Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri Sabtu

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Sabtu, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 28 tempat pencerapan di seluruh negara. - Bernama

0 comments: