Adab berbeza pendapat
Mursyidul Am Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat adalah antara tokoh besar Pas yang lantang membuatkenyataan-kenyataan keras terhadap UMNO dan para pemimpinnya.

Masa paling sesuai untuk berubah, bersatu
IBARAT pertunangan yang tak jadi, hantaran telah ditempah, rombongantelah siap sedia, pihak lelaki sudah menyatakan hasrat yang terpendammanakala pihak perempuan pula sudah menyatakan kesudian untuk menerima.Tetapi disebabkan tentangan 'bakal bapa mertua' dan sanak saudara makapertunangan dibatalkan. Begitulah dibaratkan apa yang berlaku tentangkerajaan perpaduan baru-baru ini.

Kenapa tunggu jika pendidikan seks perlu!
APA sikap anda terhadap pendidikan seks? Apakah anda menganggapnyasebagai sesuatu yang lucah maka ia tidak perlu disebut langsung apatahlagi ditulis? Atau anda merasakan ia sebagai satu keperluan apatah lagidalam keadaan masyarakat hari ini?

BISIK-BISIK
LANGKAH kerajaan mengembalikan tanggungjawab pengeluaran sijil HalalMalaysia daripada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC) kepadaJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuat kuasa serta-mertaadalah satu langkah yang amat baik.

Elak jurang lebih besar
JIKAtidak salah, tidak ada mana-mana negara di dunia yang menggunakanselain bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistempendidikan mereka.

Cadangan mantapkan BI sebagai persediaan pelajar ke IPT
PENGUMUMAN kerajaan untuk memansuhkan PPSMI tidaklah sesuatu yangmengejutkan, berikutan tentangan yang telah diberikan oleh pelbagaipihak. Ia bukan satu keputusan mudah bagi kerajaan tetapi cukup besaruntuk membuktikan bahawa kerajaan memang mendahulukan rakyat.

Tulisan karya Adam Kadir versatil
SEMALAM, Khamis 9 Julai, mantan Perdana Menteri telah melancarkan duabuah buku karya mantan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir.Penulis dan dua buku berkenaan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Peristiwa dan amalan di bulan Rejab
BULAN Rejab, bulan ketujuh mengikut susunan kalendar Islam telahmencatatkan satu sejarah yang amat penting apabila Allah Taala telahmemerintahkan umat Islam mengerjakan solat lima kali sehari semalam.







Penggunaan bahasa keluarga memudahkan pelajar berfikir
ANGKAHkembali kepada penggunaan bahasa Malaysia dalam proses pengajaran danpembelajaran Sains dan Matematik dilihat sebagai keputusan adil kepadasebahagian besar murid terutama yang bahasa pertuturan mereka bukanbahasa Inggeris.

Minda Pengarang: Sokong tambah guru pakar tingkat bahasa Inggeris
SALAH satu kelemahan ketara dalam dasar Pengajaran dan PembelajaranSains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) selama enam tahunpelaksanaan ialah kekurangan guru mahir berbahasa Inggeris.

Ekonomi berteras kreativiti, inovasi
PENGUMUMANPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pendekatan baru bagimeningkatkan daya saing Malaysia sebagai pusat pelaburan, pada masasama menggalakkan pemilikan berkesan serta berkekalan ekuiti Bumiputeradalam sektor korporat, perlu difahami dalam konteks persekitaran baruekonomi global.

Cakap-cakap
KEJAPgaduh, kejap kawan, kejap lawan. Yang mana satu cakap yang boleh pakaini? Mamat cuma sekadar tak mahu keliru. Isunya ialah perbalahan yangkita lihat antara Pas dan DAP di Kedah







Nasib keturunan Afghan di Xinjiang
Memiliki ciri fizikal masyarakat Afghanistan, etnik Uighur di Xinjiang,China, sering berdepan dengan konflik antara agama di wilayah yangdigelar laluan emas itu. Rusuhan terbaru yang mengorbankan 156 adalahbuktinya.


Ritual batu kura-kura purba
Ramai pelajar percaya batu purba yang berada di Temple of Literature,Hanoi itu mampu memberi tuah kepada mereka untuk lulus dalampeperiksaan.
Elak jurang lebih besar

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

JIKA tidak salah, tidak ada mana-mana negara di dunia yang menggunakan selain bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan mereka.

Malah, negara-negara seperti Jepun, Perancis, Rusia dan Korea juga menggunakan bahasa ibunda masing-masing untuk mencapai status negara maju seperti ketika ini.

Perkara ini pastinya berkait rapat dengan kefahaman asas sesuatu ilmu terutamanya Matematik dan Sains yang perlu dikuasai menggunakan bahasa yang difahami oleh anak bangsanya.

Maksudnya dalam sistem pendidikan negara, ia seharusnya menggunakan bahasa Malaysia atau bahasa ibunda kaum-kaum utama lain.

Barangkali kerana itu juga, sejak PPSMI dilaksanakan pada 2003, dasar pendidikan ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada banyak pihak.

Ketika ramai melihat ia merupakan langkah terbaik dalam memperkasakan bahasa Inggeris, lebih ramai pula menilai pelaksanaannya memperjudikan masa depan generasi muda dan jati diri serta identiti bangsa.

Penilaian itu dibuat berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak sama ada ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi-organisasi lain.

Sekurang-kurangnya 46 kajian mengenai pelaksanaan dasar PPSMI dijalankan sepanjang enam tahun pelaksanaannya dengan rata-rata hasil dapatan memberikan maklum balas yang kurang memberangsangkan.

Penggunaan bahasa Inggeris juga menunjukkan penguasaan Matematik dan Sains di peringkat asas di kalangan pelajar-pelajar semakin lemah.

Perkara ini turut memberi kesan terhadap pencapaian pelajar terutamanya pelajar Melayu dalam peperiksaan UPSR yang semakin merosot.

Dalam gambaran yang lebih luas, pencapaian pelajar Malaysia dalam bidang Matematik dan Sains tidak lagi kompetitif di peringkat antarabangsa.

Perkara ini telah terbukti apabila kedudukan pencapaian pelajar Malaysia berada di tangga ke-20 berbanding Singapura dan China yang masing-masing berada pada kedudukan pertama dan kedua tahun lalu.

Maka, ia secara tidak langsung membuktikan bahawa strategi PPSMI sebenarnya adalah tidak sesuai.

Kerana itu juga ramai yang beranggapan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI menjelang 2012 adalah langkah yang wajar.

Semestinya, keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI turut mengambil kira kajian yang dilakukan yang antara lain memberikan dapatan yang konsisten serta data-data yang meyakinkan.

Namun bagi pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, kerajaan sebenarnya bertindak bijaksana dengan pemansuhan PPSMI itu apabila mendengar keluhan rakyat dan memberikan perhatian serta membetulkannya mengikut kesesuaian.

Menurut beliau, kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak itu sewajarnya dipandang dengan serius kerana ia memberikan gambaran sebenar kepada sejauh mana kejayaan pelaksanaannya.

Antaranya berkaitan implikasi terhadap jurang pencapaian pelajar yang semakin melebar berasaskan etnik, lokasi sekolah dan jenis aliran pendidikan.

Adalah diyakini, sekiranya dasar PPSMI diteruskan, jurang tersebut di kalangan masyarakat akan bertambah besar.

Jika tidak dimansuhkan, jurang pencapaian akademik itu akan membawa kepada jurang ekonomi dan status kehidupan pada masa depan.

Anuar menambah, data-data pencapaian akademik juga menunjukkan PPSMI turut meningkatkan jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar.

Ini secara tidak langsung dilihat membina jurang antara pelajar Melayu dan bukan Melayu.

''Kesannya sangat buruk dan boleh membahayakan generasi dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang," ujar Anuar.

Bagaimanapun keputusan memansuhkan PPSMI itu pastinya tidak sesekali turut memansuhkan hasrat semua pihak untuk melihat bahasa Inggeris terus diperkasakan.

Hakikatnya, kepentingan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara tidak pernah dinafikan oleh sesiapa. Hatta oleh kumpulan yang sebelum ini lantang menentang PPSMI sekali pun.

Tanpa penguasaan bahasa Inggeris, masyarakat Malaysia akan ketinggalan dalam persaingan yang menjurus kepada era teknologi dan informasi ketika ini.

Malah kepentingan bahasa Inggeris juga semakin dirasakan di peringkat tempatan terutamanya di kalangan pelajar-pelajar Melayu.

Mereka berasa ketinggalan berbanding rakan-rakan lain yang menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekurang-kurangnya untuk tujuan berkomunikasi.

Begitu juga untuk tujuan akademik dan penyelidikan yang mana kebanyakan bahan rujukan adalah dalam bahasa Inggeris.

Cabaran lebih besar menanti pelajar-pelajar ini apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan terutamanya dalam sektor swasta.

Kemahiran berbahasa Inggeris dengan baik bukan lagi pilihan lagi jika mereka merancang untuk melangkah lebih jauh.

Kerana itu juga ramai yang memberikan reaksi positif kepada cadangan kerajaan untuk mewajibkan syarat lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.

Alternatif-alternatif seperti yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran dalam menggantikan dasar PPSMI juga dilihat sebagai satu langkah penyusunan semula yang boleh diterima oleh seluruh masyarakat.

Langkah menambah guru dan waktu mengajar serta membawa guru dari luar misalnya, lebih efisien dan dicadangkan oleh banyak pihak.

Sebagai tambahan, Anuar turut mencadangkan supaya dijayakan program pembudayaan bahasa Inggeris melalui pembacaan, penulisan dan pertuturan.

Ia mencakupi dalam bidang kokurikulum, pertandingan antara sekolah atau interaksi harian antara pelajar dan guru serta program-program lain.

Apa yang lebih utama tambah Anuar, fungsi bahasa Inggeris seharusnya tidak sekadar menjadi mata pelajaran untuk peperiksaan.

Tetapi harus menjadi bahasa perhubungan dan dituturkan secara lebih meluas dalam perhubungan harian di sekolah.

Seperkara yang turut perlu diberi perhatian oleh kerajaan ialah isu kemahiran di kalangan guru-guru.

Menurut Anuar, masih terdapat ramai guru yang tidak dapat menguasai kemahiran berbahasa Inggeris dengan baik terutamanya dalam pertuturan.

''Jika guru sendiri memandang sepi usaha dan kepentingan bahasa Inggeris, kita sebenarnya tidak banyak bergerak ke hadapan," ujar beliau.

Dalam menilai PPSMI juga, antara perkara yang sering menjadi perdebatan ialah ialah kemampuan bahasa Malaysia sebagai bahasa teknologi.

Perkara ini turut mendapat perhatian pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya. Dr. Mohd. Noor Yazid.

Menurut beliau, kemampuan bahasa Malaysia dalam melahirkan ramai profesional di kalangan anak tempatan terutamanya orang Melayu tidak wajar dipertikai.

Beliau mengambil contoh sistem pendidikan di universiti pada awal 70-an yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar.

Ketika itu katanya, tidak timbul isu kesukaran pelajar-pelajar tercicir atau berdepan kesukaran menguasai bidang kritikal seperti kejuruteraan dan perubatan.

Sebaliknya, mereka dapat menyesuaikan diri dengan istilah-istilah teknologi bahasa Inggeris kerana asas-asas bahasa itu sudah dikuasai menerusi kefahaman menerusi bahasa Malaysia.

''Apa yang penting di sini ialah kefahaman di peringkat awal yang mana bahasa Malaysia seharusnya menjadi bahasa pengantar kerana ia lebih dikuasai dan difahami oleh pelajar," ujar beliau.
Cadangan mantapkan BI sebagai persediaan pelajar ke IPT

PENGUMUMAN kerajaan untuk memansuhkan PPSMI tidaklah sesuatu yang mengejutkan, berikutan tentangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak. Ia bukan satu keputusan mudah bagi kerajaan tetapi cukup besar untuk membuktikan bahawa kerajaan memang mendahulukan rakyat.

Oleh kerana pada masa yang sama, langkah-langkah untuk memperkasakan bahasa Inggeris juga telah dibentangkan, maka seperti yang dikatakan oleh Prof. Ungku Aziz, keputusan tersebut dapat memuaskan hati semua pihak. Satu pihak mahu bahasa Melayu dimartabatkan, dan satu pihak lagi mahu melihat peningkatan di dalam penguasaan bahasa Inggeris (BI).

Salah satu hujah yang selalu kedengaran bagi golongan yang mahu PPSMI ini diteruskan ialah masalah pelajar-pelajar daripada alam persekolahan ke peringkat universiti.

Kebanyakan daripada bahan-bahan rujukan masih lagi di dalam bahasa Inggeris bertahap tinggi dan agak sukar bagi pelajar-pelajar yang hanya berkelulusan MUET dan Bahasa Inggeris SPM, yang langsung tidak diiktiraf IPT tempatan, apatah lagi di luar negara.

Ini merupakan salah satu penyumbang kepada pencapaian pelajar-pelajar IPT kita yang 'sederhana', khususnya golongan Bumiputera, terutamanya di dalam bidang-bidang sains dan teknologi.

Jawapan kerajaan terhadap hujah di atas ialah dengan memantapkan Bahasa Inggeris (BI) itu sendiri di peringkat persekolahan, dengan menambahkan contact hours, bilangan guru serta pendedahan istilah sains dan teknologi. Di sini izinkan saya memberikan beberapa cadangan.

Tidak perlu bagi Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menterjemahkan segala-galanya ke dalam bahasa Melayu. Istilah-istilah teknikal/saintifik "universal" perlu dikekalkan, atau setidak-tidaknya di masukkan juga di dalam buku-buku teks sebagai "nota kaki" bagi memudahkan pelajar-pelajar membuat rujukan kelak.

Untuk memantapkan lagi penguasaan mana-mana subjek, pelajar-pelajar perlu mengaplikasikan apa yang telah diajar di sekolah, bukan sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja. Dalam kes penguasaan sesuatu bahasa, tidak ada cara yang lebih berkesan selain daripada menggunakannya. Memperkenalkan ujian lisan, persembahan-persembahan teater/drama, debat dan pidato sebagai cabang kurikulum, dari peringkat rendah secara berterusan dapat memantapkan lagi penggunaan bahasa tersebut. Pengajaran secara 'monolog' yang berlebihan perlu dihentikan.

Soalan-soalan peperiksaan BI sama ada ujian bulanan, penggal, semester atau tahunan wajar merangkumi bidang sains dan teknologi, dan tidak tertumpu kepada nahu, sastera dan hal-ehwal semasa sahaja.

Ketika ini, hanya BI yang merupakan satu-satunya subjek di dalam peperiksaan SPM yang "tidak laku" untuk syarat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Pelajar-pelajar yang ingin ke luar negara perlu mengambil peperiksaan IELTS, manakala bagi yang mendapat tempat di IPT terpaksa mengambil MUET.

Sudah sampai masanya bagi Kementerian Pelajaran untuk menaikkan kembali status BI ke tahap yang setaraf dengan negara-negara membangun yang lain.

Akhir sekali, demi masa depan anak-anak kita yang bakal mewarisi negara ini, semua pihak perlu berhenti mempolitikkan soal-soal pendidikan, sebaliknya bekerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab untuk bersama-sama berganding bahu memperkasakan perkara yang sensitif ini.

Bagi pihak Kementerian Pelajaran pula, diharap pada masa-masa akan datang dapat membuat pertimbangan dan persiapan secara menyeluruh lagi terperinci, sebelum melaksanakan sesuatu dasar yang membabitkan kepentingan generasi akan datang, yang bakal menggalas amanah untuk mentadbir negara kita yang tercinta ini.

Dr. Faizal Tajuddin

Pasir Salak, Perak
Tulisan karya Adam Kadir versatil

SEMALAM, Khamis 9 Julai, mantan Perdana Menteri telah melancarkan dua buah buku karya mantan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir. Penulis dan dua buku berkenaan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Sebelum mencapai puncak kerjayanya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara, Adam telah melalui serentetan kerjaya yang pelbagai ragam. Beliau pernah dilantik sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam Kumpulan Pernas, Ahli Dewan Rakyat, Setiausaha Parlimen dan sebelum itu sebagai pegawai di Bank Negara dan akhirnya mencapai kemuncak sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

Dari zaman remaja hingga umurnya meningkat separuh usia, Adam menempah nama sebagai sasterawan yang menulis novel dan cerpen serta skrip drama.

Keistimewaan dua bukunya yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam masing-masing ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Buku yang berjudul ISU: Ekonomi, Politik, Sosial dan Budaya mengandungi 111 artikel yang pernah tersiar dalam kolum mingguannya di Utusan Malaysia. Yang satu lagi berjudul Sense of Proportion merupakan kumpulan artikelnya yang pernah tersiar di dalam akhbar The Edge.

Kedua-dua buku berkenaan membuktikan bahawa Adam Kadir adalah seorang cendekiawan, penulis Melayu yang benar-benar mempunyai keupayaan dwi-bahasa.

Beliau juga mempunyai kebolehan yang istimewa menulis dalam bahasa Inggeris tentang hal ehwal korporat di serata tempat, tentang pasaran bersama Eropah, ASEAN, WTO, AFTA, NAFTA, EFTA dan SAFTA. Huraiannya juga cukup menarik mengenai politik antara kaum di Malaysia, tentang politik antarabangsa di serata dunia, tentang pencerobohan Bush ke atas Iraq serta tentang hubungan Lee Kuan Yew dengan Yusof Ishak.

Sama ada berkarya dalam bahasa Melayu atau pun bahasa Inggeris, tulisan Adam Kadir senantiasa sedap dibaca, merangsang minda dengan persoalan-persoalan yang polemikal dan sekali gus memenuhi tuntutan-tuntutan estetika dengan langgam bahasa yang menarik, idiomatik dan kadang-kadang puitik.

Ayat-ayatnya pendek dan jelas. Kadang-kadang suka menyindir. Beliau mempunyai kemahiran menjelaskan perkara-perkara yang kompleks dan abstrak dalam bahasa yang mudah difahami.

Kedua-dua buku yang dilancarkan Tun Mahathir itu mengandungi buah fikiran Adam yang meliputi aspek-aspek ekonomi, politik, sosial dan budaya, adalah antara bukti-bukti yang menggambarkan versatility Adam.

Sebagai seorang penulis beliau bukan sahaja mempunyai mata pena yang tajam, tetapi juga memiliki minda yang peka terhadap pelbagai persoalan di luar negara atau di kampung halaman. Dengan nada seakan-akan menyindir Adam melihat dan mencatat aspek-aspek "Kota London yang sudah penat."

Dengan nada nostalgia, beliau mengingatkan kita tentang nasib "Kampung Baru yang tidak baru lagi" yang sudah menjadi ibarat kampung setinggan di halaman bangunan KLCC yang megah tersergam.

Artikel Kota London yang sudah penat dan artikel Kampung Baru yang tidak baru lagi mempunyai persamaan dari segi kepekaan Adam melihat proses perubahan yang melibatkan tempat, masa dan manusia. Tetapi secara tersirat beliau memberi penilaian yang berbeza terhadap sebab dan akibat proses perubahan yang dialami Kampung Baru di Kuala Lumpur dan bandaraya London di Great Britain itu.

Adam seolah-olah berhujah atau menyindir bahawa Kampung Baru terabai dan terbengkalai kerana pemimpin politik dan pegawai tadbir yang cuai, manakala London menjadi penat akibat keangkuhan satu kuasa yang sudah kehilangan glori.

Perbezaan penilaian Adam terhadap kenapa London menjadi 'penat' dan kenapa Kampung Baru tidak baru lagi, saya anggap sebagai satu manifestasi daripada semangat nasionalisme dan yang masih terpendam dalam dada Adam. Dan semangat yang sedemikian, khususnya sentimen anti imperialisme dapat kita kesan dalam artikel-artikel yang merujuk kepada keserakahan kuasa-kuasa imperialisme di Iraq, Afghanistan dan Palestin.

Artikel pada halaman 196 yang berjudul Bush Patut Alami Nasib Milosevic memperlihatkan lagi kemarahan Adam terhadap presiden sebuah kuasa besar yang zalim dan kejam.

Versatiliti Adam sebagai seorang cendekiawan selanjutnya dapat kita lihat daripada keragaman subjek atau tajuk yang dibincangkannya. Dengan imaginasi dan daya kreatif yang mengagumkan, beliau memberi versi baru tentang kisah Si Luncai dan Mat Jenin, di samping bercerita tentang Edward Kenneddy dan Teddy Rooselvelt, Lyndon Johnson dan George Bush.

Beliau mengingatkan kita tentang kekejaman tentera Amerika di Vietnam dalam tahun 1960-an, khususnya peristiwa penganiayaan penduduk kampung di My Lai. Senada dengan itu dirujuknya pula kezaliman dan penganiayaan yang berlaku di penjara Abu Gharib, lebih kurang 40 tahun kemudian.

Mengenai isu-isu dalam negara, minatnya terentang daripada persoalan menggubal istilah-istilah baru dalam bahasa Melayu hinggalah kepada peranan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri dalam memerangi rasuah. Tidak syak lagi, Adam adalah seorang tokoh kebangsaan yang cemerlang dalam berbagai-bagai bidang, versatile, bilingual serta kreatif dan analitikal.

Datuk Dr. Firdaus Abdullah ialah Felo Penyelidik Kanan (Pelawat) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Peristiwa dan amalan di bulan Rejab

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

BULAN Rejab, bulan ketujuh mengikut susunan kalendar Islam telah mencatatkan satu sejarah yang amat penting apabila Allah Taala telah memerintahkan umat Islam mengerjakan solat lima kali sehari semalam.

Berbanding dengan ibadat lain seperti zakat, puasa dan menunaikan haji - perintah bersolat telah diterima secara langsung oleh Rasulullah SAW dan ia berlaku ketika baginda menjadi tetamu Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab (tahun ke 11 baginda dilantik sebagai Rasul).

Rasulullah menerima perintah itu ketika berada di Sidratul Muntaha iaitu perhentian terakhir baginda ketika naik ke langit bertemu dengan Allah.

Perintah yang diterima sejak 1,430 tahun lalu itu kemudian terus diamalkan sehingga hari ini. Solat dilakukan sama ada secara berjemaah mahu pun bersendirian - tetapi masih terdapat umat Islam langsung tidak mahu menunaikan ibadat tersebut.

Bagi umat Islam pula Rejab merupakan bulan suci kerana di dalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj iaitu peristiwa perjalanan malam Rasulullah dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa (Israk) dan kemudian baginda naik ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha (Mikraj).

Selain peristiwa Israk Mikraj, bulan Rejab turut mencatatkan beberapa peristiwa hijrah pertama para sahabat ke Habsyah (Ethiopia). Antara sahabat yang terlibat dengan hijrah itu ialah Saidina Uthman ibn Affan r.a dan isterinya Ruqayyah iaitu anak Rasulullah. Penghijrahan itu bertujuan menyelamatkan akidah di samping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.

Peperangan Tabuk juga berlaku pada bulan Rejab iaitu pada tahun kesembilan hijrah. Peperangan ini menguji umat Islam kerana ia berlaku pada musim panas. Dengan pertolongan Allah SWT, tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

Bulan Rejab juga mencatat sejarah kelahiran Imam As-Syafie atau nama penuhnya Muhammad Idris. Tokoh ini lahir pada 150H pada bulan tersebut. Beliau adalah salah seorang daripada empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie.

Dalam bulan Rejab juga iaitu pada 27 Rejab 583H, panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi berjaya membebaskan kota suci Baitulmuqaddis daripada tentera salib selepas dijajah kira-kira 60 tahun.

Dalam memperkatakan bulan Rejab, kita juga tidak akan terlepas daripada membicarakan fadhilatnya hingga ada yang beranggapan ibadat pada bulan ini diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain.

Bagaimanapun, terdapat ulama menyatakan bahawa tanggapan seperti itu tidak benar kerana hakikat pahala dan ganjaran yang disediakan kepada orang yang beramal soleh hanya Allah sahaja maha mengetahui. Sungguhpun begitu, Allah telah berjanji bahawa mereka yang berusaha meningkatkan keimanan kepada-Nya akan mendapat ganjaran sewajarnya.

Seperti mana bulan-bulan yang lain, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat dan berpuasa sunat adalah antara ibadat terbaik untuk dilakukan.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan memperbanyakkan amalan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Kita juga digalakkan memperbanyakkan zikirullah dengan cara membaca al-Quran, berwirid, bertahmid dan bertasbih.

Justeru, kedatangan bulan Rejab ini harus dimanfaatkan sepenuhnya. Dengan cara itu diharap dapat menjadikan kita sebagai insan yang bertakwa di sisi Allah.
Penggunaan bahasa keluarga memudahkan pelajar berfikir
Oleh Norliza Abdullah
rencanabh@bharian.com.my

Pengajaran subjek Sains, Matematik dalam bahasa ibunda bantu memahami konsep, prosedur pengajian

LANGKAH kembali kepada penggunaan bahasa Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dilihat sebagai keputusan adil kepada sebahagian besar murid terutama yang bahasa pertuturan mereka bukan bahasa Inggeris.

Ia memberi peluang saksama kepada mereka terutama yang tinggal di luar bandar dan penempatan Orang Asli menguasai kedua-dua mata pelajaran berkenaan dalam bahasa yang mudah difahami.

Menggunakan bahasa yang mudah difahami penting dalam proses menguasai sesuatu ilmu kerana kemahiran kognitif (berfikir) setiap individu bergantung kepada kefasihan serta kefahaman mereka dalam bahasa yang mudah difahami.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Profesor Emeritus Datuk Dr Isahak Haron, berkata dalam konteks pendidikan di Malaysia, bahasa Malaysia lebih relevan dijadikan bahasa pengantar untuk kedua-dua mata pelajaran ini.

Katanya, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diguna pakai sejak 2003, jelas menidakkan hak murid terutama yang tidak menguasai bahasa Inggeris dalam menguasai ilmu berasaskan teknologi moden itu dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Buktinya, pelaksanaan itu menjejaskan prestasi pelajar terutama apabila mereka berada di Tingkatan Dua yang menjadi sampel kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Berdasarkan kajian 59 negara, menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2004 dan 519 bagi 1999 iaitu penurunan sebanyak 34 peratus.

Berbanding kajian TIMSS pada 1999 mendapati prestasi pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains adalah antara yang tertinggi di kalangan 59 negara yang dikaji.

Beliau berkata, pada 2007 prestasi pelajar kita menjunam dan kemerosotan ini adalah tertinggi di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam TIMSS 2007. Kemerosotan itu sebahagian besarnya disebabkan kebanyakan pelajar sukar mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Katanya, pada 1999 dan 2003, pelajar mengikuti mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia. Mereka mudah belajar kerana masing-masing cekap dalam bahasa Malaysia dan guru mereka juga lancar mengajarnya dalam bahasa Malaysia. Jadi prestasi mereka dalam Matematik dan Sains baik.

"Sudah banyak kajian di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Eropah menunjukkan pentingnya bahasa ibunda atau bahasa keluarga (bahasa yang selalu diguna dalam keluarga) diguna untuk mengajar pelajar memahami konsep dan prosedur dalam Matematik dan Sains atau dalam mata pelajaran akademik lain.

"Penggunaan bahasa keluarga atau ibunda memudahkan pelajar berfikir dan memahami pelajaran. Kajian TIMSS menunjukkan pelajar yang menggunakan bahasa ibunda (bahasa keluarga) dalam pembelajaran Matematik dan Sains mencapai prestasi lebih tinggi berbanding pelajar yang menggunakan bahasa kedua atau bukan bahasa keluarga," katanya mengulas langkah kerajaan mengembalikan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah untuk dilaksanakan dalam bahasa Malaysia berkuat kuasa pada 2012.

Dr Isahak berkata, di Malaysia jelas menunjukkan bagaimana bahasa Cina yang diguna di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains (ditambah dengan pengajaran istilah dalam bahasa Inggeris) memberi kesan positif dalam meningkatkan prestasi pelajarnya dalam UPSR pada 2008 dan menurun peratus yang gagal.

"Kita harus bertanya, apakah sebab sebahagian besar pelajar luar bandar rendah penguasaan bahasa Inggeris? Tentu ada sebabnya iaitu sebahagiannya kerana kurikulum dan kaedah pengajaran bahasa Inggeris untuk pelajar ini kurang sesuai," katanya.

Beliau berkata, pendekatan Communicative English atau bahasa Inggeris komunikasi diguna untuk mengajar pelajar asing di United Kingdom (UK) dan AS yang dipelopori Widdowson pada 1970-an dijadikan asas dan pendekatan mengajar pelajar di sekolah rendah dan menengah di Malaysia bermula awal 1980-an.

"Usaha itu relevan sebagai pendekatan pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa asing kepada pelajar asing di UK atau AS. Bahasa Inggeris komunikasi diguna pelajar asing dalam konteks masyarakat di kedua-dua negara yang menggunanya sebagai bahasa kehidupan seharian dalam pertuturan dan komunikasi.

"Pendekatan itu kurang sesuai untuk mengajar pelajar di sekolah rendah luar bandar di Malaysia kerana bahasa berkenaan tidak digunakan di luar bilik darjah. Masing-masing hanya menggunakan bahasa berkenaan selama kira-kira sejam sehari lima hari seminggu, dalam kelas saja," katanya.

Dr Isahak dalam kajian ilmiahnya bersama empat pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, mengenai kesan pelaksanaan PPSMI di sekolah mendapati, 83 peratus daripada murid di semua penempatan seluruh negara meluahkan kesukaran mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris, walaupun mereka mempelajari subjek ini sejak 2003.

Hasil kajian itu juga mendapati 85 peratus murid melaporkan guru mereka mengajar Matematik dan Sains dengan menggunakan campuran bahasa Melayu dan Inggeris.

Guru mengambil inisiatif lebih menerangkan semula dalam bahasa Melayu dengan harapan muridnya yang lemah bahasa Inggeris memahami apa yang hendak disampaikan.

Kajian membabitkan murid dalam tiga kohort, iaitu pada Februari 2007 seramai 1,564 murid Tahun Lima di 27 sekolah rendah. Ini diikuti pada Julai juga 2007 membabitkan seramai 636 dari 13 sekolah rendah. Seterusnya Januari lalu, tinjauan dilaksanakan membabitkan murid 1,703 murid Tahun Lima di 28 sekolah rendah.

Selain kajian UPSI menunjukkan kegagalan PPSMI meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan Matematik, pengkaji lain sebelum ini juga menunjukkan hasil sama.

Terdahulu sekumpulan penyelidik juga dari UPSI diketuai Zainuddin Bikum pada 2004 juga menunjukkan hasil sama.

Antara pengkaji lain yang mengenal pasti kesan negatif pelaksanaan PPSMI ialah Prof Madya Hashimah Jalaluddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2003 dan Prof Juriah Long juga dari UKM menerusi dana penyelidikan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr Isahak berkata, konteks dan fungsi pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (atau bahasa asing) di Malaysia tentulah berlainan berbanding proses pengajarannya di UK atau AS.

"Kita perlu mengguna pendekatan lebih sesuai dengan konteks 'budaya' di Malaysia. Tentu sekali ada pendekatan alternatif lain dan sudah pun terdapat pendekatan lain mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa asing dalam konteks budaya lain," katanya.

Beliau menyarankan supaya kementerian mengguna dan menambah bilangan guru tempatan dan kukuhkan kecekapan mereka, tanpa perlu mengimport guru dari luar negara seperti UK, Australia dan AS mengajar pelajar kita kerana kosnya berganda selain mereka akan balik semula ke negara asal.

Kajian menunjukkan pelajar berlainan kebolehan perlu jangka masa berlainan untuk menguasai kecekapan berbahasa, termasuk bahasa Inggeris. Lebihkan masa dan banyakkan latihan untuk pelajar kita belajar bahasa Inggeris terutama pelajar di luar bandar.

Pelajar kita sudah pun berjaya belajar secara intensif pelbagai bahasa asing - Jepun, Arab, Korea, Perancis, Jerman dan Russia - untuk belajar di peringkat tinggi dalam pelbagai bidang di IPT di luar negara.
Minda Pengarang: Sokong tambah guru pakar tingkat bahasa Inggeris

SALAH satu kelemahan ketara dalam dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) selama enam tahun pelaksanaan ialah kekurangan guru mahir berbahasa Inggeris. Malah, ada guru dikatakan terpaksa membuat penjelasan dalam bahasa Malaysia ketika mengajar, kerana guru itu sendiri kurang memahami bahasa Inggeris dan murid pula tidak memahami bahasa asing itu, terutama pelajar luar bandar yang tidak menuturkan bahasa Inggeris di luar sekolah. Keadaan menjadi kekok sehingga ada pihak mendakwa dasar PPSMI sepatutnya dilaksanakan apabila segala kemudahan dipersiapkan terutama untuk melatih lebih banyak guru yang fasih berbahasa Inggeris. Namun, tempoh enam tahun pelaksanaan PPSMI yang akan dimansuhkan tiga tahun lagi, adalah terlalu singkat sebenarnya untuk mengukur kejayaan atau kegagalan PPSMI. Tetapi berdasarkan kajian oleh universiti tempatan dan badan antarabangsa, PPSMI tidak banyak membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris. Sebab itu, apabila Kabinet kelmarin memutus untuk memansuhkan PPSMI, ia memberi penekanan kepada usaha memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Berdasarkan reaksi pelbagai pihak, majoriti menyokong langkah kerajaan untuk memantapkan penggunaan bahasa asing itu. Antaranya ialah menambah seramai 13,933 guru bahasa Inggeris (BI) termasuk 1,000 dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

Malah, keutamaan akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik dalam BI. Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran BI melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai; pelajaran tatabahasa Inggeris diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI serta menyerapkan elemen sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran BI untuk mendedahkan murid dengan istilah berkaitan dalam bahasa Inggeris. Semua ini dilakukan dalam usaha kerajaan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan. Memandangkan penekanan diberi kepada BI selepas PPSMI dimansuhkan, mungkin sudah tiba masanya pula bagi kerajaan mewajibkan lulus subjek bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggambarkan kerajaan amat prihatin mengenai pentingnya penguasaan bahasa Inggeris yang amat baik untuk menentukan kita boleh bersaing dalam era globalisasi. Langkah ini juga mungkin boleh meredakan emosi golongan yang tidak menyokong pemansuhan PPSMI. Jika ada keperluan, tidak mustahil nanti kita boleh menubuhkan kolej khas bertaraf universiti untuk melatih guru khas bahasa sama ada bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, bahasa Perancis, Mandarin, Jepun, bahasa Indonesia dan bahasa lain di dunia ini, yang mungkin akan turut menarik minat pelajar dari serata dunia. Pelbagai cabang jurusan bahasa boleh diwujudkan seperti pengkhususan dalam bahasa Malaysia untuk sains merangkumi semua subjek Sains termasuk Matematik, bahasa teknologi maklumat (IT) dan sebagainya. Malah universiti bahasa ini juga boleh dibuka untuk pelajar diploma penterjemahan. Dengan itu, Malaysia boleh dijadikan pusat pendidikan atau hab bagi mengeluarkan guru pakar bahasa.
Ekonomi berteras kreativiti, inovasi

Oleh Dr Zaini Ujang

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pendekatan baru bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai pusat pelaburan, pada masa sama menggalakkan pemilikan berkesan serta berkekalan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, perlu difahami dalam konteks persekitaran baru ekonomi global.

Persekitaran itu sudah pasti ada kaitan dengan kemurungan ekonomi dunia, sekali gus memberi kesempatan untuk mengubah dasar lama supaya lebih berdaya saing dan lestari.

Antara lain, pengumuman Najib pada Persidangan Invest Malaysia 2009 baru-baru ini, membabitkan kelonggaran terhadap Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) dalam soal pembelian kepentingan, penggabungan dan pengambilalihan; kegiatan mendapat dana syarikat senaraian awam serta pembelian hartanah.

Sekali imbas, dasar itu nampak hanya terhad kepada sektor ekonomi. Banyak pihak mula berbincang beberapa isu membabitkan kepentingan Bumiputera dan tahap daya saing berbanding negara jiran rantau ini. Sudah pasti kaca mata politik kepartian turut digunakan untuk menilai kepemimpinan dan dasar Najib sebagai Perdana Menteri baru.

Biar apapun perspektifnya, namun ketara bahawa dasar baru itu mempunyai rasional yang memberi kesan langsung kepada corak pelaburan, bentuk industri dan jenis pemangkin ekonomi di Malaysia.

Kenapa kita memerlukan model ekonomi baru ketika ini? Pertama kerana model lama tidak lagi mampu menyediakan momentum baru kepada kemajuan ekonomi negara yang dirangka sejak lebih dua dekad lalu berasaskan persekitaran lama.

Kedua kerana kita memerlukan strategi dan pendekatan baru untuk menangani iklim ekonomi dunia merudum bermula dengan krisis kewangan di Amerika Syarikat. Natijahnya, banyak negara rakan niaga utama kita mengalami pertumbuhan negatif, termasuk Amerika Syarikat, Singapura dan Jepun menyebabkan pengurangan mendadak eksport barang dan perkhidmatan tempatan.

Ketiga kerana model baru ekonomi negara maju mengalami perubahan daripada industri konvensional kepada industri lestari. Secara fitrah, tidak semua krisis, pengurangan dan penguncupan ekonomi itu mendatangkan musibah. Pasti ada hikmahnya. Dari segi pembangunan dasar, ini adalah kesempatan terbaik untuk kita melakukan anjakan paradigma. Malah, menurut Najib, ini juga satu keperluan untuk terus maju dan berdaya saing.

Soalan kedua ialah apakah bentuk kreativiti dan inovasi yang perlu dimajukan untuk membentuk ekonomi model baru? Ketika ini banyak negara maju sudah melakukan anjakan paradigma untuk menjana nilai tinggi daripada kreativiti dan inovasi menggunakan paradigma lama kepada yang baru. Anjakan itu dilakukan bukan saja terhadap jenis dan bentuk industri atau perkhidmatan, malah terhadap sektor berkaitan secara holistik.

Penjanaan nilai tinggi menerusi kreativiti dan inovasi baru ini dirangka membabitkan tiga dimensi yang digabung secara sepadu, iaitu pertumbuhan ekonomi, tanggungjawab sosial dan keprihatinan ekosistem. Hal ini terangkum dalam banyak laporan dan pernyataan dasar seperti Laporan Stern 2007 di United Kingdom atau manifesto politik Presiden Barack Obama.

Tidak dinafikan banyak pihak sinis terhadap kreativiti dan inovasi untuk membangunkan paradigma baru ini. Malah, sesetengah pihak industri sendiri menyatakan kebimbangan bahawa paradigma itu akan meningkatkan kos pengeluaran dan seterusnya mengurangkan daya saing.

Namun demikian kita juga perlu faham bahawa perkembangan teknologi berasaskan kreativiti dan inovasi ketika ini hampir semuanya menjurus kepada pendekatan holistik. Mereka yang nampaknya seolah-olah berdalih, pada hemat saya, kerana strategi untuk melekakan pesaing masing-masing supaya beranggapan bahawa mereka masih iltizam dengan paradigma lama.

Secara tidak langsung kreativiti dan inovasi baru itu bukan saja menjana nilai tinggi iaitu kenderaan yang lebih menjimatkan penggunaan bahan api, bahkan mesra alam dengan harga jauh lebih murah. Selain itu, teknologi terbabit membolehkan Amerika Syarikat mengurangkan 30 peratus penggunaan bahan api dalam negara dengan penjimatan AS$45 bilion setahun.

Ini sekadar satu contoh penjanaan nilai tinggi menerusi kreativiti dan inovasi baru yang diperlukan untuk membolehkan Malaysia membangunkan model ekonomi baru seperti ditegaskan Najib.

Hal ini menjadi lebih kritikal menerusi pelbagai protokol dan perjanjian antarabangsa, khususnya perjanjian perdagangan antarabangsa WTO dan ketetapan multi lateral pasca Protokol Kyoto mengenai perubahan iklim global yang dijangka akan diputuskan di Copenhagen Disember ini.

Malaysia harus bersedia untuk menangani perubahan berkenaan menerusi model ekonomi baru melalui penjanaan nilai tinggi berasaskan kreativiti dan inovasi lestari. Seperti kata Najib, model baru itu adalah langkah kritikal untuk mengekalkan momentum mesra pasaran sekali gus boleh mencipta sumber pertumbuhan baru.

Prof Datuk Dr Zaini Ujang ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Cakap-cakap

KEJAP gaduh, kejap kawan, kejap lawan. Yang mana satu cakap yang boleh pakai ni? Mamat cuma sekadar tak mahu keliru. Isunya ialah perbalahan yang kita lihat antara Pas dan DAP di Kedah. Wakil tunggal DAP di negeri jelapang padi itu beriya-iya mengumumkan tindakan keluar daripada kerajaan Pakatan Rakyat. Ini berkaitan isu pusat pemotongan babi di negeri itu.

Semalam, kita baca bagaimana dua pihak yang bertegang urat ini sudah berbaik-baik pula. Kita diberitahu bahawa masalah sudah selesai dan mereka sudah berkawan semula. Mamat tengok episod ini seperti satu sandiwara yang dimainkan untuk tontonan umum. Betulkah mereka sudah berbaik semula atau ini hanya adegan demi pilihan raya kecil di Manek Urai?

Mamat - tak suka sandiwara.
Nasib keturunan Afghan di Xinjiang

Memiliki ciri fizikal masyarakat Afghanistan, etnik Uighur di Xinjiang, China, sering berdepan dengan konflik antara agama di wilayah yang digelar laluan emas itu. Rusuhan terbaru yang mengorbankan 156 adalah buktinya.




IA bermula dengan satu demonstrasi aman tetapi bertukar menjadi mimpi ngeri. Segala-galanya tercetus selepas etnik Islam Uighur di China menuntut penjelasan berhubung kematian dua pekerja kilang mainan dalam satu rusuhan di selatan negara itu bulan lalu.

Video-video yang disiarkan di Internet menunjukkan seorang wanita etnik Uighur beragama Islam dipukul sehingga mati oleh para pekerja yang majoritinya berbangsa Cina Han. Berikutan itu, negara kuasa besar Asia, China sekali lagi menjadi tumpuan media antarabangsa.

Di sekitar jalan di Urumqi yang terletak kira-kira 3,219 kilometer dari barat Beijing, kenderaan-kenderaan dibakar dan dimusnahkan.

Kota yang terletak di wilayah Xinjiang dengan populasi seramai dua juta orang itu sekali lagi menyaksikan tragedi pertumpahan darah ekoran ketegangan antara etnik.




Sebelum ini, Urumqi sering menjadi contoh keharmonian antara etnik oleh masyarakat China. Malangnya, insiden keganasan pada Ahad lalu secara tidak langsung menoktahkan keamanan yang dikecapi selama ini.

Lontaran batu berterbangan memecahkan tingkap-tingkap bangunan manakala mayat-mayat bergelimpangan di jalan raya, sekali gus mengingatkan warga China terhadap peristiwa hitam di Dataran Tiananmen pada tahun 1989 yang mengakibat banyak kematian selepas pihak berkuasa menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan para penunjuk perasaan.

"Lindungi Xinjiang!," jerit ribuan pegawai pencegah rusuhan dan polis bersenjata sewaktu mereka dikerah ke tempat kejadian untuk menenangkan keadaan.

Setakat ini, seramai 156 orang telah terkorban. Rata-ratanya terdiri daripada etnik Cina Han manakala lebih 828 yang lain cedera. Siasatan awal mengesahkan sebanyak 261 buah kenderaan telah dibakar melibatkan 190 buah bas, 10 buah teksi dan dua kereta peronda polis.




Turut musnah ialah 203 buah kedai dan 14 buah kediaman. Lebih daripada 1,400 orang suspek juga telah ditahan oleh pihak polis.

Angka kematian ini sekali gus melakar sejarah keganasan etnik terburuk di China sejak berakhirnya Revolusi Budaya 1966-1976.

Keganasan ini sebenarnya mungkin boleh dielakkan jika pihak berkuasa tidak bertindak keras terhadap peserta-peserta protes.

"Kemarahan ini sudah lama terpendam. Pada awalnya, ia hanya satu perhimpunan aman. Ribuan orang menjerit: 'Hentikan diskriminasi etnik! Kami perlukan penjelasan!' Ramai yang sudah letih menderita dalam senyap," kata Dilxat Raxit, jurucakap untuk Kongres Uighur Sedunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). Kongres yang diadakan di Sweden ini dihadiri oleh golongan pejuang hak etnik Uighur yang dibuang negara.

Di sebalik protes tersebut, ada pihak beranggapan rusuhan itu berlaku atas sebab lain. Antaranya, termasuk faktor perbezaan status ekonomi, budaya dan agama yang timbul sejak berdekad lalu.


BEBERAPA wanita Islam Uighur cuba menghalang kemaraan pasukan polis bersenjata.


Tahun ini merupakan tahun ke-60 kemasukan pasukan tentera China ke wilayah Xinjiang. Tindakan yang disifatkan oleh kerajaan Beijing sebagai 'kebebasan secara aman' ini telah menyuntik kemajuan dan pembangunan ekonomi kepada wilayah serba daif ini. Bagi China, wilayah Xinjiang merupakan laluan emas ke Asia Tengah.

Namun, majoriti penduduk berbangsa Uighur yang berjumlah lapan juta orang itu berpendapat ia bukan satu perkembangan positif. Mereka mendakwa dipinggirkan secara sistematik berikutan 'penghijrahan' orang Cina Han yang dilihat telah mengeksploitasi sumber-sumber gas asli, pertanian dan minyak di Xinjiang.

Xinjiang yang diambil alih oleh Empayar China pada abad ke-19 ini memiliki populasi berjumlah 19 juta orang. Sekitar tahun 1949, hanya enam peratus daripada keseluruhan penduduk Xinjiang adalah masyarakat Cina Han.

Hari ini, bilangan kelompok masyarakat ini telah meningkat kepada 41 peratus. Sebanyak 45 peratus pula terdiri daripada etnik Uighur. Memiliki ciri-ciri fizikal orang Afghanistan, sebilangan besar warga Uighur yang berasal dari puak Turkic ini juga beragama Islam.

Kumpulan tentera Uighur yang telah dibuang negara, mendesak agar sebuah wilayah bebas, Turkestan Timur ditubuhkan.

Lantas, tidak hairanlah apabila kerajaan China terus menuduh golongan 'terbuang' ini sebagai dalang di sebalik serangan pengganas bersiri terhadap orang-orang awam Cina sejak tahun 1990-an.


PROTES di Turki mendesak kerajaan China membebaskan etnik Uighur.


Dalam serangan pengganas pada 11 September 2001, AS bukan satu-satunya yang menerima impak besar. Malah, China juga menerima penangannya.

Menyifatkan diri mangsa keganasan antarabangsa, China mengklasifikasikan pergerakan puak pemisah Uighur sebagai kumpulan al-Qaeda versi China.

China mendakwa kumpulan militan Uighur seperti Parti Islam Turkestan dan Pergerakan Islam Turkestan Timur telah menerima latihan ketenteraan daripada kumpulan Taliban di Pakistan. Kedua-dua kumpulan militan ini telah disenarai hitam sebagai pengganas oleh Washington.

Bimbang akan keganasan yang bakal berlaku sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik Beijing pada tahun lalu, pihak berkuasa China telah bertindak menyerbu kem latihan kendalian Pergerakan Islam Turkistan.


KEDUDUKAN Xinjiang di China.


Sejak Xinjiang diambil alih oleh Parti Komunis pada tahun 1949, Presiden Mao Zedong pada ketika itu berhasrat untuk mengasingkan umat Islam berdasarkan latar belakang etnik dan bukan identiti sebagai Islam. Sepanjang Revolusi Budaya, identiti umat Islam terus terdedah kepada serangan bertalu-talu daripada kerajaan China.

Pada tahun 1966, poster-poster yang ditampal di sekitar Peking (kini Beijing) secara terbuka mendesak ajaran agama Islam dihapuskan. Umat Islam juga diharamkan mempelajari bahasa penulisan Arab.

Perubahan ini cukup kritikal kerana ia menambahkan jurang umat Islam daripada bahasa Arab yang juga bahasa al-Quran dan aspirasi Islam.

Ketika polisi Mao diperkenalkan, bilangan populasi umat Islam di negara komunis itu telah berkurangan sehingga 10 juta orang. Berdasarkan statistik populasi yang dikeluarkan pada tahun 1936, bilangan umat Islam di China dianggarkan berjumlah 48,104,240 orang.

Penghapusan sekitar 38 juta orang umat Islam yang begitu drastik tidak pernah dijelaskan oleh kerajaan Kuomingtang pada ketika itu. Walaupun begitu, rayuan sejumlah sami Tibet atau pejuang-pejuang demokrasi di Dataran Tiannamen telah mengurangkan penghapusan umat Islam China secara beramai-ramai.


WANITA-WANITA Uighur tidak terkecuali menghalang pihak polis dalam peristiwa ketegangan etnik di Xinjiang, China baru-baru ini.


China berkali-kali menabur janji manis dari aspek kebebasan kepada warga Uighur. Namun, ia hadir dengan syarat tertentu.

Imam-imam diwajibkan memperoleh lesen daripada kerajaan negeri. Penjawat awam termasuk guru pula diharam keras daripada bersembahyang di masjid ketika cuti sakit. Lebih teruk lagi, tiada sesiapa yang berusia 18 tahun ke bawah dibenar mempelajari sebarang ajaran agama Islam.

Ritual batu kura-kura purba

Ramai pelajar percaya batu purba yang berada di Temple of Literature, Hanoi itu mampu memberi tuah kepada mereka untuk lulus dalam peperiksaan.


PARA pelajar berdoa di rumah berhala Temple of Literature supaya lulus dalam peperiksaan.


PERARAKAN sekumpulan anak muda berterusan sepanjang tengah hari dalam suasana yang panas terik. Begitu juga mesej yang dibawakan oleh Phan Bich Hong.

"Tolong jangan sentuh kepala kura-kura!" teriak Hong, 20.

Dia merupakan salah seorang daripada pelajar sukarelawan yang berpakaian kemeja-T biru yang cuba melindungi 82 batu kura-kura purba di kawasan Temple of Literature, Hanoi.

Batu purba itu dipercayai telah membantu kepada kejayaan 1,307 graduan peperiksaan diraja sejak ratusan tahun lamanya di tapak universiti pertama Vietnam.

Pelajar moden zaman ini berkerumun menuju ke kuil tersebut dengan harapan batu kura-kura purba itu dapat meningkatkan peluang berjaya dalam peperiksaan negara yang bermula minggu ini.

Kementerian Pelajaran negara tersebut berkata, lebih sejuta calon dari seluruh negara akan menduduki peperiksaan tersebut untuk mendapat tempat di institut pengajian tinggi di Vietnam.

Berjaya

Hong berkata, ritual tahunan batu kura-kura purba itu bermula baru-baru ini.

"Semuanya mahu menyentuh kepala batu kura-kura itu kerana mereka fikir ia akan membantu mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan kelak," kata Hong di hadapan pavilion udara terbuka yang terdapat barisan 20 batu kura-kura dan batu bersurat yang kebanyakannya telah retak.


RAMAI pelajar di Vietnam percaya kepala kura-kura batu ini memberi ketenangan kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan.


"Kami cuba menasihatkan mereka supaya tidak berbuat demikian kerana bimbang ia akan merosakkan monumen berharga itu."

Selain mahu menyentuhnya, ada juga segelintir calon yang mahu duduk dan bergambar dengan batu purba tersebut.

Walaupun cuba dihalang, namun mereka tidak mengendahkannya dan terus menyentuh kepala batu kura-kura tersebut.

"Abang saya yang menyuruh saya melakukan perkara ini. Dia pernah ke sini untuk menyentuh batu kura-kura dan kemudian lulus dalam peperiksaan," ujar seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun itu.

Persaingan

Pelajar yang enggan memberitahu namanya itu berkata, dia berharap dapat diterima masuk belajar di Universiti Phuong Dong di Hanoi.

Lapangan di kuil tersebut mempunyai empat batu kura-kura besar dan batu bersurat serta dua batu kecil yang terletak di sebelah kolam ikan.

Batu bersurat berwarna kelabu itu mempunyai ukiran bahasa Cina kuno dengan karya-karya kesusasteraan dan membawa nama-nama Mandarin yang menganjurkan peperiksaan diraja sama seperti nama dan tempat kelahiran calon yang lulus cemerlang.

Plak di tapak tersebut mengatakan, kura-kura dianggap sebagai haiwan suci di Vietnam. Batu bersurat itu mula dibina pada tahun 1484 di bawah pemerintahan Maharaja Le Thanh Tong sebagai penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dalam kalangan generasi masa depan.

"Saya percaya ia membawa tuah kerana ia membantu saya berasa lebih tenang untuk menghadapi peperiksaan paling penting ini," kata Nguyen Hoang Lan, 18, yang merupakan anak seorang petani dari wilayah Hung Yen.

Pembelajaran adalah nilai paling tinggi dalam masyarakat Vietnam, tetapi rasa khuatir mengenai kualiti pendidikan tinggi semakin meningkat di negara komunis itu.

Universiti-universiti di Vietnam mungkin tidak kompetitif di peringkat global, tetapi terdapat persaingan dalam kalangan golongan muda Vietnam untuk memasukinya.

"Tahun lalu saya gagal, jadi saya harap kali ini tuah akan menyebelahi saya," ujar Nguyen Huong Lan, 19, selepas selesai berdoa di samping sekumpulan pelajar dan ibu bapa di kawasan kuil tersebut. - AFP


Memartabat BM, memantap BI
TEKS kenyataan akhbar Timbalan Perdana Menteri yang juga MenteriPelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai dasar memartabatkan bahasaMelayu, memantapkan bahasa Inggeris dan tawaran baru sistem pendidikanMalaysia di Putrajaya, semalam.

Keputusan wajar demi masa depan anak bangsa
KEPUTUSAN bahasa yang digunakan untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik telah dimuktamadkan.


Mengekal perdamaian Aceh
Bendera calon Presiden, Susilo Bambang Yudhoyono dan pasangannya, Prof.Dr. Boediono begitu banyak berkibaran di Aceh ketika penulismenjejakkan kaki kali kedua di bumi Serambi Mekah itu, baru-baru ini.

BISIK-BISIK
AWANGlega apabila isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik(PPSMI) ditangani dengan bijaksana, membolehkan usaha berkesan untukmemartabatkan bahasa Melayu tanpa mengetepikan kepentingan bahasaInggeris.

Merapatkan perbezaan di Manek Urai
WANMusa Wan Hussin yang mencecah usia hampir 60 tahun cukup seronok diajakberbual tentang musim pilihan raya yang muncul lagi di Manek Urai,khususnya di kampungnya - Chuchoh Puteri A.

Kegelisahan umat Islam etnik Uighur di China
KEGANASANpihak berkuasa China ke atas masyarakat Islam etnik Uighur di Urumchi,ibu negeri Xinjiang seolah-olah tidak menggambarkan hubungan Chinadengan sejarah dan negara-negara Islam.

Mengambil alih lebuh raya bukan penyelesaian
KEPUTUSAN Unit Perancangan Ekonomi (EPU) mengenai kajian kewangan semuasyarikat konsesi lebuh raya bertol di negara ini bagi kajianpenstrukturan semula sektor itu dijadualkan siap akhir Julai ini danseterusnya dibentangkan kepada Kabinet.

Rakyat sengsara bila pemerintah tidak adil
BENAR, bukannya senang menjadi pemimpin. Buktinya, banyak isu rakyatyang perlu mendapat perhatian pemimpin gagal diselesaikan oleh pihakyang digelar pemimpin untuk rakyat. Menuding jari kepada pihak lain danmengharapkan pihak lain untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul adalahsatu perbuatan yang tidak dapat diterima oleh rakyat.

SEHARI SEBUAH BUKU
BUKU ini mengupas mengenai konsep, teori dan pendekatan dalampembentukan sesebuah organisasi yang berkualiti serta berintegriti.Perbincangannya menyentuh tentang amalan berintegriti dalam pengurusanorganisasi termasuk dari sudut etika dan nilai yang boleh diamalkan.





Pemansuhan PPSMI kembalikan kebudayaan Melayu
RAMAIanak Melayu, Cina dan India berjaya dalam hidup, walaupun sebelum inimereka mendapat pendidikan dengan pengantar bahasa Melayu, termasukbagi subjek Sains dan Matematik. Bagi mereka, asalkan ada minat dankesungguhan, tiada masalah untuk memahirkan diri menggunakan bahasaantarabangsa itu.

Minda Pengarang: Penggunaan bahasa mudah difahami bantu proses pembelajaran
PERANCIS,Jepun dan China antara negara yang begitu bangga dengan bahasakebangsaan masing-masing. Ia menjadi prasyarat penting dalam apa jugaurusan yang membabitkan kepentingan negara sama ada dalam bidangperdagangan, perindustrian, bisnes, pendidikan sosial dan sebagainya,malah ia adalah bahasa komunikasi terpenting di negara-negaraberkenaan. Pelajar asing juga wajib mempelajari bahasa mereka jika mahumencari ilmu dalam sistem pendidikan negara berkenaan. Namun, merekatidak memandang ringan kepentingan bahasa lain, khasnya Inggeris keranasedar ia adalah bahasa komunikasi penting dunia dan bahasa ilmu. DiMalaysia, apabila Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik DalamBahasa Inggeris (PPSMI) mula dikuatkuasakan di sekolah pada sesi 2003,ia menimbulkan banyak reaksi. Matlamat kerajaan ialah untukmeningkatkan penguasaan bahasa asing itu dalam kedua-dua subjek pentingterbabit. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahasa Malaysia lebihrelevan dijadikan bahasa penghantar untuk kedua-dua mata pelajaranberkenaan. Banyak kelemahan, termasuk kekurangan guru yang mahirberbahasa Inggeris untuk menjayakan PPSMI yang memaksa ia dikajisemula. Selepas enam tahun, PPSMI gagal menunjukkan kejayaan, khasnyapencapaian murid dan pelajar di luar bandar.

100 hari pertama Najib membanggakan
SABTUini, 11 Julai 2009, genap 100 hari Datuk Seri Najib Razak menerajuikemudi negara yang sudah berusia kurang sebulan daripada 52 tahun
Pemansuhan PPSMI kembalikan kebudayaan Melayu

Oleh Jami'ah Shukri
jamia@bharian.com,my

Peredaran masa, usia pupuk minat serta kesungguhan pelajar dalam kuasai apa jua bahasa

RAMAI anak Melayu, Cina dan India berjaya dalam hidup, walaupun sebelum ini mereka mendapat pendidikan dengan pengantar bahasa Melayu, termasuk bagi subjek Sains dan Matematik. Bagi mereka, asalkan ada minat dan kesungguhan, tiada masalah untuk memahirkan diri menggunakan bahasa antarabangsa itu.

Oleh itu, mereka berpendapat peredaran masa dan usia akan menyebabkan pelajar itu sendiri semakin matang dalam penguasaan apa juga bahasa termasuk bahasa asing seperti Inggeris atau Perancis.

Terbukti ramai kalangan teknokrat, ahli akademik, usahawan, peguam, doktor dan banyak lagi yang berjaya dalam pendidikan serta kerjaya masing-masing meskipun bermula daripada pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada peringkat awal persekolahan.

Apabila kerajaan mula melaksanakan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada sesi persekolahan 2003, pelbagai reaksi timbul. Malah kajian demi kajian dilakukan, yang akhirnya lebih banyak menjurus kepada keperluan penggunaan bahasa Malaysia untuk mengajar dua subjek berkenaan.

Ada yang berpendapat biar sistem pendidikan memantapkan lagi pengajian subjek bahasa Inggeris itu sendiri dan subjek Sains dan Matematik kembali diajar dalam bahasa Malaysia. Berdasarkan hasil kajian, menggunakan bahasa yang mudah difahami adalah penting dalam proses menguasai sesuatu ilmu kerana kemahiran berfikir setiap pelajar bergantung kepada kefasihan serta kefahaman mereka dalam bahasa.

Keputusan Kabinet semalam untuk mengembalikan penggunaan bahasa Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dilihat sebagai keputusan bijak serta berpandangan jauh, di samping penekanan terus diberi untuk memantapkan bahasa Inggeris.

Dengan itu juga, polemik mengenai PPSMI bagi sekolah kebangsaan dan menengah yang diperdebatkan sejak pelaksanaannya pada 2003, berakhir dengan keputusan jemaah menteri itu. Sesungguhnya keputusan itu dapat mengembalikan semula identiti bangsa, semangat patriotik dan kebudayaan Melayu sebagai bahasa ilmu serta memperkasakan modal insan pelajar.

Malah ia melegakan banyak pihak khususnya, pejuang bahasa Malaysia, ahli akademik, guru, dan ibu bapa yang percaya bahasa Malaysia mampu membentuk jati diri anak bangsa dan pada masa sama, bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa masih mampu dikuasai apabila tiba masanya.

Ramai cendekiawan dan pakar dalam pelbagai bidang di negara ini yang mendapat pendidikan aliran Melayu sejak daripada awal dan berada dalam persekitaran Melayu mampu menjadi insan cemerlang dalam bidang masing-masing serta menguasai bahasa Inggeris.

Seorang daripadanya ialah Prof Madya Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Sahandri Ghani Hamzah, yang berpendapat peredaran masa dan usia akan menyebabkan pelajar semakin matang dalam penguasaan apa juga bahasa, termasuk bahasa Inggeris.

Katanya, secara automatik mereka dapat menguasai bahasa Inggeris apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sama ada pada peringkat kolej atau universiti.

Beliau berkata, kekuatan dan kecemerlangan seseorang pelajar, khususnya pada peringkat sekolah rendah dan menengah dapat dicapai jika mereka belajar dalam bahasa ibunda.

Katanya, pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sudah wujud kandungan yang kuat dan perjalanan pembelajaran boleh merentasi kurikulum itu sendiri yang akhirnya menjadikan murid mampu menguasai bahasa lain, termasuk Inggeris.

PPSMI dianggap gagal kerana ramai tidak memahami bahasa Inggeris dengan baik khususnya di luar bandar seperti kampung tradisional, Felda, Pulau dan Orang Asli serta murid di bandar yang tidak terdedah kepada bahasa Inggeris.

"Peringkat awal adalah masa untuk penerimaan, penguasaan dan kemahiran sesuatu bahasa. Jika pelajar tidak faham, ia akan menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar.

"Kemahiran menguasai bahasa Inggeris sama ada menulis, membaca atau berkomunikasi masih dapat dicapai apabila pelajar meningkat usia dan tahap persekolahannya," katanya yang terdedah kepada aliran sekolah Melayu sejak awal persekolahan, tetapi masih dapat menguasai dengan baik bahasa Inggeris selepas memasuki universiti.

Sementara itu, Pegawai Penyelidikan dan Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi, Saifuddin Kumar Abdullah mengakui pendedahan awal pendidikan di sekolah rendah dan menengah dalam aliran Melayu tidak akan menghalang seseorang untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Katanya, minat, pendedahan dan persekitaran adalah faktor penting yang membolehkan seseorang itu menguasai sesuatu bahasa dengan baik, termasuk bahasa Inggeris.

"Saya yang menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa percakapan setiap hari serta belajar di aliran sekolah Melayu di Jitra, Kedah, sejak di sekolah rendah dan menengah, masih mampu bercakap bahasa Inggeris kerana ada minat untuk mendalami bahasa itu.

"Malah saya adalah pelajar pertama bukan Bumiputera yang mengambil Diploma Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Kinta dan Pengajian Bimbingan dan Kaunseling di UPM dan hasilnya, saya menjadi pelajar cemerlang dalam kedua-dua kursus berkenaan.

"Walaupun keseluruhan pendidikan saya dalam aliran Melayu, saya juga mampu menjadi pelajar cemerlang dengan mendapat Kepujian Kelas Dua Atas ketika mengambil ijazah Pendidikan Bahasa Inggeris di Universiti Malaya (UM)," katanya.

Justeru, katanya, tiada alasan atau pertikaian perlu diperdebatkan kononnya pelaksanaan PPSMI dalam bahasa Inggeris akan meningkatkan kefahaman pelajar dalam bahasa itu.

Dalam konteks ini, Saifuddin berkata, kajian berkaitan PPSMI juga menunjukkan ramai pelajar yang gagal serta prestasi menurun dengan drastik apabila mereka terpaksa mengikuti PPSMI dalam bahasa Inggeris dan menunjukkan ia tidak sesuai dilaksanakan.

Sebenarnya, di situ adalah petunjuk Malaysia belum bersedia dan ramai masih tidak dapat menerima pelaksanaan itu.

"Masih banyak kelemahan perlu diperbaiki kerana ramai guru dan murid sendiri tidak mahir bahasa Inggeris.

"Jika ia terus dilaksanakan, pasti akan merugikan mereka. Sudah tiba masanya kita berhenti menuding jari menyalahi pihak lain berkaitan isu ini, sebaliknya perlu perbetulkan sebarang kelemahan supaya tidak semakin parah dalam melahirkan pelajar cemerlang," katanya.

Pakar Bedah Hospital Pakar Johor, Dr Mohamad Ismail Ali, yang dilahirkan sebagai anak Felda dan persekitaran Melayu dan bersekolah rendah dan menengah di aliran Cina iaitu di SJKC Chung Ching, Raub, Pahang pula, mendapati memang agak sukar dan janggal berbahasa Inggeris apabila dapat diterima masuk di Methodist Boys School, Kuala Lumpur.

Namun, katanya, persekitaran Methodist yang mengutamakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, akhirnya beliau dapat menguasai bahasa itu dengan baik dalam tempoh tiga bulan selepas membiasakan diri bercakap, membaca dan mengikut tuisyen dalam bahasa Inggeris.

"Saya fikir jika pada peringkat sekolah rendah dan menengah tidak mahir bahasa Inggeris, ia tidak bererti akan menyebabkan kita kecundang dan gagal dalam hidup. Ia akan dapat diperbaiki apabila mereka mengikuti pengajian lebih tinggi," katanya yang berasal dari Felda Mempaga 1, Bentong, Pahang yang kemudian melanjutkan pengajian dalam jurusan Perubatan di UM; Kepakaran Pembedahan di UM (Sarjana); Kepakaran Usus (Kolej School of Medical, London).
Minda Pengarang: Penggunaan bahasa mudah difahami bantu proses pembelajaran

PERANCIS, Jepun dan China antara negara yang begitu bangga dengan bahasa kebangsaan masing-masing. Ia menjadi prasyarat penting dalam apa juga urusan yang membabitkan kepentingan negara sama ada dalam bidang perdagangan, perindustrian, bisnes, pendidikan sosial dan sebagainya, malah ia adalah bahasa komunikasi terpenting di negara-negara berkenaan. Pelajar asing juga wajib mempelajari bahasa mereka jika mahu mencari ilmu dalam sistem pendidikan negara berkenaan. Namun, mereka tidak memandang ringan kepentingan bahasa lain, khasnya Inggeris kerana sedar ia adalah bahasa komunikasi penting dunia dan bahasa ilmu. Di Malaysia, apabila Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mula dikuatkuasakan di sekolah pada sesi 2003, ia menimbulkan banyak reaksi. Matlamat kerajaan ialah untuk meningkatkan penguasaan bahasa asing itu dalam kedua-dua subjek penting terbabit. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahasa Malaysia lebih relevan dijadikan bahasa penghantar untuk kedua-dua mata pelajaran berkenaan. Banyak kelemahan, termasuk kekurangan guru yang mahir berbahasa Inggeris untuk menjayakan PPSMI yang memaksa ia dikaji semula. Selepas enam tahun, PPSMI gagal menunjukkan kejayaan, khasnya pencapaian murid dan pelajar di luar bandar.

Paling nyata, pelaksanaan PPSMI menjejaskan prestasi pelajar, terutama apabila mereka berada di Tingkatan Dua yang menjadi sampel kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Berdasarkan kajian 59 negara itu, menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot. Hakikatnya ialah menggunakan bahasa yang mudah difahami adalah penting dalam proses menguasai sesuatu ilmu kerana kemahiran kognitif (berfikir) setiap individu bergantung kepada kefasihan serta kefahaman mereka dalam bahasa. Oleh itu, kita mengalu-alukan keputusan Kabinet semalam untuk mengembalikan penggunaan bahasa Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik yang dilihat sebagai keputusan adil kepada semua, bukan saja murid luar bandar dan pedalaman, malah murid yang bahasa pertuturan mereka bukan bahasa Inggeris. Kita yakin kerajaan membuat keputusan drastik itu bukan semata-mata atas desakan pejuang bahasa, sebaliknya selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar itu diperkenalkan. Kita juga menyambut baik langkah kerajaan yang turut memutuskan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris pada semua peringkat persekolahan dimantapkan lagi. Ini bermakna instrumen serampang dua mata itu menepati matlamat memperkasakan sistem pendidikan negara, sekali gus memastikan kepentingan pelajar sentiasa diberi keutamaan melebihi desakan politik dan pihak tertentu.
100 hari pertama Najib membanggakan

Oleh Abdul Rahman sulaiman

SABTU ini, 11 Julai 2009, genap 100 hari Datuk Seri Najib Razak menerajui kemudi negara yang sudah berusia kurang sebulan daripada 52 tahun.

Najib, 55, anak sulung Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April lalu, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas memimpin negara selama lima tahun.

Bagi Najib yang mengambil alih jawatan nombor satu negara dalam suasana yang cukup mencabar dengan krisis ekonomi global yang belum jelas penghujungnya dan ketika iklim politik negara masih belum reda ekoran Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lalu, beliau dijangka memperingati detik bersejarah itu bersama rakyat dalam perhimpunan khas di ibu negara.

Kira-kira 1,500 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat, keturunan dan peringkat umur dijangka akan bersama beliau dan anggota Kabinet serta pegawai tinggi kerajaan, pada acara itu yang bermula pada jam 10 pagi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Perdana Menteri dijadualkan berucap kepada khalayak tepat jam 11 pagi pada 11 Julai itu. Acara berkenaan akan disiarkan secara langsung oleh RTM. Beliau dijangka membuat beberapa pengumuman penting, di samping memperkukuhkan lagi azam dan iltizam yang sering beliau ulangi selama ini, iaitu untuk memenuhi sedaya mungkin setiap aspirasi dan kehendak rakyat.

Mesej dan isyarat yang rakyat tunjukkan melalui keputusan pilihan raya umum lalu yang memperlihatkan prestasi terburuk pernah dicapai parti pemerintah sejak merdeka diberi perhatian cukup serius bukan saja oleh Perdana Menteri secara peribadi, malah oleh seluruh anggota Kabinetnya yang beliau sendiri labelkan sebagai 'Kabinet Rakyat.'

Satu lagi petanda jelas mengenai kesungguhan beliau untuk menggerak dan memfokuskan seluruh tenaga rakyat dan kerajaan untuk memacu negara ke arah sebuah negara maju yang rakyatnya berpendapatan tinggi menjelang 2020 ialah pengenalan konsep '1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'

Secara umumnya, konsep berkenaan akan dijadikan teras pentadbiran beliau dalam tempoh satu dekad menjelang matlamat yang dituju.

Oleh kerana tempoh yang masih tinggal menjelang tahun keramat itu terlalu suntuk dan cuma boleh diliputi oleh dua rancangan pembangunan lima tahun atau dari segi politiknya dua pilihan raya umum, beliau percaya matlamat yang hendak dicapai itu sukar dipenuhi jika budaya kerja yang diamalkan di negara ini kekal seperti cara sedia ada.

Oleh itu, Perdana Menteri mengusulkan agar setiap pihak cuba merombak minda masing-masing untuk tidak lagi berurusan seperti biasa. Di bawah pentadbiran beliau, tidak ada lagi amalan 'business as usual'.

Sebaliknya, apa yang ditekankan ialah setiap tindakan, keputusan, program, rancangan, projek atau dasar yang mahu dilaksanakan bukan saja oleh kerajaan atau agensinya, malah juga oleh rakyat biasa, perlu melalui penilaian kritikal dan inovatif.

Semua ini memerlukan gerakan besar-besaran yang fokus dan berterusan. Beliau menamakan gerakan itu sebagai 'Transformasi Nasional'. Ada pihak memandang sinis inisiatif ini dengan menganggap bahawa apa yang Perdana Menteri cuba buat akan hanya tinggal sebagai retorik kosong yang tidak akan membawa sebarang perubahan seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Mereka yang mendendangkan nada sinis ini sebenarnya tidak berlaku adil kepada beliau. Setiap pihak tidak harus mudah lupa bahawa tatkala mula-mula mengambil alih tugas dulu, Perdana Menteri cuma meminta rakyat memberikannya peluang membuktikan kemampuan dan kejujuran beliau.

Kini peluang untuk menilai sama ada kesempatan yang diberikan itu � walaupun dalam tempoh yang secara relatifnya singkat � sudah digunakan dengan baik atau sebaliknya sudah tiba.

Penilaian ini perlu dibuat secara objektif tanpa dipengaruhi fahaman politik, pengaruh etnik atau sebarang unsur luaran yang tidak ada kena mengena dengan beliau sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Dalam hubung ini, Najib dan pasukannya perlu dilihat sebagai sebahagian daripada rakyat yang ditakdirkan Allah SWT sebagai pemimpin. Apa pun, pegawai bertugas dengan beliau mengakui bahawa pengalaman bertugas dengan Perdana Menteri sejak 100 lalu adalah satu pengalaman yang agak luar biasa.

Mereka tahu bahawa kuatnya beliau bekerja tanpa mengira masa dan kesihatan diri. Bak kata seorang pegawai kanan kerajaan yang terbabit dengan perancangan ekonomi, sejak pentadbiran baru sekarang mengambil alih, beliau tidak pernah 'senang duduk'. Satu demi satu tugasan terpaksa beliau selesaikan secara bertali arus.

Secara ketaranya, sejak 100 hari lalu, Perdana Menteri sudah memperkenalkan pendekatan 'walk about' atau tinjauan mesra untuk mengetahui denyut nadi rakyat, mengarahkan kajian menyeluruh untuk menangani isu kenaikan tol bagi mengurangkan beban rakyat, mengarahkan pengambilan langkah segera bagi mengatasi kesesakan lalu-lintas di Kuala Lumpur dan memperkenalkan Biasiswa Nasional khusus kepada pelajar paling cemerlang tanpa mengira kaum.

Dari segi ekonomi, beliau memperkenalkan model ekonomi baru yang kerangkanya sedang diperkemaskan untuk meningkatkan lagi pertumbuhan dan menjamin pengagihan kekayaan lebih adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum.

Beliau juga sudah meliberalisasikan 27 sektor kecil perkhidmatan, melonggarkan sektor kewangan dan melonggarkan Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negara ini.

Untuk menjaga kepentingan golongan Bumiputera dalam ekonomi, beliau menubuhkan syarikat modal teroka, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) sebagai entiti yang akan memberi bantuan kewangan dan modal untuk usahawan Bumiputera tulen yang benar-benar gigih untuk berniaga.

Dalam menangani krisis ekonomi yang sedang melanda negara sekarang, Perdana Menteri mengumumkan pakej rangsangan bernilai RM67 bilion, mempermudahkan pengeluaran lesen untuk peniaga kecil dan penjaja oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara bagi merangka pelan jangka panjang ekonomi negara dan memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagai pengukur prestasi anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Sebenarnya, senarai pencapaian Najib dalam tempoh 100 hari lalu terlalu panjang untuk dimuatkan dalam ruangan yang terhad ini. Ada di antaranya memerlukan masa lebih panjang untuk menimbulkan kesan sementara yang lain sudah mendatangkan hasil.

Namun apa yang lebih penting bukan senarai, tetapi kesungguhan dan kegigihan beliau untuk membela rakyat.

Satu hakikat yang beliau secara peribadi harus berbangga ialah hasil kajian terbaru Merdeka Centre yang menunjukkan bahawa penerimaan rakyat terhadap kepemimpinan beliau kini melonjak kepada 65 peratus daripada 42 peratus sebelum beliau mengangkat sumpah pada 3 April lalu.

Ini adalah peratus penerimaan yang paling memberangsangkan jika diambil kira hakikat bahawa beliau memulakan tugas dengan asas yang negatif akibat pelbagai isu legasi yang dihadapi ketika itu.

Setengah daripada isu-isu terbabit masih menghantui beliau dan perlu diselesaikan untuk bergerak ke hadapan.

Datuk Rahman Sulaiman ialah bekas Ketua Pengarang Bernama

Penentuan misi PPSMI
Hari ini akan ditentukan sama ada Program Pengajaran Sains danMatematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diteruskan ataudihentikan.


Kerjasama strategik KL-Canberra
PersetujuanMalaysia-Australia dalam memperkukuhkan kawalan di sempadan dankesungguhan untuk memberi perhatian dalam isu penyeludupan manusia pada6 Julai 2009 telah membawa satu lagi kerjasama strategik antarakedua-dua negara dalam aspek keselamatan.

Tidak perlu main taktik kotor di Manek Urai
WALAUPUN dibanjiri ribuan penyokong, proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai berjalan lancar tanpasebarang insiden yang tidak diingini.

BISIK-BISIK
RANCANGANAngkatan Muda Keadilan (AMK) menggerakkan 5,000 penyokong ke KompleksMahkamah Jalan Duta hari ini sempena perbicaraan kes liwat Datuk SeriAnwar Ibrahim boleh menceritakan segala-

ISU-ISU AKHBAR CINA
Kejutan daripada babi RENCANA Sin Chew Jit Poh pada 4 Julai 2009mengutarakan tajuk Dengar Sebutan Babi, Terus Terkejut. Menurutpenulisnya, babi bukan ‘berhala’ yang diagungkan tapi haiwan yangdianggap penting. Sebab itu ada orang Cina menghidang babi di dalamruang tamu (menurut tradisi majlis sambutan Cina) kerana ia suatu citarasa yang istimewa.

Bukan senang jadi pemerintah adil
PILIHAN Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sungguhistimewa sekali. Selain dari nama calon Barisan Nasional (BN) Tuan AzizBin Tuan Mat @ Hamat yang mirip nama Mursyidul Am Pas, Tuan Guru DatukNik Abdul Aziz Nik Mat, pilihan raya ini dilihat sebagai medan untukUMNO yang mengetuai BN dan Pas yang berada dalam pakatan pembangkangmembuktikan bahawa mereka benar-benar ikhlas berjuang untuk orangMelayu dan Islam.

Menilai gelagat pembangkang
KEMELUTdalaman yang diperlihatkan oleh parti pembangkang mutakhir ini sekalilagi menjelaskan sejauh mana keikhlasan 'perkahwinan' antara partikomponen itu. Episod bermasam muka antara Pas dan DAP di Kedahmisalnya, bukanlah isu baru yang membelenggu kerajaan campuranpembangkang.

Memancing pelaburan dari Perancis
SIFAT semula jadi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang serius, tenang tetapibercakap berasaskan fakta mampu mengagumkan sesiapa sahaja yangberpeluang mendekatinya walaupun hanya pada sidang akhbar ataubersarapan dengannya.

SEHARI SEBUAH BUKU
MENGIKUT Deklarasi Kandersteg yang ditandatangani di Switzerland pada 2007, dianggarkan terdapat kira-

Alkisah perihal ternakan babi di Malaysia
ISUbabi sering menimbulkan kontroversi di negara ini. Baru-baru ini ketuaDAP Kedah dan Perlis mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang diKedah gara-gara babi. Bagi DAP, binatang itu melambangkan budayamajoriti kaum yang mereka wakili dan oleh itu ternakan itu perludipelihara. Sebarang isu yang melibatkan haiwan itu akan dipertahankan- waima putus kawan atau rakan pakatan sekali pun.






Minda Pengarang: Isu memperdagangkan manusia perlu tindakan bersama negara serantau
TIADA negara mahu terbabit dalam kancah menjual dan memperdagangkan manusiakerana ia akan dipandang jijik dan bertentangan dengan hak kebebasanmanusia. Namun, di negara tertentu, kegiatan penyeludupan manusia tetapberlaku. Disebabkan kedudukan geografi dan kemakmuran ekonomi yangmenjadi tumpuan rakyat asing, Malaysia menjadi mangsa keadaan. Negaraini dijadikan transit kegiatan haram itu.

Analisis: Kempen dekati pengundi berkesan tawan Manek Urai
PILIHANraya kecil bukan saja memberi `durian runtuh’ kepada peniaga, malahpenduduk kampung boleh meraih keuntungan berganda apabila rumah kosongboleh disewakan dengan harga setanding di Kuala Lumpur.

PPSMI gagal bentuk kecemerlangan pelajar bandar, desa
MESYUARATKabinet di Putrajaya hari ini dijangka mengumumkan keputusan sama adauntuk mengekalkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) atau diubahsuai mengikutikeperluan sebenar pelajar dengan mengambil kira pelbagai faktor.




Gaji dibayar ikut jam
Mereka bekerja dari pukul 8 pagi hingga 6 petang, sekurang-kurangnya didua buah rumah pelanggan tetap setiap hari. Apakah kelebihan sistem inikepada majikan dan pembantu rumah terlibat?


Pekerja seks mahu diiktiraf
Industri pelacuran di Afrika Selatan dijangka akan mendapat durianruntuh apabila Kejohanan Piala Dunia berlangsung pada tahun depan.Ramai pekerja seks mahu kerjaya mereka diiktiraf dan tidak digangguoleh pihak polis.
Penentuan misi PPSMI


MASA depan pelajaran murid-murid perlu menjadi perhatian utama dalam keputusan Kabinet mengenai PPSMI.


Hari ini akan ditentukan sama ada Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diteruskan atau dihentikan.

Pandangan dan idea daripada orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional, pensyarah, guru dan pelajar pasti telah diambil kira bagi memastikan keputusan itu memanfaatkan semua pihak.

Pada hakikatnya, sebarang keputusan Kabinet itu pasti mengambil kira pelbagai faktor, realiti, emosi tanpa tekanan atau kepentingan kumpulan-kumpulan tertentu termasuk politik.

Cadangan pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah mendapat tentangan hebat khususnya daripada kalangan pejuang bahasa dan budaya sejak enam tahun lalu.

Namun, pelaksanaan menggunakan bahasa Inggeris diteruskan sekalipun banyak pihak melihat PPSMI tidak banyak membantu penguasaan bahasa Inggeris kalangan pelajar.

Mengimbau kembali cetusan idea PPSMI pada 2002 dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran pada 2003 - perjalanannya menempuh ranjau yang penuh berduri.

Tujuh tahun lalu idea pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Keputusan kerajaan melaksanakan PPSMI adalah dengan matlamat untuk memastikan penguasaan yang lebih baik dalam Sains dan Matematik di kalangan pelajar.

Pelaksanaan PPSMI juga dengan harapan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Ringkasnya, PPSMI adalah wadah untuk mempersiapkan generasi pewaris untuk menghadapi persaingan masa hadapan.

Ada pihak melihat langkah mengejut yang dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Mei 2002 dan dipersetujui oleh Mesyuarat Kabinet pada Julai 2002 adalah satu tindakan yang menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Lalu banyak kritikan dan kecaman dilemparkan oleh pelbagai pihak kepada Kementerian Pelajaran sejak 2003 supaya PPSMI dihentikan.

Paling konsisten memperjuangkan supaya PPSMI dimansuhkan ialah Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein. Beliau menggesa kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan PPSMI kerana ia dilihat tidak adil kepada pelajar sekolah luar bandar.

Gapena tidak bersetuju dengan pelaksanaan PPSMI yang dilihat boleh mengetepikan martabat bahasa kebangsaan serta melanggar Perlembagaan negara.

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat pernah meminta Kementerian Pelajaran mendengar permintaan daripada golongan guru dan pelajar yang mahukan pengajaran Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Melayu.

Sokongan memansuhkan PPSMI turut berkumandang dalam Perhimpunan Agung UMNO. Malah Konvensyen UMNO Johor 2006 bangkit membantah PPSMI di sekolah-sekolah kerana dasar tersebut hanya menyebabkan bangsa Melayu kehilangan identiti dan jati diri.

UMNO Johor agak konsisten perjuangannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan mahu melihat bahasa Melayu digunakan semula dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah.

Peserta, pemerhati dan ahli panel Kongres Permuafakatan Melayu tahun lalu turut mendesak kerajaan mengembalikan semula PPSMI diajar dalam bahasa Melayu.

Kongres Permuafakatan Melayu menjadi badan pendesak yang kuat untuk memastikan PPSMI dimansuhkan.

Ini kerana anggota kongres itu terdiri daripada pejuang bahasa, budaya dan sasterawan Melayu yang cukup dihormati.

Dalam kalangan anggota Kabinet juga terdapat Menteri yang tidak bersetuju dengan langkah kerajaan meneruskan PPSMI kerana ia mendatangkan kerugian dalam usaha pembinaan negara bangsa.

Datuk Seri Dr. Rais Yatim secara sinis mengatakan, walaupun kanak-kanak Melayu belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, tetapi yang mendukacitakan, pelajaran yang sama tetap diajar dalam bahasa Mandarin di sekolah Cina.

Apa yang nyata pelaksanaan PPSMI, memperlihatkan dengan jelas akan konflik di kalangan pencetus dan penyokongnya serta bangsa Melayu seluruhnya.

Malah ia turut memecah belahkan orang Melayu. Pada setiap tahun, isu PPSMI dibangkitkan dan ditentang dalam semua seminar bahasa, sastera dan kebudayaan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka, Gapena, Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Penterjemah Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia dan pelbagai pertubuhan bahasa dan sastera di negara ini.

Menurut tokoh budayawan, Prof. Datuk Zainal Kling, sejak 2002 dan setiap tahun dalam pelbagai seminar, kongres, persidangan dan mesyuarat agung tahunan pelbagai persatuan telah dibuat resolusi dan ketetapan untuk memohon kerajaan menghapuskan PPSMI.

Sikap meremehkan cendekiawan Melayu dan menganggap hal ini sebagai permainan politik dengan menuduh ada dalang pembangkang di sebalik gerakan ini ada kesannya.

Memang pembangkang akan mengambil kesempatan terhadap apa saja rasa tidak puas hati rakyat, apa lagi isu besar seperti bahasa Melayu dan pendidikan nasional.

Kesan PPSMI terhadap penggunaan bahasa Melayu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke universiti sedang dan sudah berlaku di seluruh negara sekarang - bahasa Melayu telah dibuang dalam semua kuliah kecuali beberapa kuliah bahasa Melayu dan sastera.

Menurut Prof. Zainal, yang tinggal menggunakan bahasa Melayu hanya Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan Pengajian Melayu. Semua universiti baik IPTA apatah lagi IPTS sudah menghapuskan pengajaran dalam bahasa Melayu.

Maka seluruh masyarakat sudah meremehkan bahasa Melayu.

Inilah kesan dan natijah yang akan menjangkit ke seluruh masyarakat. Status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa pasar.

Inilah juga yang diingini oleh pelbagai golongan yang menentang bahasa Melayu dalam negara.

Kesan yang amat teruk ini yang mesti difahami oleh semua orang terutama semua pemimpin negara. Kerana itu, muncul penentangan daripada kalangan badan-badan budaya dan parti politik Melayu tertentu termasuk UMNO sendiri bagi memenuhi kehendak rakyat mempertahankan kedaulatan dan keutuhan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pendekatan cendekiawan Melayu dan ahli politik daripada parti pembangkang dalam memperjuangkan misi penentangan mereka terhadap dasar PPSMI cukup berbeza. Pendekatan secara intelektual lebih berkesan daripada aksi kasar demonstrasi di jalanan.

Selama tiga tahun janji 'kita akan kaji semula setelah selesai pusingan pengajaran PPSMI' kini berada di garisan penamat.

Apakah PPSMI akan memasuki gelanggang seterusnya atau terhenti dalam tempoh ditentukan kelak, sama-sama kita nantikan keputusannya.