Polis siasat Harry tembak burung pupus

LONDON: Polis Britain menyoal siasat Putera Harry berhubung kejadian menembak secara haram dua burung hampir pupus di Sandringham, minggu lalu.

Putera berusia 23 tahun itu dikatakan berburu dengan seorang rakannya di estet milik nendanya, Rabu lalu apabila spesies burung yang ditembak, hinggap di pohon berhampiran.

Kejadian itu turut disaksikan dua orang awam dan warden Natural England yang membuat laporan polis.

Harry yang bercuti daripada tugas rasminya sebagai pegawai tentera, sedang menikmati musim berburu ketika ini.

Beliau bagaimanapun, sudah menemui detektif bagi memberikan alasannya berhubung kejadian berkenaan.

"Harry disoal kerana beliau dan rakan berada di tempat kejadian pada masa itu. Polis cuma menghubungi mereka bagi mendapatkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan," kata jurucakap Clarence House, kediaman rasmi putera berkenaan.

"Malangnya, mereka tidak tahu menahu mengenai kejadian itu".

Setaakt kelmarin, tiada sebarang maklumat menunjukkan Harry terbabit dalam kejadian itu.

Mereka didapati bersalah menembak spesies yang diharamkan, boleh penjara sehingga enam bulan kerana ia dilindungi undang-undang. - Agensi

0 comments: