Ramli hadapi tuduhan tidak isytihar harta, menjalankan perniagaan

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Ramli Yusoff hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung dua tuduhan gagal mendedahkan maklumat harta yang dimilikinya dan satu lagi kerana menjalankan perniagaan.

Ramli, 55, pegawai tertinggi polis yang diheret Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke mahkamah, mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga tuduhan itu.

Bagi tuduhan pertama dia didakwa tidak mendedahkan maklumat mengenai ruang pejabat, Lot 144, Seksyen 44, Petak 128, Tingkat 4, bangunan M1-B, hak milik Strata Geran 37731/M1-B/4/128, Bandar Kuala Lumpur, Unit B-3A-9, Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng di sini, dan satu lagi ruang pejabat lot yang sama, Petak 127 di tingkat dan bangunan yang sama.


Harta itu, semasa perolehan bernilai RM1,032,840 yang dipegang oleh kakaknya Rohmah @ Hasmah Yusoff, dan adiknya Roslina Yusoff, selaku dua pengarah Bonus Circle Sdn Bhd, sebuah syarikat pemegangan pelaburan. - Bernama

0 comments: