Arroyo kena kecam isu bebas Estrada

MANILA: Akhbar utama dan kumpulan menentang Presiden Gloria Macapagal Arroyo semalam menyuarakan kemarahan berikutan keputusan beliau memohon maaf bekas presiden Joseph Estrada walaupun didapati bersalah terbabit dalam kes rasuah.

Kebanyakan pengkritik berkata bahawa keputusan Arroyo itu bertujuan untuk mengalihkan tumpuan daripada dakwaan rasuah dalam kongres beliau.

Arroyo Khamis lalu memberikan pengampunan kepada bekas bintang filem berusia 70 tahun itu kira-kira enam minggu selepas mahkamah mendapati beliau bersalah menggelapkan berjuta dolar dari perbendaharaan negara dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.


Akhbar The Philippine Daily Inquirer menyifatkan permohonan maaf itu sebagai memalukan sambil mengatakan bahawa Estrada jelas mengakui bersalah mencuri lebih 80 juta dolar melalui perdagangan dalaman dan bayaran dari operator perjudian.

"Apa yang dikatakan di kalangan pegawai awam? Sekarang ini musim rasuah secara terbuka. Atau mereka kumpulan pegawai peringkat tertinggi di mana mereka boleh diterima sekiranya melakukan jenayah berat," kata akhbar berkenaan dalam lidah pengarangnya.

Kelab perniagaan Makati yang berpengaruh yang sebelum ini mendesak peletakan jawatan Arroyo berikutan dakwaan beliau membeli undi dalam satu kenyataan berkata bahawa adalah satu perkara memalukan dengan memberi pengampunan kepada Estrada terutama terhadap apa yang dilakukannya.

Langkah berkenaan menunjukkan bahawa kuasa boleh mengenepikan keadilan di negara ini, kata kumpulan ahli perniagaan berpusat di Makati. – AFP

0 comments: