Keadaan Tun Mahathir stabil - Keluarga minta jangan sebar khabar angin

Harakahdaily
Tue | Sep 25, 07 | 9:10:22 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad meminta orang ramai tidak mendengar atau menyebarkan sebarang khabar angin mengenai kesihatan bekas Perdana Menteri yang kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Instutut Jantung Negara Kuala Lumpur.

Permintaan tersebut disiarkan secara berasingan oleh anak bekas PM iaitu Datin Paduka Marina Mahathir di blognya dan Datuk Mukhriz Mahathir dalam kenyataan medianya.

ImageSemalam Bernama memetik kenyataan pegawai khasnya Sufi Yusoff yang memberitahu, keadaan kesihatan Mahathir masih stabil.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai supaya jangan mendengar atau menyebarkan khabar angin mengenai keadaan kesihatan Dr Mahathir.

"Daripada mendengar khabar angin (lebih) elok (orang ramai) mendoakan kesejahteraan beliau," katanya yang menghubungi Bernama hari ini.

"IJN adalah badan yang bertanggungjawab dan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat berhubung kesihatan Tun... tolong jangan sebar khabar angin," katanya.

Terdahulu, ketika ditemui pemberita di IJN, Marina berkata bapanya perlu mengikuti semula rawatan pemulihan setelah menjalani pembedahan membersihkan luka akibat jangkitan kuman di IJN pada malam Sabtu lepas.

Beliau berkata bahawa selepas menjalani pembedahan selama tiga jam itu, Dr Mahathir berada dalam keadaan stabil dan menggunakan alat sokongan rutin selepas pembedahan.

Bernama sebelum ini melaporkan Dr Mahathir Mohamad sudah sedar dan keadaannya sedang dipantau rapi.

Para doktor di IJN gembira dengan kemajuan yang ditunjukkan Dr Mahathir dan bekas Perdana Menteri itu sudah boleh menerima kunjungan anggota keluarga terdekat.

"Keadaan Dr Mahathir stabil di dalam Unit Rawatan Rapi IJN selepas menjalani prosedur pembedahan kedua pada Sabtu malam," menurut kenyataan itu.

Sementara itu Sufi turut meminta orang ramai supaya jangan mendengar atau menyebarkan khabar angin mengenai keadaan kesihatan Dr Mahathir.

"Daripada mendengar khabar angin (lebih) elok (orang ramai) mendoakan kesejahteraan beliau," katanya yang menghubungi Bernama.

"IJN adalah badan yang bertanggungjawab dan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat berhubung kesihatan Tun...tolong jangan sebar khabar angin," katanya.

Terdahulu, ketika ditemui pemberita di IJN hari ini, anak Dr Mahathir, Datin Paduka Marina berkata bapanya perlu mengikuti semula rawatan pemulihan setelah menjalani pembedahan membersihkan luka akibat jangkitan kuman di IJN Sabtu lepas.

Beliau berkata bahawa selepas menjalani pembedahan selama tiga jam itu, Dr Mahathir berada dalam keadaan stabil dan menggunakan alat sokongan rutin selepas pembedahan. - mr

0 comments: