Adik angkasawan negara meninggal

Oleh Nahar Tajri

KUALA LUMPUR: Adik Angkasawan Negara, Sheikh Mustafa Shukor Al-Masrie Sheikh Mustapha, 32, yang koma sejak minggu lalu selepas sebatang kayu jatuh ke atas kepalanya sebelum terhantuk pada tiang ketika berjalan memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini, meninggal dunia petang semalam.

Sheikh Mustafa Shukor Al-Masrie menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini, kira-kira jam 6.15 petang.

Allahyarham yang bekerja sendiri meninggalkan seorang isteri, Haryati Mohd Redza, 28, dua anak, Sheikh Aiman Shukor Al Masrie, 3, dan Siti Balqish, 2.


Bapanya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor; ibunya, Datin Zuraida Sheikh Ahmad; abangnya, Sheikh Ahmad Shukor; isteri Allahyarham, adik beradik lain dan beberapa kenalan berada di sisinya.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Jalan 12/12B, Seksyen 12 Petaling Jaya di sini, kira-kira jam 8.20 malam tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makan Tuan Haji Said, Seremban selepas Zuhur.

“Sejak koma, kami hanya memaklumkan perkembangan kesihatan Allahyarham kepada abangnya, Dr Sheikh Muszaphar Shukor (Angkasawan Negara) yang kini masih dikuarantin di Moscow, Russia


“Saya sudah memaklumkan kematian adiknya itu dan dia dapat menerima secara rasional,” katanya.

Beliau berkata, Dr Sheikh Muszaphar Shukor akan pulang ke tanah air dalam tempoh terdekat ini dan dijangka tidak sempat melihat jenazah adiknya dikebumikan.

Sheikh Mustafa Shukor, yang pengsan selepas terhantuk pada tiang ketika mahu bertemu rakannya itu dimasukkan ke Wad Neuro Sains PPUM untuk rawatan.

Doktor melakukan pembedahan membuang ketulan darah beku di dalam kepalanya, namun keadaannya dilaporkan masih kritikal dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

0 comments: