Suu Kyi tidak dipenjarakan

YANGON 27 Sept. – Seorang diplomat Asia hari ini memberitahu, pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi masih berada di rumah, sekali gus menafikan laporan yang beliau dipenjarakan.

Diplomat yang enggan dikenali itu berkata, ketua pembangkang itu tidak dibawa ke penjara Insein di Yangon seperti mana yang didakwa tetapi masih berada di rumah yang sama sejak menjalani tahanan rumah 12 tahun lalu.

Jelasnya, bagaimanapun pihak junta telah menambah bilangan anggota yang berkawal di rumah Suu Kyi dan juga jalan raya yang menuju ke sana.

“Peningkatan bilangan anggota pasukan keselamatan yang berkawal menunjukkan bahawa Suu Kyi tidak dibawa ke mana-mana.

“Malah ada yang melihat ketua Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu di sana malam tadi,’’ katanya.

– AP

0 comments: