Anwar sedia kerjasama kes klip video

PULAU PINANG 9 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakaman penuh klip video yang kononnya, perbualan telefon seorang peguam kanan dengan seorang hakim kanan, kini didedahkan di beberapa laman web termasuk blognya sendiri.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, klip video penuh rakaman itu boleh dilihat oleh sesiapa sahaja dan pihak berkuasa juga boleh mengambilnya daripada beberapa blog.

‘‘Kalau pihak terbabit mahu, mereka boleh ambil sahaja dari blog-blog itu atau mereka boleh minta daripada saya.

‘‘Malah sebelum ini juga saya bersedia untuk memberikan ‘thumbdrive’ yang mengandungi klip video itu tetapi mereka tidak mahu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berceramah di forum awam Krisis Kehakiman: Bagaimana kita menghentikan kereputan di sini malam ini.

Ditanya adakah beliau akan menyerahkan keseluruhan klip video rakaman itu, Anwar menjawab, ‘‘Itu antara saya dan Badan Pencegah Rasuah.”

0 comments: