Badruddin ganti Onn

MESYUARAT Khas Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi memutuskan untuk melantik Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Badruddin Amiruldin sebagai Pemangku Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung Umno 2007 yang bermula hari ini.

Keputusan itu dibuat berikutan Pengerusi Tetap, Tan Sri Onn Ismail uzur dan tidak dapat mempengerusikan mesyuarat kali ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata dengan itu juga MT bersetuju untuk mencadangkan seorang daripada perwakilan untuk menjadi Pemangku Timbalan Pengerusi Tetap, bagi membantu tugas Badruddin.


"Saya tak boleh namakan dulu kerana kita hanya akan mencadangkan kepada perwakilan esok," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Beliau yang turut mendengar laporan mengenai persidangan ketiga-tiga sayap parti itu pada mesyuarat berkenaan, mengucapkan tahniah kepada Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri kerana kelancaran persidangan.

0 comments: