Timbalan Presiden PAS dimasukkan ke Hospital Serdang

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari
Tue | Sep 25, 07 | 1:27:28 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dimasukkan ke Wad 8B, Hospital Serdang semalam berikutan jangkitan kuman pada paru-parunya.

ImageUstaz Nasharudin ditemui Harakahdaily hari ini dalam lawatan bersama rombongan Yang diPertua PAS Kawasan Serdang, Dr Shafie Abu Bakar ke wad berkenaan.

Turut serta ialah peguam, Shafie Ngah dan jawatankuasa PAS Serdang.

Menurut Ustaz Nasharudin, jangkitan itu dikesan semalam berikutan demam dan batuk yang berpanjangan sejak Jumaat lalu.

"Saya kena tahan wad malam tadi.Demam lepas Jumaat lalu selepas saya pulang dari pertemuan dengan Majlis Raja-raja Melayu, badan rasa lemah dan tak berapa sihat.Ini kali pertama saya kena jangkitan ini,"katanya.

Menurut beliau lagi, batuk-batuk yang dialaminya ada kena-mengena dengan sistem paru-parunya berikutan jangkitan dibahagian tersebut.

Beliau memaklumkan bahawa beliau akan ditahan di wad tersebut hingga hujung minggu ini untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun beliau berkata ahli dan penyokong PAS tidak perlu bimbang dengan keadaan tersebut.

Setakat ini rakan-rakan dan ahli PAS tidak putus-putus menziarahi beliau termasuk kakitangan hospital yang rata-ratanya mengenali beliau sebagai penceramah dan Timbalan Presiden PAS.

Sementara itu Dr Shafie pula mendoakan agar Ustaz Nasharudin segera sembuh.


0 comments: