Lapan minit ke orbit

BAIKONUR, Kazakhstan 10 Okt. – Roket Soyuz yang membawa angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mengambil masa lapan minit selepas dilancar malam ini untuk sampai ke orbit bumi.

Selepas dua minit dilancarkan, pemisahan enjin pertama dilakukan dengan mematikan enjin berkenaan sebelum ia pecah serta jatuh.

Dua minit selepas itu enjin kedua dihidupkan selama seminit bagi melonjak roket Soyuz, sebelum enjin berkenaan dimatikan dan dipisahkan melalui proses yang sama.

Pada peringkat ketiga yang memasuki minit keenam, enjin utama dihidupkan dan terus melonjakkan Soyuz ke orbit.

Pada minit kelapan roket berkenaan mulai mengorbit bumi dan akan mengambil masa dua hari untuk sampai ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Detik bersejarah itu disaksikan oleh para wartawan termasuk dari Malaysia.

Antaranya wartawan Utusan Malaysia yang berada kira-kira 10 kilometer dari tapak pelancaran.

Kesemua wartawan Malaysia bertepuk tangan dan bersorak sepanjang proses pelancaran itu hinggalah roket itu hilang dari pandangan mereka.

– Utusan

0 comments: