Budak cetuskan kebakaran 21 rumah di AS

SANTA CLARITA 31 Okt. – Seorang budak lelaki yang bermain mancis mencetuskan kebakaran di Daerah Los Angeles, utara California yang memusnahkan kawasan seluas lebih 15,378 hektar dan memusnahkan 21 buah rumah minggu lalu.

Menurut jurucakap polis, Sarjan Diane Hecht semalam, budak itu yang tidak disiarkan nama dan umurnya, disoal siasat sehari selepas meletusnya kebakaran pohon Buckweed pada 21 Oktober lalu.

“Dia mengaku bermain mancis dan menyebabkan kebakaran dengan tidak sengaja,” kata Hecht.

Kebakaran tersebut pada mulanya dipercayai berpunca daripada talian elektrik yang tumbang.

Budak berkenaan diserahkan kepada ibu bapanya selepas membuat pengakuan dan kes itu akan dibawa ke pejabat pendakwa raya daerah, ujar jurucakap tersebut.

– AP

0 comments: