Tafsiran ikut fahaman kini

DARI MUKA 1

kebaikan, sekali gus melambangkan agama kita,” katanya.

Malah, beliau juga menggesa ulama supaya membuat tafsiran yang tidak keluar daripada batas tauhid yang boleh membawa kekufuran kerana Islam adalah ad-din, yang menjelaskan amalan harian dengan lengkap.

“Tafsiran dinamik adalah penting... mungkin kita tidak ingat kerana ilmu kita tidak tinggi. Oleh itu, kita kena usaha untuk menemui ilmu yang terpendam.

“Justeru itu, beri tafsiran ikut fahaman ilmu hari ini kerana kita tidak mahu memberi pengertian yang menjadi kejumudan,” katanya.

Beliau merujuk sepotong ayat dalam surah Yasin yang menjelaskan mengenai tumbuhan yang boleh mengeluarkan api atau dengan kata lain kelapa sawit yang kini diproses sebagai sumber bahan api menerusi teknologi tenaga bio.

Perdana Menteri juga mengingatkan semua pihak supaya tidak menafikan sesuatu yang berlaku hanya kerana tidak memahami isu tertentu seperti program angkasawan negara kerana ia juga dijelaskan dalam al-Quran.

0 comments: