Seri Paduka ucap tahniah

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah hari ini berkenan mengucapkan tahniah kepada angkasawan negara yang pertama, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) malam ini.

Tuanku Mizan bertitah, kejayaan Sheikh Muszaphar menjejakkan kaki ke angkasa lepas merupakan satu lagi peristiwa yang amat bersejarah terutama selepas negara menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 tahun ini.

‘‘Beta amat berbesar hati kerana Sheikh Muszaphar merupakan anak Malaysia pertama yang akan meneroka bidang angkasa lepas.

‘‘Ini sejajar dengan misi kerajaan untuk memastikan negara terus maju dalam bidang sains, teknologi dan inovasi,’’ titah Seri Paduka ketika menyampaikan titah ucapan tahniah kepada Sheikh Muszaphar di Istana Negara di sini hari ini.

0 comments: