Pilihan raya:PM belum dapat ilham

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Walaupun semua sayap UMNO ke Perhimpunan Agung UMNO Ke-58 menyatakan kesediaan menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meneruskan teka- teki bila ia akan diadakan.

“Saya masih belum mendapat ilham bila pilihan raya umum akan diadakan,” kata Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO ketika menggulung perbahasan pada akhir perhimpunan itu hari ini.

Bagaimanapun Abdullah menegaskan beliau yakin rakyat akan tetap memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO dalam pilihan raya umum kelak kerana dasar-dasar dilaksanakan oleh kerajaan melambangkan hasrat rakyat keseluruhan.

“Ini yang berjaya kita buat selama ini. Insya-Allah rakyat akan ingat dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Perdana Menteri berkata, keseluruhan parti sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

0 comments: