Tidak sempat hadir pengebumian

SEREMBAN 28 Okt. – Jenazah Sheikh Mustafa Shukor Al- Masrie, 32, yang meninggal dunia semalam, selepas koma lebih seminggu dikebumikan tanpa kehadiran abangnya yang juga angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Pengebumian kira-kira pukul 2.20 petang di tanah perkuburan Islam Makam Haji Said di sini, terpaksa diteruskan tanpa kehadiran Sheikh Muszaphar selepas penerbangan beliau menggunakan pesawat MAS dari Bangkok, tergendala selama tiga jam.

Bapanya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor berkata, pihaknya membuat keputusan untuk meneruskan pengebumian jenazah kerana berpendapat kelewatan tiga jam itu terlalu panjang untuk ditunggu.

“Dia yang menaiki pesawat dari Moscow melalui Bangkok dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 2.10 petang.

0 comments: