Johari akui arah siasat kes Datuk, JP

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Haika Khazi dan Nahar Tajri



DARI MUKA 1

Kelmarin, Ramli pada sidang media khas di pejabatnya, mengaku beliau disiasat BPR berhubung dengan dakwaan menyalahguna kuasa dan memiliki aset sebanyak RM27 juta. Beliau bagaimanapun, menafikan pelbagai dakwaan yang dikaitkan dengannya dan mempertikaikan ketelusan proses siasatan BPR.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan dan Timbalan Ketua Pengarah I (Operasi) BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed, gagal ditemui atau dihubungi untuk mengulas perkara itu. Beberapa pegawai kanan BPR di Putrajaya dan Kota Bharu pula mengambil sikap membisu.

Ramli juga gagal dihubungi sepanjang hari semalam. Malah, wartawan yang berkumpul di pekarangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana di sini sejak jam 10 pagi, diarahkan oleh pengawal di pintu masuk supaya menunggu di luar kawasan kompleks berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum, yang dihubungi mengaku mengarahkan Ramli memerangi jenayah di Johor yang dikatakan ada hubung kait dengan beberapa Datuk, termasuk Jaksa Pendamai (JP).

Katanya, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembanteras Peminjam Wang Haram (along), beliau mempunyai kuasa mengarahkan polis mengambil tindakan itu.

�Saya ada arahkan siasatan mengenai seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan along kerana itu adalah tugas jawatankuasa ini.

�Bila fail berkaitan ahli perniagaan itu diserahkan, saya menelitinya dan mengambil tindakan berdasarkan langkah serta prosedur biasa yang ditetapkan,� katanya.

0 comments: