah teknikal, perkara yang amat penting dalam menghadapi permasalahan penularan wabak ialah kecekapan kerajaan mengeluarkan arahan-arahan semasa, kecekapan institusi perubatan dalam menguruskan logistik pesakit dan tahap profesionalisme pengamal perubatan terutamanya doktor dalam mengenal pasti masalah-masalah pesakit.

Langkah kita sebelum ini seakan-akan bersikap tunggu dan lihat tanpa menjangkakan tahap keseriusan penularan wabak pada masa akan datang. Kita seharusnya telah belajar daripada negara-negara lain yang diserang wabak dengan begitu cepat.

Tindakan memberi cuti atau menutup operasi sesebuah institusi mungkin dilihat tidak wajar bagi sesetengah pihak atas kepentingan umum. Disebabkan inilah, terdapat arahanarahan yang tidak jelas dan lambat membuat keputusan sehinggakan penularan wabak berada pada tahap yang tidak terkawal.

Selain itu, pusat-pusat perubatan, hospital dan klinik seharusnya mewujudkan pusat perubatan bergerak tanpa menunggu orang ramai datang mendapatkan rawatan. Kesesakan yang berlaku di pusat-pusat perubatan berisiko untuk mengitar penyakit dan menjangkiti orang ramai.

Klinik-klinik swasta pula seharusnya turut bekerjasama dengan kerajaan bagi mewujudkan lebihan kaunter pemeriksaan kepada orang ramai.

Jumlah bayaran perkhidmatan juga tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya kerana, dalam keadaan pandemik seperti ini, pusat-pusat perubatan tidak boleh mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan atas hasil perkhidmatan yang banyak.

Kaedah-kaedah lain mungkin boleh dilaksanakan seperti semburan antibiotik ke udara. Walaupun mungkin kurang berkesan setidak-tidaknya dapat melemahkan serangan virus melalui udara.

Influenza A H1N1 misalnya menimbulkan rasa panik dalam masyarakat pada hari ini. Ini menyebabkan banyak aktiviti harian terganggu. Bagi sesebuah organisasi awam, pengurusan wabak juga perlu difahami secara mendalam kerana melibatkan kakitangan awam yang terikat dengan prosedur dan undang-undang perkhidmatan.

Adakalanya bagi kes-kes kecemasan yang memerlukan cuti, juga memerlukan sejauh mana pemahaman ketua-ketua jabatan terhadap permasalahan yang timbul ke atas kakitangannya.

Dasar juga hendaklah seragam. Sekiranya arahan menutup organisasi atau perintah cuti dikeluarkan, maka tidak ada yang terkecuali daripada arahan tersebut. Demikianlah apabila arahan sebaliknya.

Semua ini memerlukan kebijaksanaan dan budi bicara yang baik atas kemaslahatan umum.

Bagi masyarakat, perintah bercuti atau kuarantin tidak boleh dijadikan peluang untuk melakukan aktiviti lain di luar rumah seperti membeli-belah, melancong dan sebagainya.

Pengurusan diri bagi individu yang dijangkiti sebarang penyakit juga perlu diberi perhatian melalui pendidikan.

Tindakan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM20 juta untuk bekalan vaksin perlu disusuli dengan pengurusan wabak yang berkesan dalam negara.

Pada masa akan datang, kerajaan perlu mengambil langkah mewujudkan Institut Pengurusan Wabak Kebangsaan yang khusus mencari strategi berkesan selain bekerjasama dengan semua negara di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kita memikirkan masalah wabak tidak seperti masalah minyak - yang dibezakan daripada segi kesukaran mengeluarkan kos dan keperitan menahan penyakit sehingga meragut nyawa. Maka, untuk menghadapai masalah akan datang, persediaan perlu dilakukan pada hari ini.

Dunia sains perubatan dan kaedah pengurusan penularan wabak perlu diperkasakan lagi bukan sekadar untuk mendapat keuntungan tetapi sebagai usaha umat manusia menyelamatkan diri daripada malapetaka.

Penulis ialah Pensyarah Universiti Utara Malaysia
Kekang segera budaya keluar parti

BUDAYA keluar parti dan melompat ke parti lain ada ketikanya kini seolah-olah sudah menjadi gaya hidup segelintir ahli politik negara ini. Fenomena itu kelihatan menular dengan ketara selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Mac 2008.

Walaupun ia bukan sesuatu yang baru di Malaysia dan pernah berlaku sebelum ini, namun dewasa ini keadaan itu seperti menjadi-jadi.

Pelbagai alasan dan sebab diberikan oleh mereka ini. Sama ada yang keluar parti, isytihar menjadi wakil rakyat bebas ataupun melompat ke parti lain.

Ada yang boleh diterima akal fikiran dan tidak kurang juga yang menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi.

Hakikatnya pihak-pihak yang terlibat iaitu calon itu sendiri, parti yang telah dianggotainya selama ini, parti baru yang beliau anggotai, pengundi kawasan yang diwakilinya serta Suruhanjaya Pilihan Raya, semuanya menuntut penjelasan.

Di kala kita sibuk dengan wabak Influenza A (H1N1), jangan kita lupa akan ‘pandemik’ keluar dan melompat ke parti lain ini.

Ia perlu dibendung secara serius supaya tidak menular ke dalam masyarakat kita.

Mahu tidak mahu kita tidak boleh lari dari politik. Baik sebagai pengundi mahupun sebagai orang politik. Politik ada di mana-mana dan ada dalam semua urusan seharian kita.

Rakyat ataupun lebih tepat lagi pengundi, mahukan wakil yang mereka pilih itu dapat berkhidmat dengan penuh amanah, taat dan setia kepada orang yang mengundinya.

Perwatakan, gaya hidup serta ciri kepimpinan seseorang yang bergelar “Yang Berhormat” sering menjadi perhatian dan dinilai oleh semua pihak.

Kita masih segar dengan kejatuhan beberapa orang ahli politik akibat daripada salah laku moral, salah guna kuasa dan sebagainya. Bukti dan kesannya sangat jelas.

Memang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang jika seseorang wakil rakyat yang telah dipilih bertindak keluar parti atau lompat parti walaupun ada desakan dari pelbagai pihak untuk mewujudkan undang-undang untuk menghalang budaya tersebut.

Bagaimanapun rakyat makin keliru dan resah dengan tindak-tanduk ahli-ahli politik yang sebegini yang boleh berubah dalam sekelip mata atas pelbagai alasan yang mereka ciptakan.

Apakah ahli-ahli politik ini pernah bertanya kembali kepada para pengundinya sama ada mereka mengundi beliau atas sifat peribadi beliau ataupun semata-mata kerana parti yang beliau wakili semasa bertanding tempoh hari?

Saya pasti jawapannya sangat berbeza dan reaksinya juga mungkin kurang enak untuk didengar.

Namun itulah luahan isi hati para pengundi yang sering kali menjadi mangsa dan rasa ditipu oleh wakil yang mereka pilih.

Negara kita telah mencapai usia kemerdekaan 52 tahun, namun sikap sesetengah ahli politik kita yang masih belum matang boleh merosak dan menghancurkan negara.

Semua parti politik perlu merenung kembali tujuan dan asas perjuangan mereka selama ini.

Cukuplah keperitan yang ditanggung oleh para pengundi selama ini. Insaf dan muhasabahlah diri anda sebelum terlambat.

Kita khuatir suatu hari nanti mungkin para pengundi akan memulaukan sesuatu pilihan raya sebagai tanda protes untuk mengajar golongan politik seperti ini.


Serdang, Selangor">
Sepakat di bulan berkat

Oleh ARIF ATAN

TINGGAL beberapa hari lagi kita akan menyambut sambutan ulang tahun kemerdekaan tanah air ke-52. Dalam kita sibuk berpolitik dan mengerjakan ibadat puasa, hal berkaitan menjiwai semangat kemerdekaan tidak harus dipinggirkan.

Pemimpin dan penyokong parti politik terutamanya usah taksub dalam menegakkan kepentingan parti semata-mata sehingga sanggup membelakangkan semangat kemerdekaan yang kita sama-sama kecapi selama ini.

Tambahan pula, sambutan kemerdekaan negara tahun ini jatuh dalam bulan Ramadan.

Seharusnya, golongan Melayu yang pro-Pas atau PKR bermuhasabah dan menghormati bulan baik lagi penuh keberkatan itu dengan menyambung kembali tali silaturrahim agar tidak mudah dimanipulasi oleh pihak musuh.

Begitu juga dengan pihak pembangkang bukan Melayu terutama parti DAP usahlah bersikap biadap dengan kerap mengguris luka masyarakat Melayu dan penganut Islam di negara ini.

Atas semangat Satu Malaysia sepatutnya bukan Melayu juga perlu menjiwai semangat bulan Ramadan dengan menghormati masyarakat Melayu dan tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan bersifat provokatif.

Ini kerana Satu Malaysia bukan hanya menuntut orang Melayu sahaja bertolakansur tetapi dalam masa sama bukan Melayu juga digesa untuk mengamalkan toleransi.

Adakah kepentingan nasional sanggup diketepikan hanya kerana taksub kepada kepentingan diri dan kaum sendiri?

Adakah sikap tersebut dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat kita yang berbilang kaum pada masa akan datang?

Sehubungan itu, renung dan nilai kembali adakah diri terlalu berlebih-lebihan dalam menuntut apa yang dianggap hak kaum sendiri sehingga mengabaikan prinsip kenegaraan dan kesepakatan nasional yang telah dicapai semasa hendak merdeka dahulu.

Sebaliknya, sikap mementingkan diri semata-mata hanyalah 'api dalam sekam' terhadap perpaduan rakyat lebih-lebih lagi dengan menjelangnya usia lebih separuh abad kemerdekaan negara.

Lantaran itu, nilai ekstrem tersebut harus diberi perhatian bagi mengendurkan keegoan kelompok kaum tertentu seterusnya 'melatih' mereka agar lebih sedarkan diri sendiri.

Jika semua pihak dapat berganding bahu dengan mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian maka tidaklah berlaku keadaan hangar-bingar hanya kerana menurutkan kepentingan diri atau kehendak sempit parti politik semata-mata.
Jenaka malam Khamis




DENGAN berat hati, Sri terpaksa menutup akaun facebook yang sudah dibukanya sejak setahun lalu. Lebih menyedihkannya, laman sosial itulah tempat dia meluahkan perasaan, berhubung dengan ramai rakan, selain menjadi seorang yang sedikit gila-gila.

Semuanya itu gara-gara ayahnya, bukan orang lain. Jangan main-main, ayah Sri sudah ada akaun facebook sekarang. Kenalan di dalam akaun facebook ayahnya cuma ada tiga orang. Sri, abang dan seorang pak ciknya.

"Takkan tak add, nanti ayah aku marah. Sejak itu, aku dah tak boleh tulis benda-benda merepek lagi. Lagi satu, kalau orang lain sibuk ajak pergi macam-macam parti, ayah rajin pula tulis pesanan supaya aku jangan lupa pergi kenduri, sembahyang dan menghadiri majlis pengkebumian kawan-kawannya.

"Tension betul. Tidak tahan kena kutuk, aku pun tutup akaun facebook. Habis cerita," katanya bersungguh-sungguh. Semua yang mendengar ketawa terbahak-bahak, tiada langsung nada simpati.

Bagi saya, Sri (nama sebenarnya, Srikanth Siva) menjalankan tugasnya pada malam itu dengan baik. Rantaian cerita jenakanya nyata mendapat sorakan daripada setiap audien yang nampaknya cukup terhibur.

Inisiatif Time Out KL


HADIRIN cukup terhibur dengan cerita-cerita komedi yang disampaikan oleh tujuh orang pelawak.


Malah, persembahan yang diberi nama Time Out Comedy Thursday itu nyata mengubah ambien di kelab malam popular, Velvet Underground Zouk Kuala Lumpur. Tiada muzik tekno atau elektronik berkumandang bingit di dalam ruang yang dindingnya disapu warna hitam. Lantai tarian juga sepi tanpa ada seorang pun galak menggerakkan badan mengikut alunan muzik.

Semua mata tertumpu kepada satu demi satu pelawak yang membuat persembahan stand up comedy (aksi lawak secara langsung). Beraksi di atas sebuah pentas kecil, ditemani oleh mikrofon di tangan dan sorotan cahaya lampu, setting itu mengingatkan saya kepada rancangan televisyen popular seperti Seinfeld dan Last Comic Standing.

Percaya atau tidak, Time Out Comedy Thursday, hasil inisiatif majalah Time Out KL merupakan acara stand up comedy paling besar dan kerap diadakan di ibu negara. Sudah mengumpul ramai peminat setia, persembahan itu dimulakan sejak Mei 2008 di Heritage Mansion, Jalan Kamunting, Kuala Lumpur dengan kerjasama Young Comedians of Malaysia (YCOM).


FAIZAL dengan gaya tersendiri ketika menghiburkan audien.


"YCOM bertindak sebagai satu kumpulan sokongan yang memberi peluang kepada pelawak untuk membuat persembahan. Kami juga berbincang tentang material dan berkongsi jaringan perhubungan. Jadi, siapa yang mahu jadi pelawak boleh datang ke YCOM," jelas salah seorang pengasasnya, Phoon Chi Ho.

YCOM ditubuhkan pada tahun lalu bersama dua orang rakannya, Kavin Jayaram dan Matthew. Sebelum ini, persembahan para pelawak YCOM hanya terhad di sekolah atau kolej sahaja. Namun, semua itu berubah apabila Time Out KL menyedari kewujudan YCOM dan memahami keperluan kelompok pelawak muda.

Pengarah Editorial Time Out KL, Matt Bellotti memberitahu, pihaknya mahu menjadi sebuah majalah yang berbeza. Maka, stand up comedy menjadi medium kempen pengenalannya.

"Orang Malaysia suka ketawa. Lagi pun, kita ada ramai pelawak berbakat. Apabila projek ini dimulakan, sambutan yang diterima cukup memberangsangkan. Setiap kali, pasti ada muka-muka baru yang datang menonton.

"Jadi, kami perlu mencari lokasi lebih besar dan mengembangkan legasi stand up comedy dari London ke Kuala Lumpur," katanya, sambil menyatakan bahawa majalah Time Out yang berpangkalan di London itu sudah mencecah usia 40 tahun.

Memanglah secara logiknya jika semakin ramai penonton, pihak penganjur sepatutnya menyediakan lokasi lebih besar. Namun, ia kurang sesuai untuk stand up comedy. Ini kerana persembahannya melibatkan hubungan dengan audien.

Tiada gunanya kalau buat di tempat besar dan penonton belakang tidak dapat merasainya. Jadi, apa yang boleh dilakukan adalah mempromosi jenama Time Out Comedy Thursday di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai pada waktu malam.

Matt mengakui bentuk hiburan sebegini masih baru di Malaysia. Sedangkan di London, boleh dikatakan kebanyakan bar ada mengendalikan persembahan itu.

Bakat pelawak tempatan

Justeru, bagi memastikan masa depan stand up comedy yang nampaknya semakin cerah, ia akan diadakan lebih kerap. Mungkin dua atau tiga kali seminggu dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.

Lagi pun, terdapat kumpulan pelawak yang komited dan berbakat, walaupun ada antara mereka tidak pernah naik ke pentas sebelum ini.

"Bakat pelawak tempatan? Sangat mengagumkan. Anda perlu faham bahawa stand up comedy bukannya setakat berdiri di tengah pentas dan buat lawak bodoh.

"Tetapi ia merupakan satu seni persembahan yang melibatkan setajam mana pengamatan seseorang terhadap sesuatu perkara dan melihatnya dari aspek berbeza," tambah Matt, menyatakan durasi setiap persembahan adalah sekitar 15 hingga 30 minit.

Diacah tentang lawak yang dikitar semula, seorang lagi pelawak, Kavin tidak menafikan bahawa ramai pelawak yang berbuat demikian. Tetapi tidak mustahil audien akan kembali ketawa. Baginya, stand up comedy bukan sekadar membuat lawak, tetapi lebih kepada kemahiran seseorang menyampaikannya.

Kadangkala, pelawak boleh bercerita lawak yang sama tiga kali berturut-turut. Namun magisnya, ia cukup berbeza antara satu sama lain. Ini kerana hadirin mengektrak atau mengaitkannya melalui cara yang berbeza.

"Saya sendiri buat begitu (kitar semula lawak). Antara sebabnya, apabila menulis cerita lawak, anda boleh ketawa. Tetapi sewaktu membacanya dua hari kemudian, ia sudah tidak kelakar lagi," ujar Kavin jujur.

Bagaimana mereka menghasilkan lawak jenaka? Kavin menyatakan, setiap orang di YCOM mempunyai personaliti dan pendekatan berbeza. Misalnya, ada dalam kalangan mereka yang lebih suka menyentuh aspek politik, perkauman dan sebagainya.

Inspirasi material lawak

Dia sendiri datang dari sebuah keluarga yang gemar berlawak. Suasana di dalam rumahnya pun seperti sarkas.


BARISAN pelawak muda YCOM. Dari kiri Papi Zak, Leonard Sinclair, Chi Ho, Srikanth, Ariff Zainal, Kavin dan Kuah Jenhan.


"Saya bagi contoh. Baru-baru ini, apabila kami berjumpa, pak cik dan mak cik saya bertekak pasal harga akhbar The Sun. Awak bayangkanlah sendiri," katanya, diikuti dengan gelak besar.

Sementara Chin Ho pula mendapat inspirasi untuk menulis lawaknya selepas menonton Dewan Rakyat secara langsung. Namun, lawaknya banyak juga bergantung kepada peristiwa yang berlaku di sekeliling.

Misalnya, kejadian pusat beli-belah Jaya di Seksyen 14 Petaling Jaya yang runtuh. Dia mengaitkannya dengan kehadiran sekumpulan Transformers di sana. Kebetulan pula, filem Transformers baru sahaja ditayangkan ketika itu.

Kedua-dua pelawak itu bersetuju tentang satu perkara iaitu audien di Malaysia adalah berbeza. Berbeza dengan orang Amerika atau Britain, mereka mempunyai lebih kebebasan untuk 'memberi komen' tentang politik.

Tetapi, masih ada perkara berkaitan kaum yang boleh disentuh. Selagi ia dikaitkan dengan orang Malaysia, ia boleh menjadi material lawak yang bagus.

Matt agak terkejut dengan apa yang berlaku di sini. Di London, tidak banyak lawak yang menyentuh tentang perkauman kerana ia boleh menjadi satu isu sensitif. Sedangkan di negara ini, tahap toleransi masyarakatnya masih begitu baik.

"Perbezaan antara kaum itulah yang menjadi material lawak yang bagus. Sebabnya, semua orang mengakui dan ketawa ke atas perbezaan tersebut," jelas Matt.

Mengakui wujud kekangan dalam berlawak, mereka bersetuju bahawa bagaimana sensitif pun sesuatu isu, audien yang ketawa itu layak untuk menilainya.

Darah gemuruh

Membuatkan orang ketawa bukan satu kerja mudah. Perlu betul-betul berani bercerita di hadapan sekumpulan manusia yang mungkin bersikap skeptikal dengan kebolehan anda. Namun, jika anda boleh melakukannya dengan yakin, tidak mustahil mereka akan ketawa.

Semua orang pasti berdebar apabila hendak berdiri di atas pentas. Kavin dan Chin Ho tidak terkecuali. Lebih gemar menulis lawaknya lima minit sebelum persembahan, Kavin bagaimanapun tidak menulis skrip lawak sepenuhnya.

Cuma topik yang ingin diperkatakan dicatat di atas sehelai kertas. Cerita akan berkembang sebaik sahaja dia mula mendengar audien ketawa, kemudian darah gemuruhnya secara automatik juga akan hilang.

Malam itu, Chi Ho turut membuat persembahan. Mengambil watak sebagai seorang lelaki Cina yang nerd, dia mula bercerita.

"Susahlah jadi orang Cina. Saya pun tak faham kenapa. Setiap kali terjumpa mat saleh, mereka mesti berkata: "Hey you Chinese, show us some kung fu (sambil menggayakan aksi kung fu).

"Kenapa mereka selalu ingat orang Cina mesti pandai berkung fu? Mesti sebab terpengaruh dengan filem Bruce Lee. Peliknya, apabila kita jumpa mereka, tak pula kita cakap: "Hey you American, say something stupid."

Segera realisasikan penubuhan konsortium Felda, Risda, Felcra
SYOR Datuk Seri Najib Tun Razak agar Felda, RISDA dan Felcra bergabungdengan menubuhkan konsortium bagi memajukan industri hiliran wajardiberi perhatian serius oleh ketiga-tiga agensi perladangan terbesarnegara.

Agenda PKR bela rakyat kian diragui
BAGAIKANkebetulan, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Kedah,Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas hanya berselang beberapa harisebelum hari pengundian pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Komitmen cegah jenayah
SECARA jujur, ada sesuatu yang tidak kena, tidak tepat dan tidak betuldengan 'serangan bersiri' yang dibuat oleh pihak tertentu kepadapasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhir-akhir ini.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
AWANG tidak berhajat untuk meramal keputusan pilihan raya kecilPermatang Pasir yang akan diketahui malam ini. Tunggulah sahajapengundi membuat penentuan sama ada mahu mengekalkan Pas atau melakukanperubahan dengan memilih calon Barisan Nasional (BN).

Tak patut timbul keraguan
APABILA timbul isu umat Islam perlu berhati-hati berbuka puasa di hotelkerana juadah yang disediakan belum dapat ditentukan halal atau haram,maka ramai yang tertanya-tanya mengapa boleh jadi sedemikian rupa.

Kajian menyeluruh sebelum tetapkan tarikh GST
PERDEBATANdan perbincangan tentang bilakah masa yang paling sesuai untukmelaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam sistempencukaian Malaysia masih lagi hangat diperkatakan.

Antara U-Wei dan Joseph Conrad
NOVELIS Inggeris, Joseph Conrad telah menghasilkan beberapa novel besarpada abad ke-19. Antara novel Conrad ialah Almayer’s Folly (1895), AnOutcast of the Islands (1896), The Nigger of the ‘Narcissus’ (1897),Heart of Darkness (1899), Lord Jim (1900), The Inheritors (with FordMadox Ford) (1901) dan Typhoon (1902).

Perbuatan mencemari kesucian Ramadan
TINDAKANsesetengah pengusaha kedai makanan milik orang Islam yang memulakanperniagaan di awal pagi dalam bulan Ramadan boleh dipersoalkan. Initermasuklah pengusaha bazar Ramadan yang berniaga sejak jam 10 pagilagi.








Minda Pengarang: Konsortium Felda, Felcra, Risda jana komoditi negara
PENGGABUNGANadalah strategi memperkasakan modal, kepakaran dan tenaga kerja untukmembina impak baru serta menajamkan fokus operasi. Proses ini banyakdilakukan syarikat dan bank yang bertukar menjadi entiti multinasionalatau konglomerat mega dengan tujuan memperkukuh serta melebarkanpenguasaan dalam pasaran. Penggabungan juga antara langkah meneruskankesinambungan dan menjamin kelangsungan sesebuah institusi atau entitidalam pasaran. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razakmengutarakan idea supaya agensi pertanian terbesar � Felda, Felcra danRisda bergabung mewujudkan konsortium, jelas ia bermaksud kerjasama dankesepakatan yang boleh memberi kebaikan bersama. Ia membabitkan soalpenggunaan kemudahan bersama, berkongsi rangkaian perniagaan,mengelakkan pertindihan logistik, memanfaatkan teknologi secarabersepadu serta menyelaraskan perancangan atau projek. Penggabungan itutidak akan melenyapkan nama Felda, Felcra dan Risda. Ia bukan sepertidilakukan kebanyakan syarikat atau bank yang bertujuan mengecilkanoperasi dan membabitkan pemberhentian kakitangan. Sebaliknya, kerjasamaketiga-tiga agensi itu akan menjimatkan kos dalam penyediaan kemudahandan logistik bernilai jutaan ringgit. Ini akan menjadikanketiga-tiganya lebih berdaya saing, ada penyelarasan malah meningkatkanangka perolehan.

Najib masih di bawah 'pemerhatian' rakyat
PERDANAMenteri, Datuk Seri Najib Razak, perlu mempunyai iltizam dan semangatkuat bagi menghadapi cabaran yang datang silih berganti sejak beliaumengambil alih pentadbiran Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN),empat bulan lalu.

Cakap-cakap
HARIini kawan-kawan Mamat di Permatang Pasir keluar membuang undi.Pakcik-pakcik, Makcik-makcik, abang-abang dan kakak-kakak semuanyabersiap sedia nak undi calon dan parti yang boleh membela nasib mereka.

Pembebasan pengebom Lockerbie satu misteri besar
PEMBEBASANawal warga Libya, Abdel Basset Al-Megrahi dari penjara Scotland Khamislalu menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. MenteriKeadilan Scotland, Kenny MacAskill, berkata pembebasan banduan yangdisabit kesalahan di atas pengeboman di udara pesawat Pan Am 103, 21tahun lalu yang kemudiannya terhempas di Lockerbie, Scotland dibuatatas dasar perikemanusiaan.

Negara rugi jika wanita tinggalkan pasaran kerja selepas kahwin
SAMBUTANHari Wanita Kebangsaan pertama kali diraikan pada 25 Ogos 1962. Tarikhberkenaan dikatakan diilhamkan sendiri Perdana Menteri pertama,Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj yang berpendapat Hari Wanitawajar diraikan sebelum sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos sebagaipenghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan wanita kepada negara.

Matlamat sifar buta huruf gagal jika tiada kesungguhan
NAKdikatakan tak mampu, segala bentuk bantuan sudah disediakan. Nakdikatakan tak tegas, arahan dan undang-undang yang tersedia sudah cukupkuat menunjukkan kesungguhan kerajaan. Nak dikatakan ia isu remeh,bukan berpuluh-puluh, malah beratus atau mungkin beribu-ribu kali isuitu dimainkan di media dan menjadi perdebatan pelbagai pihak, termasukdi Parlimen.

Budaya sukarela menebal di Britain
MUNGKINmasih ada pembaca ingat mengenai artikel yang pernah saya tulisberkaitan budaya 'memberi dan menerima' yang disebarkan secara onlinedi United Kingdom (UK). Budaya yang berbeza, tetapi unik ini bukan sajasecara tidak langsung memberi kemudahan kepada pelajar asing sepertikami, malah juga mengeratkan muhibah dengan warga tempatan yangkebanyakannya ramah.





Maklumat lebih interaktif
MUZIUM sering dianggap sebagai tempat yang cukup membosankan. Malah, iamungkin antara destinasi terakhir dalam senarai lawatan jika lokasi itudicadangkan.


Trend polifarmasi di Asia
RIA PANE membawa anak perempuannya yang berusia tujuh tahun, Keziaberjumpa doktor di Jakarta, Indonesia kerana demam dan sakit tekak.Anaknya diberi tujuh jenis ubat termasuk antibiotik dan ubat-ubatanlain yang dipercayai dapat melegakan demam.


Khazanah intelektual untuk bangsa
PERWATAKANNYAadalah perkara yang paling sentimental dan kekal dalam ingatan merekayang pernah mendekati tulisannya. Kita tidak perlu bertemu dengannyauntuk merasakan aura intelektual dan keilmuan sepanjang waktu-waktuyang tidak menentu.
Segera realisasikan penubuhan konsortium Felda, Risda, Felcra

SYOR Datuk Seri Najib Tun Razak agar Felda, RISDA dan Felcra bergabung dengan menubuhkan konsortium bagi memajukan industri hiliran wajar diberi perhatian serius oleh ketiga-tiga agensi perladangan terbesar negara.

Penggabungan yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri itu bukannya menyatukan ketiga-tiga agensi berkenaan tetapi ia lebih ke arah membentuk satu jaringan kerjasama ekonomi di bawah konsortium.

Ketika mencetuskan idea itu, Perdana Menteri tentu sekali mengambil kira peranan dan hala tuju ketiga-tiga agensi itu selepas berpuluh tahun penubuhan terutama dari segi manfaat kepada golongan peneroka, projek-projek yang dilaksanakan dan sebagainya.

Walaupun kemampuan agensi-agensi itu sudah teruji termasuk dari segi keuntungan dan kemampuan membayar dividen tinggi kepada peneroka, tetapi gabungan Felda, RISDA dan Felcra di bawah satu konsortium boleh meletakkannya menjadi jenama yang hebat.

Dengan gabungan modal, pengalaman dan kemahiran, konsortium yang bakal diwujudkan nanti boleh merintis usaha memajukan pelbagai industri hiliran berkaitan pertanian.

Selain membina kilang baja seperti contoh yang diberikan oleh Najib, konsortium berkenaan tidak mempunyai masalah untuk membina lebih banyak kilang berasaskan pertanian seperti kilang makanan ternakan, kilang racun tanaman dan lain-lain lagi.

Perdana Menteri tentunya tidak mahu bidang kerjasama melalui konsortium itu hanya terbatas setakat di dalam negara.

Dengan sumber bahan mentah yang pelbagai, tanah luas, modal, tenaga mahir dan pengalaman yang dimiliki, sebenarnya konsortium itu mempunyai peluang cerah untuk berkembang sebagai satu pemaju industri hiliran terkemuka termasuk di luar negara.

Melalui pengeluaran sendiri misalnya baja, racun dan bahan-bahan pertanian, ketiga-tiga agensi itu bukan setakat dapat menjimatkan kos pembelian bahan mentah untuk kegunaan sendiri tapi dapat pula memasarkan produk mereka untuk pasaran tempatan atau eksport.

Najib sendiri berpendapat banyak projek industri hiliran dapat dilaksanakan secara kerjasama antara ketiga-tiga agensi berkenaan termasuk dalam pengurusan ladang dan kilang. Lagi pula, projek-projek membabitkan agensi itu lazimnya mempunyai persamaan dan tidak sewajarnya ia dijalankan secara berasingan.

Hendak seribu boleh, tidak hendak seribu dalih. Perdana Menteri telah membuka jalan dan kini terserah kepada ketiga-tiga agensi itu untuk merintis laluan ke arah merealisasikan usaha penubuhan konsortium tersebut.

Walaupun idea mengenai penubuhan konsortium itu baru dicetuskan, namun rakyat mungkin mengharapkan agar ia dapat direalisasikan segera. Kita tentunya berbangga jika satu hari nanti, banyak jenama produk pertanian terkenal muncul hasil pengeluaran dari kilang-kilang milik bersama konsortium Felda, RISDA dan Felcra.

Jika Perdana Menteri sudah membuka laluan, tiada sebab untuk ketiga-tiga agensi perladangan terbesar negara ini untuk menolak cabaran itu dan ia boleh direalisasikan atas semangat Malaysia Boleh!