Telepersidangan Abdullah-Muszaphar 8 malam ini

PUTRAJAYA 15 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dijangka mengadakan telepersidangan secara langsung dengan angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pada pukul 8 malam, esok.

Persidangan itu adalah cubaan kali kedua selepas sesi pertama yang dijadualkan pada pukul 8.20 malam tadi gagal dilaksanakan berikutan masalah teknikal pada satu daripada lima satelit komunikasi yang sepatutnya menyalurkan visual dan audio dari Florida, Amerika Syarikat ke Malaysia.

0 comments: