Menteri Muslim rasa dihina AS

LONDON: Menteri kerajaan beragama Islam pertama Britain melahirkan rasa kecewa selepas dia ditarik ke tepi untuk disoal siasat di sebuah lapangan terbang Amerika syarikat buat kali kedua tahun ini, katanya.

Menteri Pembangunan Antarabangsa, Shahid Malik berkata bahawa beliau ditahan selama 40 minit di Dulles, Washington pagi kelmarin dan bagasi beliau diuji sekiranya mengandungi bahan letupan. Malik pulang ke London selepas menghadiri perbincangan mengenai cara menangani keganasan bersama pihak berkuasa Amerika.

November lalu, Malik ditahan selama sejam di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York ketika dia dalam perjalanan untuk menyampaikan ucapan mengenai cara menangani ekstremis dan keganasan pada satu majlis anjuran bersama Jabatan Keselamatan Amerika.


“Saya amat kecewa,” kata Malik.

“Penderaan yang saya alami November lalu sudah hampir saya lupakan dan maafkan tetapi saya tidak percaya bahawa menteri British dan ahli Parlimen menerima layanan yang sama di lapangan terbang Amerika yang sepatutnya dihormati rakan sekerja di Senat dan Kongres,” katanya lagi. – AP

0 comments: