Showing posts with label pembunuh bersiri Ryan. Show all posts
Showing posts with label pembunuh bersiri Ryan. Show all posts
Ryan membunuh lagi kerana cemburu

SATU-SATU mangsa pembunuhan Verry Idham Henyansyah alias Ryan pembunuh bersiri yang membunuh 11 mangsa yang dikerat-kerat ialah Hery Santoso.

Di dalam buku The Untold Story of Ryan yang ditulis sendiri oleh Ryan semasa berada di dalam penjara dia menceritakan pembunuhan Hery dilakukan kerana rasa cemburu.

Pada bab 'Titik Hitam Kehancuranku', Ryan yang merupakan seorang gay menceritakan pada 11 Julai 2008 adalah masa paling bahagia sejak dia mengenali Novel Andrias yang disifatkan sebagai lelaki paling indah dalam hidupnya.

Pukul 7.15 malam seorang teman Ryan yang juga seorang gay, Hery Santoso, datang ke Apartmen Margonda Residence di Depok.

Tujuannya ketika itu adalah untuk berkenalan dengan seorang doktor bernama Viktor yang juga tinggal di apartmen yang sama.

Ketika menunggu Viktor, Ryan mengambilkan air kosong untuk Hery yang juga turut masuk ke dalam biliknya bernombor 309C.

"Awalnya aku keberatan kalau Hery ikut masuk ke dalam bilikku kerana aku bersama Novel pernah berjanji, agar tidak ada orang lain yang masuk selain kami berdua," kata Ryan di dalam bukunya.

Kemudian, Hery memegang foto Novel yang ada di atas meja di sudut ruangan.

"Boleh tidak aku kawan dengan dia?" ujar Hery. "Tolong jangan ganggu, dia kekasihku," jawab Ryan.

Wang

Bahkan Hery menyatakan sanggup membayar sejumlah wang agar dapat berkenalan dengan Novel.

Dengan nada yang marah, Ryan mengingatkan Hery agar segera diam. "Tolong sopan. Dia kekasihku," tegasnya.

Lalu Ryan menampar wajah Hery dan berlakulah perkelahian. "Tanpa disedar tangan kiriku memegang sebilah pisau dapur yang berada di meja televisyen tersebut. Spontan aku menusuk pisau dapur ke arah perut Hery," cerita Ryan.

Apabila tersedar, Ryan terhidu bau hanyir darah dan potongan tubuh manusia.

"Aku ketakutan luar biasa, banyak potongan daging di sekeliling ku, ditambah cairan berwarna merah. Bau hanyir yang luar biasa menyengat hidung ku."

Oleh kerana panik dan bingung akhirnya potongan tubuh Hery Santoso dimasukkan ke dalam beg pakaian dan beg plastik.

"Mahu dibuang ke mana potongan tubuh ini? Saat itu aku sangat lemas, panik, jijik, takut, dan bingung," kata Ryan. Akhirnya dia membuang mayat berkenaan di suatu kawasan sunyi dan kemudiannya ditemui orang yang lalu di kawasan itu yang akhirnya membawa penangkapannya serta terbongkarnya pembunuhan bersiri yang dilakukannya.
Ryan tidak sedar ketika membunuh

PEMBUNUH bersiri yang mengorbankan 11 mangsa, Very Idam Henyansyah alias Ryan dari Jombang, Jawa Timur mengaku dia tidak sedar ketika melakukan pembunuh.

Kadangkala pembunuhan dilakukan tanpa ada dipicu suatu masalah atau provokasi sebagai diceritakan di dalam buku tulisannya The Untold Story of Ryan.

Mangsa pertamanya Guruh alias Guntur, yang merupakan mangsa pertama Ryan ialah teman lama yang tidak sengaja bertemu di Surabaya.

Suatu malam, kerana sudah larut, Guntur menginap di rumah Ryan. Tepat pukul 10 malam mereka berdua berdua tidur nyenyak.

Pukul 2.30 pagi Guntur terbangun dan meminta Ryan untuk menemaninya ke bilik air.

Beberapa saat ketika berada di dalam bilik air, Ryan mengaku mendengar bisikan untuk segera membunuh Guntur.

bingung

"Aku tidak dapat menjelaskan apa-apa saat itu, selang beberapa saat Guntur sudah aku temukan menjadi mayat di hadapanku," kata Ryan berkenaan.

Cemas dan bingung itulah yang dirasakan Ryan saat itu. "Keringatku sangat dingin, kakiku lemas, apa aku telah membunuh temanku?" ujarnya dalam hati.

Kerana takut, Ryan menguburkan mayat Guntur di belakang rumahnya iaitu di kawasan kolam ikan terbiar.

Pembunuhan kedua terhadap Agustinus, terjadi kerana ada seseorang yang menuduh Ryan sudah merebut kekasih Agustinus.

Selepas memukul Agustinus hingga mati dia menanam mayat mangsa tidak jauh dari mayat Guntur.

Sementara korban ketiga, keempat, dan kelima Ryan, iaitu Asrori, M Aksoni, serta Zaky, dibunuh kerana mengejek Ryan sebagai pelacur gay.

"Aku memang seorang gay, tapi aku tak mahu menjual diriku demi wang," katanya.

Ryan selalu mencuba untuk sedar, dan tidak mahu lagi membunuh. Namun hasrat dalam dirinya untuk membunuh selalu muncul dan membuat dia tidak sedarkan diri.

Hal serupa dengan Guntur terjadi pada artis Grady Glan Adam dari Singapura.

Suatu malam, ketika Ryan dan Grady sama-sama menyertai pertunjukan fesyen di Malang, Grady meminta Ryan untuk menemaninya ke bilik air.

"Namun aku terkejut ketika ada yang terasa berat di pangkuan ku, aku terkejut ketika Grady telah menjadi korban keenam ku," ujar Ryan di dalam buku tulisannya.

Begitu juga dengan korban seterusnya hingga mencapai 11 orang korban.
Ketagihan membunuhnya membuak-buak


Ryan


siri kedua

SELEPAS membunuh Guruh Setyo Pramono alias Guntur berusia 27 tahun, Verry Idham Hensyansyah, 31, atau lebih dikenali sebagai pembunuh bersiri Ryan semakin ketagih membunuh.

Walaupun dia didapati menjalani hidup luar tabii kerana melakukan hubungan seks sesama lelaki atau homoseks, tetapi keinginan untuk membunuhnya lebih kerana mengalami sakit jiwa dan sehingga membunuh memberi nikmat kepada dirinya.

Dalam pemeriksaan psikologi yang dilakukan oleh pakar-pakar jiwa Hospital Bhayangkara Jawa Timur, ternyata tidak ditemui tanda-tanda gangguan jiwa berat atau psikosis pada diri Ryan. Dalam perkataan mudah Ryan tidak gila.

Hidupnya sebagai homoseks tidak mempengaruhi perbuatannya dia membunuh, sebaliknya Ryan lebih kepada ketagih membunuh dan menikmati ketika dia melakukannya.

"Apa yang dia lakukan dia fahami, termasuk apa saja akibatnya. Dia benar-benar sedar ketika membunuh,'' kata Dr.Roni Subagyo, salah seorang anggota pakar jiwa.

Ketika mengadakan hubungan homoseksual itu, Ryan lebih bersifat sebagai wanita, tetapi ia tidak menyumbang kepada minat kepada perlakuan untuk membunuh.

"Semua orang boleh membunuh. Tidak hanya homoseksual,'' kata Dr. Roni Subagyo.

Roni menjelaskan, gangguan orientasi seksual Ryan disebabkan akibat trauma keluarga.

Selama proses ujian, pembunuh berdarah dingin itu mengatakan, dirinya sering terlibat permasalahan dengan ibunya.

Puncanya beragam. Salah satu di antaranya, kebencian Ryan kerana ibunya menikah tiga kali. Dia tidak menyukai pengalaman ibu kandungnya tersebut. Daripada situ timbul kebencian Ryan kepada kaum wanita dan dia lebih dekat dengan lelaki.

Hasil psikiatri terakhir adalah mengenai sifat Ryan. Hasil ujian kejiwaan menunjukkan, Ryan sangat sensitif dan cenderung agresif serta impulsif.

Ini bermakna Ryan memang tergolong orang yang mudah tersinggung dan marah. Dalam keadaan seperti itu, reaksinya mungkin berupa penyerangan terhadap orang lain.

Daripada hasil kesimpulan pemeriksaan jiwa terhadap Ryan, disimpulkan bahwa Ryan termasuk seorang psikopat atau gila. Psikopat adalah suatu keadaan psikologi yang ditandai dengan perilaku antisosial dan tidak normal yang berterusan.

Menurut fahaman Freud, ini disebabkan oleh gagalnya super ego mengontrol ego, id menjadi begitu besarnya untuk mendapatkan kepuasan, dan ego gagal menjadi penengah antara id dan super ego. Id adalah struktur keperibadian yang tidak teratur dan berupa dorongan atau keinginan dasar manusia.

Ego adalah bahagian daripada struktur keperibadian yang tersusun dan berupa fungsi pertahanan, persepsi, kecerdasan dan pengenalan serta pelaksanaan.

Super ego adalah bahagian daripada struktur keperibadian yang tersusun dan berupa tujuan spiritual, nilai-nilai norma yang dipelajari, berfungsi untuk mengkritik, mengendalikan, dan membatasi dorongan, fantasi, perasaan serta perbuatan.