Ramli hadir di ibu pejabat BPR



RAMLI keluar dari Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) Putrajaya selepas di soal siasat hampir tiga jam dan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

PUTRAJAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff tampil di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di sini hari ini.

Beliau tiba dalam sebuah kereta BMW hitam pada jam 11.20 pagi, diiringi oleh empat peguam dan ditemui seorang pegawai BPR.

Selepas kenyataannya dirakam, BPR dipercayai menahan Ramli pada 11.45 pagi dan dijangka menghadapkannya di mahkamah di Kuala Lumpur atas tuduhan di bawah Akta Cegah Rasuah 1977 pada petang ini kerana gagal mengisytiharkan maklumat mengenai asetnya dalam kenyataan bersumpahnya.


BPR menyiasat Ramli berikutan dakwaan beliau mengumpul aset bernilai RM27 juta. Ramli menafikan dakwaan itu dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur Selasa lalu. - Bernama

0 comments: