Rusia tentang tindakan ketenteraan terhadap Iran


MAHMOUD Ahmadinejad (kiri) dan Vladimir Putin melambai ke arah wartawan sebelum mereka menghadiri Sidang Kemuncak Lima Negara Laut Kaspia di Teheran, semalam. – Reuters.

TEHERAN 16 Okt. – Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini membuat kenyataan yang ditujukan khas kepada Washington bahawa Moscow tidak akan bersetuju dengan sebarang tindakan ketenteraan ke atas negara ini terutama sekali serangan yang mungkin dilancarkan dari negara-negara Laut Kaspia.

Putin berkata, sebarang tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) ke atas negara ini tidak seharusnya difikirkan.

“Kita seharusnya bersetuju bahawa penggunaan salah satu negara-negara Laut Kaspia untuk tujuan kekerasan terhadap pihak lain adalah mustahil,” tegasnya.

Iran terlibat dalam konflik nuklear dengan negara barat apabila Teheran dituduh cuba menghasilkan senjata nuklear namun negara itu menafikan tuduhan tersebut.

Kenyataan Putin tentang wilayah juga ditujukan kepada Azerbajian di mana tentera AS telah membuat pemeriksaan di lapangan-lapangan terbang negara itu.

Media Rusia baru-baru ini melaporkan bahawa AS sedang berunding dengan kerajaan Azerbajian untuk menggunakan kemudahan tenteranya namun disangkal oleh Baku.

Rusia berpendapat bahawa tindakan barat itu adalah salah satu usaha untuk menghapuskan pengaruhnya di negara bekas jajahan Soviet itu.

Dalam deklarasi terakhir, Baku telah menyokong saranan Putin itu dengan menyatakan bahawa mereka tidak akan membiarkan wilayah mereka digunakan oleh negara luar untuk melancarkan serangan ke atas negara lain.

Tujuan

Manakala Presiden Mahmoud Ahmadinejad, yang membuatkan kenyataan akan meneruskan program nuklear mereka kerana ia untuk tujuan keamanan, menyambut baik deklarasi daripada negara-negara Laut Kaspia itut.

Lawatan Putin ke negara ini, yang pertama dibuat oleh pemimpin Kremlin sejak lawatan Josef Stalin pada 1943 mendapat perhatian luas daripada negara-negara kuasa dunia yang lain kerana keupayaan Rusia untuk berkuasa di Iran melalui perdagangan nuklear.

Putin tiba di negara ini walaupun terdapat komplot tentang cubaan membunuhnya namun Iran menyangkal dakwaan itu.

– Reuters

0 comments: